Thursday, June 30, 2011

Microbiology is totally fun!!


Entering Microbiology means a lot to me as I need to remember most of bacteria, fungi and viruses names, shape and color. Encik Nizam is being a good teacher for me and Su and we're so grateful for it. There are lots to learn but just because of time constrict, I just can spend 1 week here and next week I'll go to Serology Unit. At Serology, I hope everything will be fine and can learn more there because Serology is part of Microbiology and if there's nothing to do at Serology, I'll sneak back to Microb huhu. 1 week more before I ended my practical in Hospital Putrajaya. My feeling? Of course I'm happy but at the same time I feel quite sad because need to leave such a great place where I can practice what I learned during my five years of study (Matriculation + University) and I even learned about unique human's behavioral. Well my biggest challenge is on how to cope with them and how to make them teach me the techniques. However, thanks to Allah coz they're are willing to teach me the techniques and even give extra informations huhuhu.
Ok thats all for today. Since, I didn't practice my English during practical, I sensed that my English is getting worse day by day huhuhu~~~~
oh I want to say sorry to all MLT here if I've done anything wrong.

Wednesday, June 29, 2011

Microbiology yang menyeronokkan.

Sudah 3 hari aku di makmal Microbiology dan aku boleh katakan yang aku mula meminati Microb. Aku banyak belajar dengan Encik Nizam dan Abang Faizal disini. Alhamdulillah mereka bersungguh-sungguh mengajar sehinggakan aku yang sebelum ini kurang meminati Microbiology boleh jatuh cinta huhu. Aku berjaya membuat Gram staining yang pada mulanya agak sukar bagiku huhu. Tapi malangnya, bila tiba stool sample, aku terus menggelengkan kepala xmahu. Ya kawan2, kelemahanku adalah stool. Terus terang, aku pernah muntah bila mencuci tahi adikku yang ketika itu masih kecil huhu. Xpe insyaAllah kalau lain kali aku disuruh buat stool sample, aku akan cuba buat huhu.....

Monday, June 27, 2011

Microbiology and Visiting Lecturer


Hari ni merupakan hari pertama aku masuk ke unit Microbiology. Sejak dari awal pagi lagi, aku telah bersoal jawab dengan pegawai sains unit ini, Encik Khairul Nizam. Alhamdulillah, Encik Nizam ni banyak mengajar aku dan Su yang datang sekejap2 di unit ini.
Hari yang sama, lecturer kami, Dr Fiona datang sebagai visiting lecturer maka kami membentangkan informal presentation kepada beliau. Kami membawa Dr Fiona melawat dari bench ke bench di dalam lab mengikut setiap unit yang ada. Alhamdulillah kami mendapat respon yang agak baik dari Dr.
Selesai perbentangan, kami keluar dari lab dan berborak tentang pengalaman dan masalah sepanjang kami di HPJ. Dalam pukul 12.20pm macam 2 kami selesai berbincang dan kembali menyambungkan tugas setelah Dr Fiona pulang.
Ok pengumuman kecil, mungkin selepas ini aku x kerap post entry sebab nak tumpukan kepada internship report. Bubbye (^-^)

Sunday, June 26, 2011

Hoobastank - Same Direction (The Sequel)

101231 CNBlue & FT Island - Love & Love Love Love [HD]

Ouran High School versi Korea

Hoho sebenarnye xde pun lagi. Ok disebabkan versi Jepun dah ade (lihat entry Apex) maka jom discuss macam mana Ouran High School versi Korea.

Huhu untuk susunan pelakonnya aku cadangkan:
Suoh Tamaki diberi kepada Lee Min Ho xpun Kim Hyun Joong
lee min ho

kim hyun joong
Ootori Kyouya - Yoon Shi Yoon/ Yoo Ah In/ Big Bang - TOP
yoon shi yoon

yoo ah in

TOP
Kembar Hitachinn Kaoru & Hitachinn Hikaru - Kembar Jo Kwang Min & Jo Young Min (Boyfriend)
Jo Young Min & Jo Kwang Min
Morinozuka Takashi - Shinee - Choi Min Ho / Beast - Son Dong Woon/ FT Island - Choi Jong Hoon/C.N. Blue - Lee Jung Shin
Choi Min Ho
Son Dong Woon

Lee Jung Shin
Haninozuka Mitsukuni - Yoo Seung Ho/ Shinee - Lee Taemin/ Boyfriend - No Min Woo/ Beast - Yang Yo Seob
Yoo Seung Ho
Lee Taemin
No Min Woo
Yang Yo Seob
Fujioka Haruhi - T-ara - Park Ji Yeon/ Miss A - Suzy/ 2NE1 - Minzy
T-ara - Park Ji Yeon
Miss A - Suzy
2NE1 - Minzy
Huhu ni pendapat aku je tau..so kalau ade ape2 cadangan bagitau le huhuhu (^-^)

Saturday, June 25, 2011

Malam Sabtu yang Panjang

Ok dalam sehari ni je banyak benda dah jadi hehe. Ok macam ni, tadi pukul 8 macam 2 aku dengan Su keluar nak g tengok PICC kat area Presint 5. Mula2 kitorang sesat gak sebab x tau sangat jalan huhu.




Bila sampai je PICC aku mulalah snap gambar dengan hp murah aku huhu.


Ok nak jadikan cerita, time balik...KAMI SESAT!!!! Adui sampai ke Cyberjaya kitorang sesat..huhu takut oo dahla Cyberjaya 2 sunyi & gelap huhu nak nangis pun ade time 2. Dalam sesat2, kitorang cuba gak cari jalan ke Putrajaya balik.
kat Cyberjaya
Akhirnya selepas beberapa ketika, kami pun jumpa jalan yang benar. Sampai2 je kat Presint 9, kitorang terus g kedai mamak beli makanan & terus balik huhu we kinda beat man!
muke penat & sesat huhu
Huhu okla nak sambung tengok tv..huhu bubbye~

Sabtu di Putrajaya


Hari sabtu yang best huhu. Macam biasa bangun solat Subuh & aku tdo sekejap sementara tunggu pukul 7 sebab aku nak tengok cte kartun huhu. Pukul 7 je aku terus bangun & buka TV. Kartun yang aku nak tengok sebenarnya ialah kartun yang classic tapi yang ditayangkan plak Pocoyo huhu ye comel tapi xde mood la plak nak tengok Pocoyo pagi2 ni huhu. Maka aku terus tutup TV & sambung tdo sampai la pukul 10.30am hehehe alang2 cuti kan. Bangun je terus g mandi huhu itu penting ye adik2? Pukul 11.30am macam 2 ajak la Su turun beli makanan. Yelah nak masak xde bahan2 maka membelilah kte. Beli makanan kat kedai kat bawah blok 2 je pastu keluar jap g Darussalam beli skit groceries & terus g isi minyak huhu kalau nak tau Su ni suka isi full tank sebab xpayah la nak isi banyak2 kali. Yang xbleh blahnya time balik, Su salah masuk jalan hahahaha xpelah maka berjalan2 la kami di sekitar Putrajaya ni huhu meh aku tunjukkan gambar2 (^-^)


muke excited g jalan2

muke sesat




di situ ada cahaya!!!!

balik je terus g makan & online. Okla sampai sini je update kali ini..bubbye (^-^)

Friday, June 24, 2011

Bertudung tapi hampeh!


Hari ni rajin plak aku update sampai 3x. Ok senang cakap aku cukup x berkenan dengan perempuan Islam yang bertudung tapi x sempurna. Tadi aku tengok iklan Myvi baru ..ala yang Lagi Best 2..ada makcik yang dok lagi best lagi best tapi tudung dia x best pun! aduih..ade ke patut dada alhamdulillah tutup & tudung pun cukup panjang tapi....adoi rambut kat depan plak terdedah..makcik oii ko ni reti pakai tudung ke x? ke ko memang x pakai tudung tapi sebab nak masuk TV ko bertudung? Kasar ke bahasa aku? hmm xtau la bengang kot bila tudung ni  orang buat sesuke hati je pakai. Asal letak je kat atas kepala dah cukup ek?
Aku xtau la skang ni ramai je yang pakai tudung tapi x sempurna. Tudung kadangkala dililit-lilit diatas kepala tapi dada terdedah, ada yang pakai tudung tsunami (tudung sarung indon) pastu pakai sanggul palsu huhu terjojol benda tu kat belakang macam kepala alien aku tengok & ada yang pakai tudung tapi transparent huhu nak cakap macam mana ni weh?
Tu baru tang tudung tak masuk lagi bab pakaian, kalau skang ni tengok yang pakai tudung then pakai t-shirt lengan pendek yang melekat kat badan mengikut bentuk. Ada gak yang siap pakai skirt pastu pakai tudung huhu ok maybe dia cakap "skirt ni panjang la!" hehe kalau cukup panjang, xdela aku nampak kaki ko sengal! Hoho yang baru2 ni plak ade yang pakai tudung tapi dok tayang leher, telinga la tangan la huhu. Ada yang pakai jubah hoho bagus2 tapi ade plak belahan kat tangan & kaki. Actually what are you guys trying to tell us? I'm wearing scarf but I'm trendy? To hell with it!! Yeah you're wearing scarf but you are not being a good muslimah by revealing parts of your body girls! Think about it and repent before it's too late.
ok dalam gambar ni pun tudung x cover dada..hmm apala~

Goodbye Biochem 1!


Hari ni merupakan hari terakhirku di unit Biokimia 1. Alhamdulillah, sepanjang minggu ini tiada sebarang masalah yang berlaku sepanjang aku di unit ini dan aku bertugas sebagai pegawai urine yang x bertauliah huhuhu. Semalam aku MC maka tugas pegawai urine diambil oleh Abang Rizal yang hari ni cuti mungkin kerana lemas dengan bau urine huhu xlah aku gurau jela! Hari ni aku ada gak wat arterial blood gases test. huhu seronok main dengan darah ni weh sebab dah bosa dengan urine kah? hahaha xlah biasa je...
Hari ni juga aku banyak berehat sebab x banyak samples yang datang hari ni (^-^). Maka aku pun google skit2 maklumat pasal Renal & Lipid Profile, Liver Function Test, Cardiac Enzyme test, C-reactive Protein Test & Arterial Blood Gases Test. Biasalah nak tahu lebih skit pasal setiap test yang dijalankan di unit Biokimia ni.
Petang pun x banyak samples maka aku teruskan proses mengoogle & kemudiannya berborak dengan staff & Poji yang sengal. Time balik je, balik la kami huhu..
Hari isnin ni Dr Fiona datang HPJ!!! wah takutnya!!xpelah, aku dengan Su akan cuba berikan yang TERBAIK..insyaAllah~ (^-^)

Kembar itu twin

Jo Kwang Min & Jo Young Min
Hai kengkawan!! hari ni aku nak cakap skit pasal kembar berdasarkan pandangan aku sendiri. Ok kat atas 2 gambar ahli kumpulan Boyfriend, kumpulan baru dari Korea Selatan yang baru je nak popular. Tak salah kalau aku katakan yang adik beradik kembar Jo ni merupakan tarikan utama kumpulan baru ni. Kalau nak tau mereka baru je berusia 16 tahun tapi dah berlakon lebih daripada 100 iklan x silap aku. Ni gambar dorang waktu kecik.

huhu comel kan? ok sebenarnya dari aku kecik lagi, aku pernah terfikir macam mana kalau aku ade kembar? Adakah kami akan pakai baju yang sama tiap2 hari? Potong rambut dengan style yang sama? Pergi mana2 dengan berpegangan tangan? Akhir sekali adakah kami akan berkongsi segala-galanya?

Mesti ada yang cakap " wah best oo kalau dapat anak kembar!!" huhu aku pun pk macam 2 gak weh..seronok kot..ok nak tau kenapa aku cakap seronok? Si kembar ni berkongsi rahim selama 9 bulan dan bila dah dilahirkan, mereka terus dah dapat kawan sebaya huhu best 2..ramai yang mencari kawan sejati tapi kalau kembar ni, senang2 je dah dapat kawan yang dah lalui segalanya bersama2. Seronok bukan?

Ade yang cakap, susah kalau anak kembar ni sebab nanti masuk sekolah skali, universiti pun skali maka banyak perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh kedua ibubapa. Dahlah time diorang kecik pun perbelanjaan double. Hohoho gelak Horlick aku! Dey rezeki 2 semua datang dari siapa aku nak tanya? Allah kan? Maka x payah nak risau la sebab setiap anak 2 ade rezeki dia sendiri. Doakan yang terbaik untuk anak2 & macam Dr Harlina cakap, kita perlu ade perancangan untuk setiap anak2. InsyaAllah, aku akan praktikkan bila tiba masanya.
Akhir sekali, x kisahlah kalau dapat anak kembar atau x, yang penting anak tersebut diberikan didikan yang cukup baik di dunia mahupun di akhirat. Kembar itu merupakan anugerah berganda dari Allah maka hargailah mereka (^-^).

Thursday, June 23, 2011

Pilihan ibubapa


Hmm macam mana nak mula...ok macam ni skang ni kalau dok buka TV or baca novel, mesti ade kisah anak2 orang kaya ke kurang kaya yang dijodohkan dengan pilihan ibubapa. Apa yang x bestnya,  pilihan ibubapa mereka mesti orang yang mereka x suka dan kalau yang perempuan mesti yang jenis sosial + gedik mlampau. So skang ibubapa x pandai cari jodoh untuk anak la ni? Aih apa yang sebenarnya penulis ceritera yang nak beritahu pada generasi muda? Pilihan ibubapa bukan yang terbaik?
Dulu, ibubapa yang mencarikan jodoh untuk anak2 sebab orang dulu2 x sosial macam budak2 skang tapi alhamdulillah kebanyakan perkahwinan itu kekal sehingga nafas yang terakhir. Skang ni kalau ibubapa yang pilih mesti anak2 dok bantah & silap ari bulan lari Lombok..haduh yang xleh blah lepas setahun call ibubapa minta amik balik hahaha lawak la korang!!! Tapi kekadang xleh salahkan anak2 gak..kalau ibubapa tu sendiri x tunjukkan contoh yang baik, macam mana anak nak ikut cakap diorang? Makanya skang ibubapa sendiri harus menjadi lebih baik supaya anak mereka menjadi.


Kalau dulu, ibubapa malu kalau anak kahwin dengan artis tapi skang punyalah bangga kalau anak kahwin dengan artis, nak2 lagi yang cantik & x tutup aurat. Dey makcik & pakcik sekalian~awak nak cucu2 awak jadi macam mana? Nak mereka membesar supaya jadi artis yang hijabnya ntah ke manakah? Bangga ke kalau anak cucu jadi bahan bakar dalam neraka? Kalau artis 2 bertaubat lepas kahwin 2 xpelah tapi kalau makin giat macam mana pulak? Time 2 kalau anak menantu humban dalam rumah orang2 tua barulah menyesal.
Ada yang ibubapa xnak masuk campur dalam pencarian jodoh anak2 ni. Ok terus terang ibubapa aku pun sama. Ok boleh je kalau xnak masuk campur tapi sepatutnya ibubapa ni walaupun x masuk campur, mereka seharusnya monitor dengan siapa anak mereka berkawan. Nak ke bermenantukan penagih dadah? Mat rempit? Kaki clubbing or kaki judi? Xmau kan? Kang x pasal2 ibubapa ni plak yang kena sara anak menantu sebab menantu dah jadi hantu~~
Penyelesaiannya, mudah? x juga...ibubapa jangan lepa dengan aktiviti anak2, luangkan masa dengan anak sejak dari kecil, jadi kawan mereka & dalam masa yang sama jaga mereka seperti kita menjaga barang yang paling bernilai kerana anak2 ni anugerah Allah kepada kita dan kita diamanahkan untuk membimbing mereka ke jalan yang benar. Anak2 juga perlu tahu apa matlamat mereka dalam hidup, apa masa depan yang mereka inginkan pada anak2 mereka juga & pilih orang yang mereka rasa boleh membawa kebaikan dari segi dunia & akhirat bukan yang cantik luaran sahaja. Pilih lelaki/perempuan yang boleh memberi kebahagian dunia & akhirat bukan yang hanya memberi nikmat diatas dunia tapi seksaan di akhirat kelak. (^-^)
There was an error in this gadget