Thursday, April 21, 2011

Memori Budak Nakal part 2


Memori kelima
"Yana!! Cepat siap g skola!!", laung nenekku. "Tak mau!!!!!!", balasku sambil berlari-lari. "Aih malaslah nak layan budak ni", kata nenekku yang penat melayan kerenahku lalu meneruskan kerjanya di kantin milik ayahku suatu ketika dulu. Maka aku pun meneruskan permainanku dengan kawan baik aku, Naja. "Jom main payung nak?", ujarku sambil mengambil dua kaki payung yang ade ditepi kantin. "Jom! Jom!", ternyata Naja cukup teruja untuk bermain. Walaupun Naja muda setahun daripadaku tapi die sajelah yang sekepala denganku ketika itu. Kami mula bermain dengan payung2 tersebut..bergaya seperti wanita jepun la..main hujan la dan sebagainya...apabila sudah bosan aku mengajak Naja main pusing2. Aku memegang kedua-dua belah tangannya dan mula memusing..Naja terpusing sehingga terangkat kedua-dua belah kakinya (ok ketika ini Naja kurus & aku ade extra strenght..konon). Malangnya setelah dua pusingan, aku terlepas tangan Naja..mak aih tercampaklah Naja ke sudut kantin. "Aduh!!", jerit Naja sambil meraung kesakitan. Rupanya-rupanya gigi Naja patah akibat impak tercampak dari pusingan aku 2. Aku mula panik apabila Naja mula menangis. Teringat aku pada peristiwa yang terjadi pada sepupuku, Ayu yang tercabut kuku akibat mainan "pusingan" aku ni. Maka staff kantin termasuklah nenek aku mula bergegas ke tempat kejadian apabila mendengar tangisan Naja. Ayah Naja yang baru pulang daripada kerjanya menyuruh aku gantikan gigi anaknya. Erk? macam mana aku nak ganti? Bertambah malang keesokkan harinya kami 2 keluarga pergi melawat Cameron Highland. Ye Naja ke Cameron dengan gigi yang rongak dan aku seperti biasa menerima pukulan dari ayahku....
me, azreen, nadirah, naja & zulaika
Memori keenam - Tadika
Ketika umur aku empat tahun, aku begitu teruja untuk masuk tadika. Ketika itu tadika hanya ade untuk kanak-kanak 5 dan 6 tahun sahaja. Kadang kala, mama ku menemanku melukis dan mengajarku mengira yang sememang aku hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri sebab apa pun aku tak ingat. Tiba masanya untuk aku masuk tadika (5 tahun), dengan teruja aku mendapatkan tempat duduk. Kulihat mamaku menunggu di luar. Cikgu Ham memulakan pembelajaran. Agak seronok sebab aku lihat sekelilingi dipenuhi kanak-kanak yang sebaya denganku. Tiba-tiba aku rasa x sedap hati. Aku mula melihat ke luar. Alamak mana mama aku? Aku dah mula panik dan mula bangun meninggalkan tempat dudukku. " Eh nak pergi mana tu?", tanya Cikgu Ham. "Mama..", itu sahaja perkataan yang keluar dari mulutku. "Duduk dulu nanti mama datang", ujar cikguku. Namun aku yang sememangnya degil terus mencari-cari mamaku. Argh sudah! Mamaku xde! Terus aku menangis sekuat-kuat hatiku. Cikgu Ham cuba mendiamkanku namun gagal. Aku mula berpaut pada lengan Cikgu Ham dan menjerit sekuat-kuat hatiku " Nak balik! Nak balik! Cikgu saya nak balik!". "Kejap, kejap", balas cikguku. Aku yang sememang x makan saman meneruskan jeritan beserta tangisan dan tanganku masih berpaut pada Cikgu Ham. "Tak kira nak balik sekarang jugak! Nak balik!". Cikgu Ham yang mula hilang sabar memarahiku "Eh budak ni sekajapla!". Argh aku x peduli! Tangisan dan jeritan diteruskan. Cikgu Ham yang hilang sabar memanggil kakakku yang kebetulan belajar dikelas sebelah. Maka hari tersebutku habiskan di kelas kakakku begitu juga hari seterusnya..cukup seminggu aku berhenti terus dari belajar tadika..aku masuk semula ke tadika apabila umurku 6 tahun hehehehe.....

Memori ketujuh
(umur 9 tahun) Aku memang suka tengok orang bawak motor dan sememangnya aku teringin nak bawak tapi malangnya kaki aku pendek dan ayah aku x benarkan. Ade seorang pakcik ni nama die Pakcik Zul. Ayah aku panggil die Zul Pisang sebab die jual pisang dan buah-buahan lain. Die selalu datang rumah aku dengan motor. Satu ari ni, die datang ke rumah aku seperti biase. Masuk sahaja Pakcik Zul ke dalam rumah aku terus aku keluar mendapatkan motor beliau. Teruja sungguh aku membelek motor yang berwarna biru itu. Tiba-tiba aku perasan sesuatu. Rupa-rupanya Pakcik Zul tertinggal kunci diatas motornya. Timbul idea jahat dalam otakku. Perlahan ku tolak motor jauh sedikit dari rumahku dan aku terus hidupkan motor. Aku menekan gear dan motor itu mula bergerak ke depan dengan laju kerana aku memasukkan gear 1. Pakcik Zul dan ayahku yang berada didalam rumah terkejut dengan bunyi kuat motor dan terus keluar. Pakcik Zul yang kaget terus memegang motornya dan menyuruh aku turun. Aku akur kerana aku mekihat muka ayahku yang sudah memerah dan aku dapat agak apa yang akan terjadi padaku selepas itu.

Memori kelapan
Aku memang liat untuk ke sekolah ketika sekolah rendah kerana aku x suka sekolah. Pagi persekolahan merupakan pagi yang memenatkan bagi isi rumahku kerana mereka perlu berusaha untuk memaksaku ke sekolah. Pada suatu hari, Paksuku ditugaskan untuk mengejut dan menghantarku ke sekolah. Aku bangun dengan perasaan malas untuk ke sekolah. Lambat-lambat aku pergi mandi dan bersiap. Dari rumah lagi aku dah merungut tak mahu ke sekolah namun rungutanku tidak mendapat respon dari keluarga. Dengan malas aku menaiki kereta. Sesampai sahaja disekolah aku tak mahu turun dari kereta. Paksuku mengambil tindakan drastik dengan mengheretku keluar dari kereta namun tindakan itu nyata tidak berguna apabila aku memaut pada kaki paksuku dan menangis. Paksuku yang mati akal terpaksa membawa ku pulang semula ke rumah. Petang itu aku dihadiahi rotan best dari ayah aku kerana ponteng pada hari itu. Sejak dari itu, Paksuku tak mahu menghantarku ke sekolah.

Memori kesembilan
Aku dengan sepupuku memang terkenal dengan kenakalan kami. Kami dianggap " Double Trouble" kerana mana sahaja kami pergi, kami akan menimbulkan masalah. Suatu petang yang hening, "Jom main kat taman", ajak sepupuku, Musyawwir. Aku mengangguk dan terus ke taman bersamanya. Sepupu-sepupu yang lain pun turut mengikut kami. Kami dianggap "taiko" dalam kalangan sepupu-sepupu maka kemana sahaja kami pergi mereka ikut dan apa sahaja kemahuan kami mereka turuti secara paksa-rela. Sampai sahaja ditaman segala permainan kami main dengan penuh keterujaan. Sedang kami berdiri di tepi jongkang-jongket, tiba idea jahat. Kami menyuruh seorang sepupu kami duduk diatas jongkang-jongket tersebut. Sepupuku seperti tahu sahaja nasibnya duduk dengan rela. Setelah itu, kami berdua melompat sambil menekan tempat duduk jongkang-jongket yang kosong dengan kuat sehingga mengakibatkan sepupu kami tadi terpelanting dari tempat duduknya. Kami ketawa berdekah-dekah apabila melihat sepupu kami melayang seperti Superman dan jatuh. Nasib baiklah kami bermain di kawasan berumput dan tanah lembut maka tiada sebarang kecederaan berlaku dan sepupu kami nampak gebira dengan mainan kami..tiba-tiba ade seorang budak kecil dari kawasan kejiranan tok aku datang menghampiri kami dan meminta kami bermain dengannya. Berkali-kali kami menolak kerana takut dia tercedera namun budak itu memaksa dan dia ingin "terbang" seperti sepupu kami tadi. Maka kami pun bersetuju dan menyuruh budak tersebut duduk di satu bahagian jongkang-jongket dan kami terus melompat sambil menekan tempat duduk yang kosong. Dush! Budak itu terpelanting dan...ye die berlari pulang ke rumahnya sambil menangis. Kami hanya ketawa dan meninggalkan taman permainan itu secepat mungkin kerana bimbang ahli keluarga budak kecil itu datang dan menyerang kami.

p/s: banyak lagi memori2..kalau aku rajin aku post lagi hehehe..oo sorry gambar kabur...
sila rujuk Memori Budak Nakal untuk part 1

No comments:

There was an error in this gadget