Monday, November 29, 2010

Pintar, Bijak, Cerdas dan Bergeliga

        Aku tertarik dengan tajuk yang dibincangkan dalam rancangan "Di Luar Lingkungan" di TV1 yang dikendalikan oleh Sayed Munawar pada hari ini. Kanak-kanak Pintar memang ramai tapi sejauh mana kepintaran mereka dipakai guna pada hari ini? Apakah tindakan ibubapa yang mempunyai anak yang pintar? Kita ada dengar banyak cerita pasal kanak-kanak pintar yang akhirnya tak dapat menggunakan kepintaran yang mereka ada. Ingat kisah Sofea? REmaja pintar yang akhirnya menjadi pelacur murahan di kota London.
        Pada pendapat aku, kanak-kanak pintar haruslah diberi perhatian yang lebih dan haruslah dipupuk supaya kepintaran mereka itu berterusan dan berguna. Sekarang Datin Rosmah telah menubuhkan Komplex Permata Negara khas untuk kanak-kanak pintar. Aku harap dengan penubuhan komplex ini kanak-kanak yang pintar dapat menunjukkan potensi mereka disamping boleh bersaing dengan kanak-kanak pintar dari negara lain. Namun begitu, jika mereka pintar dari segi akademik sahaja tidak mencukupi, rohani mereka haruslah diisi dengan didikan agama yang cukup agar mereka tidak terumbang-ambing dalam menghadapi dunia yang serba canggih ini.
          Cukup tentang kanak-kanak pintar. Bagaimana pula dengan kanak-kanak yang biasa? Kanak-kanak biasa yang sebenarnya mereka mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk jadi setanding dengan kanak-kanak pintar. Didikan ibubapa dan guru jika dimanfaatkan dengan sebaik mungkin membolehkan kanak-kank biasa menjadi pintar. Ibubapa harus bijak dalam memupuk minat belajar dalam diri anak-anak mereka. Jika ibubapa menyuruh anaknya membaca, mereka harus turut membaca bersama-sama anak mereka. Sama dengan konsep merokok. Jika seorang bapa yang merokok menyuruh anaknya jangan merokok, adakah anak itu akan mendengar katanya? Sudah tentu tidak. Maka ibubapa haruslah menunjuk contoh yang baik dan mendorong anak-anak kearah yang lebih baik.

2 comments:

perindu_خلافة said...

"setiap bayi yang lahir adalah fitrah (suci/muslim) ibu bapalah yang mencorak anak-anak mereka sama ada menjadi yahudi, nasrani atau majusi"

peri pentingnya ibu bapa menjalankan tanggungjawab dalam mendidik little khaleefah ini adalah bagi membentuk dunia akan datang yang lebih baik ^_^

Norlyana Nasrin said...

btol 2 rizqan..
ibubapa memainkan peranan penting dalam membentuk anak2..
klu nk anak 2 lbh pandai dr anak org lain mereka kena la didik & beri perhatian yang lebih..
anak yg dididik dgn sempurna insyaAllah akan menjadi khalifah yg b'guna di atas bumi ini..
insyaAllah anak tersebut akan mendoakn mereka bl mereka dh tiada..

There was an error in this gadget