Sunday, May 22, 2011

Morning at home and yesterday story~~


Yeah refreshing! Sebenarnya x cadang pun nak balik rumah semalam tapi lepas melawat anak buah Su yang dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung, kami berdua bercadang untuk pulang terus ke rumah memandangkan kami dah berada di Sungai Buloh. 


Sepanjang berada di hospital. banyak perkara yang berlaku. Hati aku tersentuh apabila melihat kanak-kanak yang sakit dan disamping merekaibu yang setia menjaga mereka. Aku bagai dapat merasakan kesedihan si ibu bila melihat anak mereka menderita sakit. Ya Allah aku doakan mereka cepat sembuh & dapat mengharungi ujian yang Allah berikan ini. Di sebelah katil anak buah Su, Natasya, terdapat seorang pesakit yang baru berumur 11 bulan yang dimasukkan ke wad kerana terdapat kahak berlebihan sehingga menyekat saluran penafasan bayi tersebut. Sedih aku melihat bila bayi itu menangis kesakitan & ibunya berusaha untuk menenangkannya. Lupa untuk beritahu,aku ke wad Pediatric aka wad kanak-kanak. Ada juga aku bertegur sapa dengan ibu2 di sini, menanyakan tentang sakit anak mereka dan sebagainya. Yang lebih menyedihkan ada seorangibu yang sedih kerana tiga anaknya dimasukkan ke hospital dalam masa yang sama kerana jangkitan kuman pada paru-paru atau Pneumonia. Si ibu ini menjaga anak yang paling kecil manakala si bapa menjaga yang dua yang lain di wad lain kerana si kecil itu memerlukan penjagaan yang lebih. Setelah masuk ke dalam wad kanak-kanak ini, aku dapat rasakan yang aku memang x sesuai untuk bekerja sebagai doktor atau jururawat di wad pediatric sebab ada kemungkinan besar aku akan menangis setiap kali melihat kanak-kanak yang sakit. Ye walaupun aku tampak ganas namun hati aku akan tersentuh bila melihat kanak-kanak menderita sakit. Dengan orang tua juga begitu. Ini juga antara sebab mengapa aku x menjenguk ahli keluargaku bila mereka masuk ke hospital. Maafkan aku. 

Ada juga kisah yang menarik berlaku pada aku semalam. Ketika di surau, aku bertemu dengan seorang jururawat wanita yang kebetulan sedang berehat gara-gara keletihan disebabkan on-call. Pada mulanya aku cuma bertegur sapa sekadar untuk berbasa-basi, yang menariknya, kakak jururawat ini mula bercerita tentang dirinya dan pengalaman hidupnya. Oh dia juga ingat aku ialah doktor disini hahaha jangan risau aku sempat menerangkan yang aku bukan doktor cuma pelatih makmal di Hospital Putrajaya. Namun kakak ini terus bercerita selama 20 minit tanpa henti dan aku cuma boleh mengangguk dan memberi respon sedikit. Tepat pukul 1.40pm barulah dia berhenti dan aku terus solat memandangkan sudah agak lewat dan Su menungguku di wad. Aku agak mungkin kakak jururawat ini ingin meluahkan perasaan dan kebetulan aku menegurnya dahulu maka perbualan itu berlaku. Tak mengapa kerana sedikit sebanyak aku mendapat sedikit ilmu tentang kehidupan.
Oklah sudah panjang aku menulis. InsyaAllah jika ada umur aku akan update lagi... (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget