Tuesday, May 31, 2011

2NE1 - LONELY [HD]

BEAST - Fiction MV [english subs + romanization + hangul]

B1A4 - O.K MV [english subs + romanization + hangul]

Perlu ke riak?


Yeah mari aku nak story skit pasal orang riak ni huhu. Macam ni tadi, time aku tengah jaga counter Pathology, aku didatangi oleh seorang pesakit yang nak tanya pasal result die. Ok mengikut undang2 di dalam makmal mahupun hospital, setiap result hanya boleh diberi kepada doktor dan specialist sahaja & mereka yang akan menginterpretasikan kepada pesakit. Tapi pesakit ni nak sangat tengok result die dan dia cakap doktor sendiri yang suruh dia g makmal amik result dia huhu nampak sangat menipu kan? Maka kami cuba menghubungi doktor berkenaan kerana result pesakit tadi sebenarnya dah ada dalam tangan specialist. Bila diberitahu yang kami sebenarnya x tahu sangat pasal result pesakit, pesakit tadi mula marah dan menuduh yang kakak MLT ni incompetent dan rude sebab kakak ni terus tinggalkan dia sebab dah x tahan kena hamun depan2 macam 2. Pesakit tadi terus meminta nama specialist yang berkenaan dan kakak MLT tadi kononnya dia seorang yang berpengaruh kat KKM dan dia nak adukan kepada pihak atasan. Aku yang dari tadi senyap sebab awal2 lagi aku dah bagitau yang aku ni intern je & aku terus pass kat kakak MLT yang bertugas kat kaunter dengan aku huhu..korang tahu, sebelum dia meletup, sempat gak dia tanya aku ni amik course ape, university ape, brape tahun la huhu aku jawab jela dengan ikhlas sambil teruskan kerja2an aku di counter huhu nasib baik aku x kena...aih kesian kat kakak MLT yang kena marah 2..yela x pasal2 kena hamun lagipun bab2 result ke ape ni di luar kuasa kakak 2 hmm x tau la apsal pesakit 2 riak semacam..nasib baik la kakak MLT yang bagi nama 2 x bagiu nama penuh kakak MLT yang kena marah tadi..

p/s: ingatlah kita x sentiasa diatas maka rendah diri adalah yang terbaik (^-^)

Monday, May 30, 2011

Ku di kaunter


Mak aih busy yang amat weh!!! Terus terang aku cakap x menang tangan aku melayan sample..nak kena scan, kena centrifudge lepas 2 kena anta la plak huhu rasa2 boleh kurus x kalau seminggu macam ni? haha kalau makan x ingat dunia x jadi gak weh huhu..hari ni aku jimat skit sebab bekalan makanan semalam banyak lagi so aku dengan Su kendurikan le lauk2 yang ada huhu...

p/s: jaga kaunter ni beza btol bila ade kat unit lain sebab walaupun sample banyak tapi hatiku gumbira hahahaha

Sunday, May 29, 2011

FTISLAND 3RD MINI ALBUM 'Hello Hello' Music video full ver

KKB-Rawang-Ijok-Putrajaya


Yeah insyaAllah itulah laluanku pada hari ini. Perasaan malas mula menerpa tatkala mengenangkan esok aku perlu menjalankan tugasku sebagai student praktikal di Hospital Putrajaya yang jelas sekali terletak di Putrajaya nan indah nun jauh disana. Hahahaha sounds poetic..
Lagi 6 minggu sabarlah wahai hati, kuatlah wahai minda, tabahlah wahai batang tubuh dengan segala cabaran yang bakal aku terima untuk 6 minggu yang mendatang.
Habis praktikal....perluku fikirkan tentang projek tahun akhir..hahaha hidup x sentiasa indah bukan?
haih....
Namun, demi masa depan yang ku impikan, aku akan berusaha!!!! Fighting spirit~~~UP!!!!!!!!!

P/S: gangguan mental semakin menjadi-jadi..

Saturday, May 28, 2011

Pulang~

su wat gaya rempit hahaha...

Balik rumah lagi minggu ni...hmm malam ni ade Super Junior M kat Putrajaya tapi aku x rasa nak g sebab ramai giler manusia yang g punya so.....I hate crowd ma~ hehehe
Hmm dah la free kan? huhu
Semalam wat stain untuk Paps Smear dengan FNAC..untuk FNAC kte akan guna ZN stain manakala untuk Paps Smear kte guna Papanicolaou stain (correct me if I'm wrong). Hmm nak mengaku aku ade wat onar semalam...aku dah terjatuhkan slide time nak buang air dari slide huhu nasib baik sempat sambut kalau x.....huhu naya aku kot..dan nasib baik la supervisor aku x marah hukhukhuk...
Semalam aku dapat makan free hehe..dalam minggu ni je 2x dah aku makan free kat HPJ ni...yang 1st untuk raikan 2 orang MO yang nak sambung Master and semalam dorang ade wat jamuan kecil2an huhu jimat duit do..
Abis keje je terus g solat Asar before bertolak pulang muahahaha....
Sampai Ijok, parent aku dah menunggu pastu terus g NSK beli barang2an..
Sampai umah je terus g solat Maghrib and mandi hehe nak g pasar malam ma....pukul 8.20pm macam 2 aku kuar g pasar malam dengan si Zareef huhu lama x jumpa mamat ni dan masih tiada perubahan. Beli barang2an and terus balik rumah. Huhu si Zareef ni beli motor baru, Kawasaki Ninja color hijau..huhu dia kata dia tau aku mesti suka sebab color hijau..hmm yela sangat..kat rumah kitorang makan makanan yang dibeli sambil tengok Harry Potter and Sorcerer Stone sambil2 2 rancak gak mamat ni berborak dengan ayah aku pasal aktiviti berbasikal haha lawak betul diorang ni..dalam sejam lepas 2 Helmi plak datang sebab diorang cadang nak g jumpa Izzat kat Gombak..aku? mestilah x ikut dah malam ma...lagipun ngak manis + diorang x ajak pun hahaha sengal..
Pagi ni bangun2 je aku nampak ni
huhu seksi skit..sorry
ye ayah aku masak sebab mama aku kurang sihat hari ni..huhu maka lepas 2 aku take over la masak suhun plak...
petang ni insyaAllah aku nak g melawat si Seenu dengan Jed hehe nak borak2 la ape lagi ngehehehe adios!!

Thursday, May 26, 2011

FNAC

Syringe & syringe holder
Tau x ape itu FNAC? FNAC adalah singkatan kepada Fine Needle Aspiration Cytology. FNAC digunakan untuk mengambil tisu dari benjolan yang mencurigakan dan selalunya digunakan untuk mengesan kanser payudara. Kalau nak tahu hari ini, disebabkan aku berada di bahagian Cytology maka aku dapat menyaksikan bagaimana process FNAC dilakukan.

1.Jarum yang digunakan sama seperti mengambil darah dan dimasukkan ke dalam benjolan tersebut. Oh syringe holder digunakan untuk mengelakkan syringe dari terlepas.

2. Darah+tissue dari benjolan akan terus di "smear" dan dimasukkan ke dalam 95% alcohol untuk di "fix" kan. Ade yang terus dismear di atas slide.

 3. Jarum yang digunakan akan dimasukkan juga ke dalam 95% alcohol kerana terdapat tissue didalam jarum. Ia akan dibiarkan selama 30 minit ++ didalam larutan tersebut dan proses pengumpalan darah akan berlaku.

4.Darah+tissue yang sudah "clotted" tadi akan dikeluarkan dari jarum dan dimasukkan semula ke 95% alcohol tadi dan kemudiannya dimasukkan ke dalam mesin centrifuge dan spin 4000rpm untuk 3 minit.

5. Alcohol dibuang ke dalam air yang mengalir.

6. Plasma dimasukkan ke dalam tube tadi untuk proses clotting yang lebih sempurna dan kemudiannya di masukkan ke centifudge yang sama.

7. Specimen yang tergumapal dimasukkan ke dalam cassette yang dilapik dengan cold paper dan kemudiannya di hantar ke bahagian Histology untuk process embedding, trimming and stainning.

p/s:FNAC juga boleh digunakan untuk thyroid  case and etc.
 kalau ade yang salah sila tegur (^-^)

Wednesday, May 25, 2011

Oh hari jumaat cepatlah datang~~


Sejak "keje" ni, ari Jumaat memang ari yang aku nantikan huhu aku rasa orang lain pun macam 2 jugak kan? hehe rasanya budak2 sekolah pun sama kan kan kan? Ari Jumaat keje dari 8-5 gak tapi rehat dari 12.15 sampai 2.45pm huhu seronokla kite tapi harap2 Jumaat ni xde makcik sengal yang bising dalam surau lagi ye? Oh nak tau hari ni aku xde keje sangat huhu....maka self-study lagi & kali ni aku study skit procedure2 kat Histology..ye kate mereka aku xde basic..hmm no comment..
Ya Allah permudahkanlah urusan ku untuk hari esok...huhu insyaAllah aku akan observe Fine Needle Aspiration Cytology esok huhuhu....

Tuesday, May 24, 2011

[110521] HD | Beast (비스트) - The Fact + Fiction [Music Core Comeback Stage]

I did it!!!


Yeah sila rujuk entry ini. Aku telah berjaya menegur seorang makcik dari Radicare yang dok berborak kuat2 dalam surau time Zohor tadi. Terima kasih kepada Rizqan sebab memberi semangat untuk menegur huhu. Tapi yang xleh blahnye makcik 2 boleh jeling aku balik & terus cakap telefon. Haih ikutkan hati nak je aku rampas hp die tapi apekan daya kang aku dicop kurang ajar la plak hadui..
Nak cte skit..skang ni aku masuk Cytology huhu mostly about cell and I totally forgot about cells!! Hahaha mentang2 la blajo time 1 year 1 sem dulu 2 pun dalam Anatomy maka terkulat2 la aku disitu..tapi alhamdulillah Kak Shida (MLT Cytology) yang sedia membantu. Hari ni aku blajo pasal Paps Smear dan aku kne self study skit huhu tapi yang sebenarnye best juga Cytology ni hehe...kalau nak tau aku sampai tertdo time self-study huhuhuhuhu....
InsyaAllah minggu depan aku jaga counter plak huhu bersedialah Norlyana Nasrin!!! 

Sunday, May 22, 2011

Morning at home and yesterday story~~


Yeah refreshing! Sebenarnya x cadang pun nak balik rumah semalam tapi lepas melawat anak buah Su yang dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung, kami berdua bercadang untuk pulang terus ke rumah memandangkan kami dah berada di Sungai Buloh. 


Sepanjang berada di hospital. banyak perkara yang berlaku. Hati aku tersentuh apabila melihat kanak-kanak yang sakit dan disamping merekaibu yang setia menjaga mereka. Aku bagai dapat merasakan kesedihan si ibu bila melihat anak mereka menderita sakit. Ya Allah aku doakan mereka cepat sembuh & dapat mengharungi ujian yang Allah berikan ini. Di sebelah katil anak buah Su, Natasya, terdapat seorang pesakit yang baru berumur 11 bulan yang dimasukkan ke wad kerana terdapat kahak berlebihan sehingga menyekat saluran penafasan bayi tersebut. Sedih aku melihat bila bayi itu menangis kesakitan & ibunya berusaha untuk menenangkannya. Lupa untuk beritahu,aku ke wad Pediatric aka wad kanak-kanak. Ada juga aku bertegur sapa dengan ibu2 di sini, menanyakan tentang sakit anak mereka dan sebagainya. Yang lebih menyedihkan ada seorangibu yang sedih kerana tiga anaknya dimasukkan ke hospital dalam masa yang sama kerana jangkitan kuman pada paru-paru atau Pneumonia. Si ibu ini menjaga anak yang paling kecil manakala si bapa menjaga yang dua yang lain di wad lain kerana si kecil itu memerlukan penjagaan yang lebih. Setelah masuk ke dalam wad kanak-kanak ini, aku dapat rasakan yang aku memang x sesuai untuk bekerja sebagai doktor atau jururawat di wad pediatric sebab ada kemungkinan besar aku akan menangis setiap kali melihat kanak-kanak yang sakit. Ye walaupun aku tampak ganas namun hati aku akan tersentuh bila melihat kanak-kanak menderita sakit. Dengan orang tua juga begitu. Ini juga antara sebab mengapa aku x menjenguk ahli keluargaku bila mereka masuk ke hospital. Maafkan aku. 

Ada juga kisah yang menarik berlaku pada aku semalam. Ketika di surau, aku bertemu dengan seorang jururawat wanita yang kebetulan sedang berehat gara-gara keletihan disebabkan on-call. Pada mulanya aku cuma bertegur sapa sekadar untuk berbasa-basi, yang menariknya, kakak jururawat ini mula bercerita tentang dirinya dan pengalaman hidupnya. Oh dia juga ingat aku ialah doktor disini hahaha jangan risau aku sempat menerangkan yang aku bukan doktor cuma pelatih makmal di Hospital Putrajaya. Namun kakak ini terus bercerita selama 20 minit tanpa henti dan aku cuma boleh mengangguk dan memberi respon sedikit. Tepat pukul 1.40pm barulah dia berhenti dan aku terus solat memandangkan sudah agak lewat dan Su menungguku di wad. Aku agak mungkin kakak jururawat ini ingin meluahkan perasaan dan kebetulan aku menegurnya dahulu maka perbualan itu berlaku. Tak mengapa kerana sedikit sebanyak aku mendapat sedikit ilmu tentang kehidupan.
Oklah sudah panjang aku menulis. InsyaAllah jika ada umur aku akan update lagi... (^-^)

Friday, May 20, 2011

Tolong senyap boleh?


*sila lapangkan hati dan buka fikiran sebelum baca..

Aku sebenarnya tak tau nak mulakan macam mana. Korang pernah tak come across this situation...korang tengah syok2 solat tiba2 ade orang jawab telefon & cakap kuat2? dah tu sampai ko abis solat pun die x abis2 bercakap macam die sorang je ade hp....haih sebenarnya benda ni jadi kat aku time rehat siang tadi. Macam ni, hari ni waktu rehat dari pukul 12.15-2.45pm maka lepas makan aku naik la kat surau tingkat 4 hospital untuk rehat & tdo sebelum Zohor. Bila masuk waktu aku pun bangun solat la..dari sebelum aku solat lagi, ade la makcik indon Radicare ni yang dok bergayut dengan balak/laki die dengan suara yang kuat. Aku dah bagi jelingan maut banyak kali kot kat di tapi die wat dek je...abis solat dalam pukul 1.30 macam 2 so aku ingat nak tdo sekejap sebelum masuk kerja...TAPI!!! Makcik 2 still bergayut kalah monyet dengan galaknya tanpa menghiraukan orang lain yang tengah solat ke tdo ke ape ke...haih rasa nak rampas je hp die & baling kat luar. Bagi aku, amatlah x sopan kalau bergayut ke, bercakap kuat2 & gelak ketawa kuat2 dalam surau/musolla/masjid. Fikir2 la sendiri. Kejadian yang sama turut berlaku kat UIA..ye UIA tempat yang amat Islamic dipandangan mata orang luar namun hakikatnya ade juga pelajar UIA yang x beradab bila dalam musolla especially kat KOS. Saja aku letakkan kat cni supaya mereka yang membaca fikir & muhasabah diri.
p/s: aku just nak tegur..

Thursday, May 19, 2011

Up and Down


Hidup x sentiasa indah..ye ni trademark aku & SKANG MEMANG HIDUP AKU TENGAH X CUKUP INDAH!! huhu rasa macam diriku yang besar ni diperkecilkan namun apekan daya aku hanyalah seperti debu-debu di tepi jalanan~(ni ayat Azra)..aih xpela..aku tau pasni aku tekad nak bukak nursery sendiri huhuhu~

p/s: Mood kurang baik maka aku merapu~

Tuesday, May 17, 2011

Wesak Day


Happy Wesak Day to all Buddhist! Hari ni seperti yang ku jangkakan, aku bangun lambat!! hehe balas dendam ma~ tapi yang x best nya lepas Subuh aku terjaga 2-3x gak la..huhu..tadi mama aku SMS aku "Are yu sleeping?" hahaha mesti die ingat aku terbongkang lagi lepas Zohor huhu..pastu die call huhu maka terdengar la suara2 sengal adik beradik aku yang bergelak ketawa dengan meriah sebab ayahku keluar dengan Alisa g rumah Pakcik Midon kat Bukit Beruntung huhu...sengal punya budak2! Mama aku cakap Wani pakai baju kelawar kakak aku hahahaha mesti lawak gila sebab dah la budak 2 kurus kering...huhu..
Su kuar dengan Smashie maka aku dok umah dengan Kak Ida haha..xpe aku suke dok umah sebab esok kerja ma..hari ni rehat puas2!!! hahahahha..okla kengkawan nak layan game jap huhu Sorority je pun huhuhu~

Monday, May 16, 2011

Me as Vampire



Masuk minggu ni dah 3 minggu aku jadi vampire kat Hospital Putrajaya ni ngeeheheheheehe..
ok begini ceritanya.....

3/5/2011 - lapor diri & dimasukkan ke Blood Bank

9/5/2011 - lapor diri ke Hematology Unit

16/5/2011 - mulakan hari dengan masuk ke unit Histology namun kemudian dipanggil semula le Blood Bank kerana kekurangan kakitangan huhu~

maka seharian ini ku dipinjamkan ke Blood Bank..hari ni aku wat Cross Match, Screening & sebagainya yang ade kaitan dengan darah~

esok cuti!!!! maka saya boleh bangun lewat!! huhu..hari ni pun ngantuk je wat keje haha nasib baik la dah biasa kat Blood Bank ni..thank you ye Kak Mila sebab sabar je dengan saya? heheehe..

Sunday, May 15, 2011

Sundae~


actually Sunday la..huhu ari ni aku dah nak kena balik Putrajaya sebab esok kerja ma~lusa plak cuti balik sebab Wesak Day. Minggu depan aku akan ditugaskan ke bahagian Histology. Aku harap aku dapat belajar banyak lagi benda kat bahagian ni. Sebenarnya aku ni fail skit bab histo maka aku kena usaha lebih skit la kat bahagian ni kan? aku harap aku dapat teruskan tugas dengan baik..insyaAllah..

Saturday, May 14, 2011

Pagi Sabtu yang sengal

Hai kengkawan aku kat umah dah ni!!!! wahahahaah semalam abis keje je g solat jap pastu terus bertolak pulang huhu ikut PLUS & Guthrie maka dalam sejam macam 2 kitorang dah sampai..meh tengok gambar

memulakan perjalanan dari Putrajaya 

tengok su bawak 40km/j je hehehe kena hati2 ma~


Su yang concentrate..time ni aku makan roti hehe

oh mula meningkat tapi x membahayakan ma~

muke sengal

hehe dah sampai kat Puncak Alam

muke panas hahaha

oh sang suria menyapaku~
Su turunkan aku kat Petronas Ijok sebab ayah aku dah tunggu kat situ..sampai rumah je nampak Nadirah & Wani tengah gelak giler2 tengok Running Man kat SBS ONE HD & ade home theater & tv Samsung LED 40inch kat dalam bilik akak aku..haih x tau nak kata apa...malam skit lepas dinner kitorang adik beradik g Tesco beli barang2 ..huhu time ni aku minta akak aku beli necessary things untuk aku huhu..nasib baik die belikan..hmm kira hutang sepanjang hayat la ni....

Pagi ni aku breakfast ni..


hmm terima kasih la ye Zulaika~

Thursday, May 12, 2011

Saya pelajar praktikal


Hohohoho kengkawan! Ari ni macam biasa aku masih menjalani latihan praktikal di Hospital Putrajaya. Hari ni mesin baru sampai!! huhu mesin ni boleh wat cell dyne & kira lagi canggih la dari mesin2 yang ade kat sini hehe bangga skit..minggu depan kot baru dorang ajo cara pakai mesin 2..huhu kagum aku tengok ke"smart"an mesin 2. Ari ni sample boleh tahan la tapi better macam ni dari dok diam x buat ape2 hahaha..siap aku promote blog aku lagi kat Kak anis..seronok die tengok gambar Encik Put dalam blog aku hahaha tapi x dapat dinafikan Encik Put memang terbaik la. Sepanjang praktikal ni aku kena pakai baju formal huhu siap ade staff cakap aku ni dah gaya macam boss dah haha sorry aku xde niat nak bergaya macam boss huhu sorry...eleh takat baju kurung dengan kasut biase je pun nak poyo Nasrin ni..hahahah sengal..hmm malam2 ni teringin plak nak makan ice-cream huhu mana nak cari weh????!!!


Oh esok aku balik Rawang..huhu tumpang Su sampai Ijok pastu nanti ayah aku datang amik huhu..straight dari tempat keje kot..huhu doakan keselamatan kami ye?
p/s: minggu depan Kak Anis nak g Langkawi maka "Kak, nak coklat!!!!"

Wednesday, May 11, 2011

Bergelumang lagi dengan darah


Hari2 di hemato lab..LH 7500 dah jadi bestie aku sepanjang kat cni huhu ..aku yang agak clumsy ni dah bermandi darah ari ni haha..abis lab coat aku pagi tadi sebab tertarik tiub darah baby...bak kata kakak kat lab ni..x pernah2 ade pertumpahan darah..kiranya aku yang pertama la yang buat aksi x senonoh kt sini hehehehe mi ahn hae..time kat blood bank pun aku slalu je wat pertumpahan darah hehehe so aku cuci jela tmpt aku dengan alcohol..kiranya jadi alcoholic gak la aku sepanjang kat cni...muahahaha...
hari ni ade tetamu istimewa datang kat lab huhu..jeng jeng jeng!!!!

encik Put
huhu budak comey ni anak kepada Kak Anis, MLT kat lab Hematology ni hehe..comel giler..nampak die je aku dah senyum sampai ke telinga hahahaha...muka die ikut mak die so memang comel la..hahaha seronok tengok die main telefon ofis & iPhone mak die...
huhu k la aku nak tengok tv..x lama lagi ade Showdown kat 8tv huhu ELECOLDXHOT!!!!!!!

Tuesday, May 10, 2011

Hematology!!

darah! darah! darah!!!!

Hai kawan2! Minggu ni aku ditugaskan ke bahagian hematology. Seronok? yup seronok tapi sama macam blood bank, kalau xde sample memang la bosan hehe..siap borak2 & kaco kakak2 lab huhu bertambah bermaharajalela bila "boss" xde hahahaahahha..kat sini aku wat Full Blood Count, Erythrocyte Sendimentation Rate, APTT, PTT, Full Blood Picture and many more. Banyak? huhu biase je..seronok handle mesin sepanjang kat sini..insyaAllah minggu depan aku akan ditugaskan ke bahagian Histology yang terletak disebelah bahagian hematology hehe..senang cakap kakak2 kat lab ni memang sempoi do..siap aku tergelak2 bila dorang wat lawak sengal..yang paling xbleh blah, aku dengan Su selalu je balik awal daripada kakak2 kat sini hehe jangan salah sangka, kitorang balik pun sebab dorang yang suruh ye..oh ari ni ade blood donation kat Hospital Putrajaya ni, maka aku mengambil kesempatan untuk mendermakan darahku yang sedia banyak ni hahaha..ade gak hearing test & aku dapat keputusan yang ok maka aku x pekak ye kengkawan?! ari ni je banyak benda yang aku dah belajo..okla len kali aku update lagi (^-^)

Sunday, May 8, 2011

Hari Ahad yang relax

huhu apsal aku letak gambar yong hwa tengah sedih? haha

hihi hari Ahad huhu...memang best kot..malam tadi aku tdo pukul 4.30am sebab melayan internet & download mv2 lama hahaha Kelly Clarkson! sume mv2 minah 2 aku download huhu syok kot..suara mantap! So pagi tadi lepas Subuh aku tdo pukul 11.30am haha bangun mandi pastu terus makan nasi goreng yang kak ida masak..hehe dah la menyewa rumah orang siap wat selamba bangun lambat & breakfast pun orang sediakan haha apa punya worang! Lepas makan breakfast, borak2 dengan kak ida dengan Su sekejap..oo lupa bagitau, pagi2 (??) bangun je terus call Ain tanya ape sebab die x bagitau yang die dah tukar ke UIA huhu hantu punya kawan sebab die kata konon nak wat surprise kat aku..haih hampeh betul! Selepas seberapa ketika sebelum Zohor aku tdo sekejap hehehe bangun balik bila dengar azan & pas solat.......ye aku tdo balik sampai Asar plak..haih ni la akibat tdo lewat sangat malam tadi! huhu lepas 2 just bangun tengok tv sampai Maghrib hehe aku tengok Boboi Boy hehe best woo...comel~


solat..mandi..iron baju untuk seminggu sambil tengok Mentor kat tv3 hahaha sengal sampai nak teriron tangan sendiri heheehe hensem sangat Aiman kot hahaha..abis iron baju g online plak haha memang suke btol membazir letrik umah kak ida ye? haha kak ida plak g umah makcik die so aku dengan su jela kat umah ni..maka bermaharajalela la kami hehe...ok la nak layan FB sat sambil tengok astro hitz hehe ade 2pm zaman Jaebum huhu..

Hari minggu ku (^-^)


Hai hai! wah ari Sabtu memang best huhu bangun pun pukul 11.30am tadi huhu lepas Subuh terus tdo hehe..bangun tadi tengok tv dulu dengan Su pastu beli makanan kat Cafe bawah huhu..ari ni Tuan Rumah (kak ida) bawak family dia datang lepas Zohor tadi huhu segan gak..borak2 dengan dorang pastu masuk bilik tdo balik hahaha..Asar je bangun & solat pastu kitorang gerak g Alamanda untuk beli kasut hehe aku ni jenis ganas so kasut kekadang tahan sebulan dua je huhuhu...kat Alamanda penuh giler tempat parking siap kne hon lagi..kat dalam x yah cte la penuh do..KFC, A&W..boleh kata sume fast food restaurant memang penuh la..tapi dengan relaxnya aku touring kat kedai2 kasut untuk cari kasut yang sesuai dengan keganasanku...akhirnya aku beli gak kasut jenama CIAN hahaha apsal nama die kesian sangat? haha tapi harga die boleh tahan la..yela kena cari kasut yang tahan lasak kan? abis beli kasut g Carrefour..abis je terus balik huhu 1 jam 19 minit je kami kat dalam Alamanda..balik makan kat mapley huhu roti telur dengan milo ais menjadi pilihan hatiku huhu..bali gak nasi bungkus sebab takut lapo tengah2 malam hahaha..balik je g solat Maghrib pastu beramah tamah dengan family kak ida huhuhu malangnya si comel irfan tdo plak (yang ni anak abang kak ida huhu comel do). kalau nak tahu, ayah kak ida ni dulu lecturer dentistry kat UIA huhu maka dengan gembiranya die bercerita pasal pengalaman die kat UIA & student2 die huhu best gak xde la awkward sangat..lepas Isyak macam 2 dorang balik huhu & baby tu masih tdo lagi..haih x sempat nak main2 dengan die..pukul 8.50 baru aku teringat ade cte cina , Butterfly Lover's kat 8tv huhu Wu Zhun dengan  Charlene Choi berlakon huhu sedih giler sebab cte ni adaptasi daripada kisah cinta sedih Zhu Ying Tai dengan Liang Shan Bo huhu sedih sebab dua2 mati..haih susah btol hidup...


skang tengok Scream 3 kat TV3 lepas tengok Dosa siapa..huhu cuti memang best sebab boleh relax2 sampai lewat malam tanpa risau nak bangun pagi hehehe..ok esok aku kne study skit & buat report huuhuhuhu ok adios amigos!!

Friday, May 6, 2011

Tamat minggu pertama (^-^)

laki aku haha

Best giler bila ari Jumaat tiba. Kalau nak tahu dulu time kerja pun ari Jumaat memang hari yang aku suke huhu yelah Sabtu dengan Ahad kan cuti? ahahahahaha..dalam happy2 ade gak sedih..ye aku sedih sebab ari ni last aku kat Blood Bank, minggu depan, aku akan ke unit Hematology. Kat hospital ni aku ditugaskan untuk ke unit lain-lain selang seminggu maka aku dapatlah merasa untuk g unit yang lain. Sepanjang praktikal, aku kena bangun awal untuk elakkan jam maka malam kena la tdo awal kalau x naya oo mengantuk do. Selalunya aku dengan Su akan kuar pukul 7am & sampai dalam pukul 7.15am macam 2. Sebenarnya dekat je rumah dengan hospital ni tapi disebabkan jam dengan susah cari parking maka terpaksa la kuar awal. Hmm sepanjang dok kat hospital ni, macam2 ragam orang aku perhati huhu biasela xkan manusia ni sume sepesen je kan haha..skang ni aku layan internet sambil tengok 2 Days 1 Night huhu..okla nak tengok Lee Seung Ki huhu bubbye (^-^)

Wednesday, May 4, 2011

Day Two~

both r mine haha

Hari kedua praktikal berjalan dengan lancar. Alhamdulillah~makin seronok sebab dah mula dapat buat sendiri blood grouping & antibody test huhu poyo. Environment kat dalam lab ni sangat best huhu diorang cakap utara + terengganu hahaha pelik giler bunyinya hangpa tau? haha. malangnya aku ade problem skit, asal balik je dari "kerja" aku start pening2 kpala huhu..sebab dalam hospital sejuk kat luar plak panas huhu sakit woo..untuk redakan aku tido sekejap huhu bangun balik tadi sebab nak tengok Showdown huhuu best woo aku root for Elecoldxhot!!! cool giler!! huhu k la nanti ape2 aku update lagi huhu pening woo...

Tuesday, May 3, 2011

Putrajaya

Siang semalam lepas solat Zohor aku dengan Su g touring kat Putrajaya huhu saje nak tengok jalan g hospital & laluan2 alternative yang lain..siap g beli groceries kat Pasar Borong Darussalam huhu

d driver hehehe




rumah lawa huhu

Masjid Putrajaya

Jambatan yang cool hehe



Petang tu plak, pukul 6.15pm macam 2 aku, Su dengan Smashie kuar jalan2 kat Putrajaya huhuhu...lai2x tengok gambar2






Masjid Besi Putrajaya

Paip wuduk


tempat wuduk yang lawa


prayer hall









 pastu g jalan2 kat Alamanda Putrajaya huhu..nak duplicate kunci...

su tengok map
pastu g lepak kat Taman Pertanian



balik dalam pukul 10 gak la huhu..brani pun sebab ade Smashie..

Hari ni praktikal kat Hospital Putrajaya pun bermula huhu...pagi g reg and do necessary things..being placed at Blood Bank unit for a week so hoping everything will be smooth (^-^)

before


after hehe..



There was an error in this gadget