Saturday, April 16, 2011

Memori Budak Nakal


Memori pertama:
"Yana yana ayah suh balik! Dah nak Maghrib!", Nadirah melaung memanggilku yang sedang landing baik punya kat atas pokok depan rumah jiranku. "Argh nantilah aku balik!". Nadirah yang masih kecil hanya patuh dan menunggu kerana takut untuk pulang tanpa aku. "Lyana!!!!", jerit ayahku. Mak aih nak luruh jantung aku bila melihat ayahku datang dengan memegang rotan buluh ditangannya. Cepat-cepat aku melompat turun dari pokok dan melarikan diri. Naik seriau aku bila mengingatkan ayahku mengejarku dengan rotan. Nasib baik la ketika itu aku jaguh pecut kalau tidak aku pun tak tahu apa nasibku. Sampai sahaja di rumah terusku masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu kerana takut ayahku akan merotaniku. Sejak daripada itu aku tidak lagi pulang lewat ke rumah.

Memori kedua:
"Yana yana mai la cari ikan kat parit depan sana", kata sepupuku yang sedia handsome, Musyawwir. "Wah best! Jom", balasku dengan senyuman melebar. "Yana, nak ikut!", Nadirah yang tiba-tiba muncul ingin mengikuti kami. "Argh tak boleh ko kecil lagi mana boleh ikut!", jawabku kasar. "Nak ikut gak!", bentak adikku diiringi dengan tangisannya yang kuat lagi nyaring. "Ni yang aku benci kat ko ni!", kataku geram. "Lyana! Ape ko buat tu?!", "alamak ayah pulak masuk campur" , monologku dalam hati. "Ni orang nak main tangkap ikan kat depan dengan Syawel, tapi Nadirah pula nak ikut. Orang malas nak bawak dia, menyusahkan!". "Bawak jela!", gertak ayahku. Nak tak nak aku kena bawak tapi muncul satu rancangan jahat dalam otakku. " Nadirah jom naik atas sekejap", aku membawa adikku ke tingkat atas rumah Pak Longku. Setibanya di tingkat atas, aku terus berlari turun ke bawah meninggalkan adikku. Nadirah yang terkejut terus menangis sekuat hati. Malangnya ayahku yang terdengar tangisan Nadirah terus menengkingku "Lyana ko buat apa lagi?!" dan ketika itu juga aku menerima pukulan paling best dari ayahku. Walau bagaimanapun, rancangan ke parit masih diteruskan dan Nadirah dapat ikut sekali.

Memori ketiga:
Jiranku telah menebas semak-semak di hutan hadapan rumahku dan telah memasang tali di kawasan yang agak tinggi. Aku dan beberapa rakan-rakanku terus memanjat "bukit" tersebut dan bermain-main di situ. "Baik-baik panjat tu karang jatuh luka!", nasihat jiranku. Kami yang tak mendengar kata meneruskan aktiviti kami, naik turun "bukit" sesuka hati kami. Tiba giliranku yang ntah ke berapa kalinya, aku memanjat dengan penuh yakin dan berpaut pada tali itu dengan aksi seperti memanjat gunung. Malang nasibku, tali yang pegang terlepas dari tangan dan aku jatuh terguling-guling dari bukit tersebut. Rakan-rakanku ketika itu leka dengan berborak sesama mereka tak sedar yang aku jatuh maka dengan sepantas kilat terus aku bangun dan berlari pulang ke rumah. Di rumah, aku membelek lukaku dihadapan cermin. Tangan dan kakiku luka kecil. Aku terasa ade cecair hangat yang mengalir di kepalaku. Argh sudah kepalaku berdarah! Aku yang takut ketika itu hanya berdiam diri dan tidak menceritakan pada sesiapa. Alhamdulillah tiada kesan kronik berikutan peristiwa itu.

Memori keempat:
"Hang nak pi mengendap orang tak?", tanya sepupuku, Musyawwir. "Hah ngendap? Jom", balasku teruja dengan "aktiviti" yang diutarakan oleh sepupuku itu. Seperti biasa adikku, Nadirah ingin ikut sekali. Pada mulanya aku tak mahu membawa budak cengeng itu tapi diatas nasihat sepupuku, aku bawa juga lagipun aku tak sanggup untuk menerima pukulan istimewa dari ayahku. Sampai sahaja ke "destinasi" kami, kami mula memanjat batu-bata untuk tujuan mengendap. Lah rupa-rupanya sepupuku ajakku mengendap orang mandi di swimming pool berdekatan kawasan rumahnya. Kami mengendap dengan agak terang-terangan sehingga menganggu orang yang sedang mandi di situ. "Woi, ape korang buat tu hah budak-budak?!!", jerkah pengawal yang bertugas. Aku dengan sepantas kilat lari meninggalkan kawasan swimming pool itu. "Woi yana, adik hang!", jerit Musyawwir yang turut berlari sambil memimpin tangan adikku yang sudah basah dengan air mata. Sampai sahaja dirumah Pak Long aku, seperti biasa hukuman menunggu kerana aku lari tinggalkan adik aku tadi. Aih dah nasib badan.

p/s: Musyawwir ni anak kepada Pak Long aku. Dari kecik lagi aku memang rapat dengan die dan kitorang pernah buat janji bodoh bersama-sama huhu. Skang die jadi warden penjara kat Alor Setar.

err patutkah aku sambung part 2?

No comments:

There was an error in this gadget