Thursday, April 21, 2011

Aku dan Blog


Kenapa aku buat blog? Itu sepatutnya soalan yang harus ditanya. Terus terang aku katakan aku blogging bukan sebab trend or mengikut orang lain yang kononnya popular sebab blog. Aku x mau popularity sebab nanti aku takut kena kerumun huhuhu perasan je lebih. Aku seorang yang sangat suka bercakap tapi kadangkala apa yang aku cuba cakapkan tak terkeluar dari mulut. Kenapa? Ntah...banyak faktornya dan aku x mahu tulis disini sebab banyak sangat. Aku tengok banyak je blogger yang popular tapi ntah kenapa aku x rasa pun nak follow diorang sebab aku x rasa "jiwa" kami sama. Aku lebih suka follow blog yang natural daripada blog yang bombastik tapi plastik. Blog rakan-rakan aku follow sebagai memberi semangat kepada mereka untuk menulis di layar maya ini..chewah ayat x leh blah. Aku juga suka pada blog yang memberi tips untuk cantikkan blog, masakan, kehidupan dan sebagainya kerana ianya boleh menjadi bahan bacaan yang berguna.

Kadang-kadang ada sahaja blogger yang menjadikan blog mereka tempat melepaskan geram, bergosip dan menjual diri. Kenapa aku cakap macam 2? Hmm senang aku katakan yang perbuatan mereka ini hanya menunjukkan bertapa uneducated diri mereka sendiri kerana bagi aku jika tidak berpuas hati pada suatu individu baik luahkan secara berdepan. Ini juga memberi peluang terhadap individu tersebut untuk membaiki diri. Terus terang aku katakan, aku juga tak mampu untuk menegur kesalahan orang lain secara berdepan namun aku bernasib baik kerana riak mukaku menunjukkan segalanya. Ye jika aku marah, sedih, gembira atau benci riak mukaku akan berubah mengikut perasaanku. Berbalik kepada tajuk, aku blogging kerana aku suka meluahkan dan menceritakan pengalamanku, aktivitiku dan perihal baik tentang rakan-rakanku. Bagiku, setiap kegembiraanku aku ingin kongsikan bersama pembaca. Maaflah jika ade yang tak suka dengan gaya penulisanku yang sentiasa berubah-ubah kerana aku masih belum dapat mencari identiti penulisanku. Boleh juga kukatakan gaya penulisanku dipengaruhi dengan emosi aku ketika menulis. Apabila aku menaip entri, aku lebih suka suasana yang senyap atau dengan bunyi-bunyian alam sekitar. Alhamdulillah bilikku berdekatan dengan hutan maka bunyi-bunyi alam dapatku dengari dan aku amat menyukainya.

Personaliti aku ketika menulis juga berubah-ubah. Aku masih belum matang dan muda remaja..chewah..maka penulisanku juga begitu. Adik beradikku selalu hairan sebab asal cuti sahaja dalam aktiviti harianku pastu kusertakan sekali blogging ataupun blogwalking. Mereka juga kurang berpuas hati denganku kerana aku banyak menghabiskan masa di hadapan laptop kesayanganku sejurus itu menyumbang kepada kenaikan bil elektrik di teratakku. Namun jiwaku disinin, aku suka menulis, aku suka bercerita, aku suka "bercakap" dengan pembacaku adakah anda faham? Aku akui sejak akhir-akhir ini jiwaku semakin sentimental. Aku sendiri tak tahu apa yang berlaku. Mungkin kerana pertambahan usia? Haha terasa tua pula padahal baru berusia 23 tahun.

Ada yang mungkin berfikir, alah takat follower berapa kerat nak poyo lagi..haha bilangan follower tak membuktikan kualiti blog tersebut kan? Ini pandangan aku. Blog yang menarik pasti menarik ramai blogger untuk follow dan aku tahu blog aku mungkin kurang menarik tapi apa yang penting aku ikhlas menulis dan aku suka blog aku. Aku sebenarnya tak kisah jika bilangan followerku kurang tapi apa yang penting mereka ikhlas menjadi follower.
Aku rasa sampai disini sajalah luahan buat kali ini. InsyaAllah aku akan update lagi.

Sincerely,
Norlyana Nasrin Zulkifli

4 comments:

نور فضيلا said...

hehehe..terasa aa plak bab marah2 tu..huhu. tp aku marah kat org aku xkenal. cane nak tego. kalo tego mau bertumbuk. hehe..nice btw~

Norlyana Nasrin said...

haha aku x tujukan kat sape2 pun just sebagai peringatan ma..hehe..kalau orang yang jenis xleh tgr mmg susah skit nak deal...maka doakan jela..hehe thanks dila (^-^)

RuBy said...

oiiii~ TERASA!! hahahha....

tapi bahaya gak kalu lepaskan perasaan seseorrg through blog sebab bole menyebabkan pergaduhan yg dasyat ye...aku pernah laluinya,,sekian~

tapi aku hanya ada blog tempat melempiaskan perasaan, ko janganla emo bila tgk aku emo2 kat blog aku~ HAHAHAH

Norlyana Nasrin said...

@RuBy
hehe terase ke weh? hehe seperti diatas aku bgtau ni x tuju ke sape2 ok..hehe ssh kot nak bagi aku emo2 huhuhu...

There was an error in this gadget