Monday, March 21, 2011

Evolusi Cita-citaku..

Ok entry ni aku nak cite pasal cita-cita aku dari kecik sampai la besor..hehehe

Umur 5-7 tahun:
Time ni aku memang nak jadi cikgu sebab syok main cikgu2 dengan kakak & adik aku huhu abis kapur cikgu aku aku rembat bawak balik huhu..sorry cikgu...


Umur 8-10
Teringin nak jadi polis sebab ayahku kan polis hehehe..dengar makcik2 dok cite keje polis ni senang nanti tua ade pencen & qualification untuk jadi polis pun rendah..sesungguhnye masa ni aku pk pencen 2 ialah duit ko dapat free2 bila ko dah tua..hehehe sengal..

Umur 11-12
Time ni minda kreatif & kritis dah mule menerjah hehe..mula la aku nak jadi fashion designer la graphic designer la dan mangaka (pelukis komik). Tapi dalam masa yang sama boleh plak aku rasa macam nak jadi peguam time ni. Maybe because I'm gotten influenced by plenty of Laws' drama on TV at that time.

Umur 13-14
Huhu zaman sekolah menengah ni mula2 aku ingat nak jadi interior designer. Seronok bila tengok hiasan dalaman rumah yang ada dalam majalah2 mak aku beli. Pastu tengok plak cite2 Taiwan yang rumah besar nala dengan interior yang best huhu..ingatkah anda ketika ini gadis2 demam dengan F4? Hehe mesti la tengok Meteor Garden kan time ni hehe..oh aku juga teringin nak jadi archeologist & historian ketika ini..

Umur 15-17
Ketika ini ku agak rebellious. Teringin nak tindik kat bibir la kening la. Hoho pengaruh Barat. Perasaan suke Linkin Park dari form 2 terbawa-bawa. Aku just pk nak abis skola je. Pasal msk U ke ape ke aku memang malas giler nak pk. Time form 4 & 5 memang banyak ujian la ape la maka aku sangat sibuk. Oh sibuk-sibuk pun time ni aku agak aktif dalam choir & aktiviti nyanyian kat skola. Ade gak terfikir nak jadi penyanyi hahaha x boleh blah punya thought! Ketika ini juga aku ade terfikir nak masuk bidang perubatan hehe pengaruh Jed.

Umur 18-20
Hoho ketika ini aku sudah punya planning. Nak buka ladang ternakan haiwan dgn ex rumate, Jah & wat export daging ke luar negara. Fuh angan2. Nak gak buka Cafe la skola la. Pastu aku rs plak nak buka butik pakaian brand aku sendiri huahuahua memang terer angan2.
sila bygkn ade nama aku di situ...Nasrin

Umur 21-present
Aku wat keputusan untuk buka nursery lepas graduate. Yang ni aku rancang dengan partner in crime aku Norul Ain Alias hehe. Kitorang memang suka babies & kanak2 kiranya memang ni la cita-cita yang sesuai dengan kitorang. Tapi dalam masa yang sama aku nak gak buat benda yang aku rancang sebelum ni macam cafe, ladang, skola elite & macam2 lagi.
future nursery owner hehehe
Aku harap cita-cita aku ni tercapai & paling penting aku nak capai kejayaan di dunia & akhirat amin...

No comments:

There was an error in this gadget