Friday, March 18, 2011

Luahan hati seorang Nasrin..

Kali pertama dalam hidupku aku rasa sebegini kecewa. Bukan kecewa kerana cinta atau pelajaran tapi aku kecewa kerana perilaku sesetengah manusia yang ku anggap sebagai kawan tapi akhirnya mereka memusnahkan kepercayaanku terhadap diri mereka. Aku tahu diriku bukan seorang yang sempurna dan aku sering melakukan kesilapan tak kira dari segi perbuatan mahupun pertuturan tapi kamu yang aku anggap kawan, mungkin kamu tidak sengaja tapi perbuatan kamu itu telah melukakan hatiku. Ye mungkin kamu menganggap hatiku keras seperti batu kerana aku bukan seorang yang menunjukkan perasaanku. Tidak bolehkah kamu berasa gembira kerana diriku? Ye mungkin silapku menghebahkan pengkhabaran tersebut tapi sesungguhnya aku tidak tahu pengkhabaran tersebut merupakan satu luka terhadap diri kamu. Aku minta maaf namun kamu seharusnya faham aku juga ada masalahku sendiri. Aku juga hampir berputus asa sebelum menerima pengkhabaran tersebut. Aku akui pengkhabaran itu membuahkan sedikit kegembiraan dan harapan dalam hatiku yang sekian lama menanti akan pengkhabaran gembira. Maafkan aku jika kamu merasakan diriku seorang yang mementingkan diri kerana aku berasa gembira namun itu bukan tiket untuk kamu mengatakan sesuatu yang membuatkan diriku berasa sedih dan menyalahkan diri sendiri. Mungkin silapku kerana terlalu ramah. Mungkin silapku kerana terlalu percaya pada orang. Mungkin silapku kerana memikirkan yang kamu akan turut gembira bersamaku. Mungkin silapku kerana silap dalam menilai. Maafkan aku sekiranya penulisanku ini menyakiti hati kamu kerana aku menulis dalam keadaan yang kecewa dan tertekan. Maafkan aku sekiranya percakapanku sebelum ini merupakan racun didalam hatimu kerana tidak terniat didalam hatiku untuk menyakitimu kawanku. Maafkan aku kerana aku kecewa.

4 comments:

RuBy said...

lek2~
maybe dia ade prob kot...
ko haruslah bergumbira ngan berita gumbira ko itu~

share2 la ngan aku ni ha~
mana tau aku leh gumbira2 utk ko~
hehe

Norlyana Nasrin said...

ntah la weh aku btol2 rs tensen sbbkn mereka2 itu..
aku x sangka la dpn aku buat baik tapi belakang kata lain..
nntla rubiah..smlm aku g cr ko, ko plak tdo huhu br nk ngadu2...

RuBy said...

aku sedar ko datang cari aku~ pastu aku sambung tido~ hahha ko salah time la~

laen kali datang la story morry~ bilik aku sentiasa terbukak pun~ hahhaa

Norlyana Nasrin said...

huhu yelah ko smbt aku dgn muke serabai ko huhuh..
xleh blah..nnt la aku dtg story morry dgn ko wlupn marahku hampir reda huhu...

There was an error in this gadget