Tuesday, May 31, 2011

Perlu ke riak?


Yeah mari aku nak story skit pasal orang riak ni huhu. Macam ni tadi, time aku tengah jaga counter Pathology, aku didatangi oleh seorang pesakit yang nak tanya pasal result die. Ok mengikut undang2 di dalam makmal mahupun hospital, setiap result hanya boleh diberi kepada doktor dan specialist sahaja & mereka yang akan menginterpretasikan kepada pesakit. Tapi pesakit ni nak sangat tengok result die dan dia cakap doktor sendiri yang suruh dia g makmal amik result dia huhu nampak sangat menipu kan? Maka kami cuba menghubungi doktor berkenaan kerana result pesakit tadi sebenarnya dah ada dalam tangan specialist. Bila diberitahu yang kami sebenarnya x tahu sangat pasal result pesakit, pesakit tadi mula marah dan menuduh yang kakak MLT ni incompetent dan rude sebab kakak ni terus tinggalkan dia sebab dah x tahan kena hamun depan2 macam 2. Pesakit tadi terus meminta nama specialist yang berkenaan dan kakak MLT tadi kononnya dia seorang yang berpengaruh kat KKM dan dia nak adukan kepada pihak atasan. Aku yang dari tadi senyap sebab awal2 lagi aku dah bagitau yang aku ni intern je & aku terus pass kat kakak MLT yang bertugas kat kaunter dengan aku huhu..korang tahu, sebelum dia meletup, sempat gak dia tanya aku ni amik course ape, university ape, brape tahun la huhu aku jawab jela dengan ikhlas sambil teruskan kerja2an aku di counter huhu nasib baik aku x kena...aih kesian kat kakak MLT yang kena marah 2..yela x pasal2 kena hamun lagipun bab2 result ke ape ni di luar kuasa kakak 2 hmm x tau la apsal pesakit 2 riak semacam..nasib baik la kakak MLT yang bagi nama 2 x bagiu nama penuh kakak MLT yang kena marah tadi..

p/s: ingatlah kita x sentiasa diatas maka rendah diri adalah yang terbaik (^-^)

2 comments:

perindu_خلافة said...

terlupanya seorang manusia bila berada di atas, sekalipun setinggi mana mereka berdiri.. mereka tetap dibawah satu kerajaan agung,

yg mana pemimpin kerajaan agung tersebut memandang dia, kita dan mereka di level yg sama; hanya seorang HAMBA T_T

Norlyana Nasrin said...

btol mereka lupa yang di depan Yang Maha Kuasa kita semua sama di mana yang membezakan kita cuma iman...

There was an error in this gadget