Thursday, May 26, 2011

FNAC

Syringe & syringe holder
Tau x ape itu FNAC? FNAC adalah singkatan kepada Fine Needle Aspiration Cytology. FNAC digunakan untuk mengambil tisu dari benjolan yang mencurigakan dan selalunya digunakan untuk mengesan kanser payudara. Kalau nak tahu hari ini, disebabkan aku berada di bahagian Cytology maka aku dapat menyaksikan bagaimana process FNAC dilakukan.

1.Jarum yang digunakan sama seperti mengambil darah dan dimasukkan ke dalam benjolan tersebut. Oh syringe holder digunakan untuk mengelakkan syringe dari terlepas.

2. Darah+tissue dari benjolan akan terus di "smear" dan dimasukkan ke dalam 95% alcohol untuk di "fix" kan. Ade yang terus dismear di atas slide.

 3. Jarum yang digunakan akan dimasukkan juga ke dalam 95% alcohol kerana terdapat tissue didalam jarum. Ia akan dibiarkan selama 30 minit ++ didalam larutan tersebut dan proses pengumpalan darah akan berlaku.

4.Darah+tissue yang sudah "clotted" tadi akan dikeluarkan dari jarum dan dimasukkan semula ke 95% alcohol tadi dan kemudiannya dimasukkan ke dalam mesin centrifuge dan spin 4000rpm untuk 3 minit.

5. Alcohol dibuang ke dalam air yang mengalir.

6. Plasma dimasukkan ke dalam tube tadi untuk proses clotting yang lebih sempurna dan kemudiannya di masukkan ke centifudge yang sama.

7. Specimen yang tergumapal dimasukkan ke dalam cassette yang dilapik dengan cold paper dan kemudiannya di hantar ke bahagian Histology untuk process embedding, trimming and stainning.

p/s:FNAC juga boleh digunakan untuk thyroid  case and etc.
 kalau ade yang salah sila tegur (^-^)

2 comments:

perindu_خلافة said...

masih x berpeluang untuk FNAC coz rizQan x masuk lg dalam hematology lab, yg byk kali pegi FNAC kat HKJ last week anis sebab dia kat lab tu... huhu, bak kata dia amat menyakitkan :)

n kami berpeluang join post-mortem last week, menginsafkan T_T (x boleh citer lebih sbb ada secrecy aggrement)

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة yup agakla sebab tengok muka masing2 berkerut2 bila wat FNAC 2 tapi ade yang cakap "xpe bersalin lagi sakit" huhuhuhu...lagi 1 FNAC kat cni dalam lab Cytology

xpe2 kte insyaAllah nnt g gak Forensic....

There was an error in this gadget