Sunday, June 12, 2011

Jejak Si Buta

"Tik Tik Tik" bunyi tongkat Si Buta apabila menyentuh permukaan jalan bersimen.
Ku lihat langkah gigih Si Buta yang baru pulang dari solat berjemaah di surau di sebelah blok fasa 3 ini. 
Ku perhatikan langkahnya sehingga hilang dipandangan mataku. 
Hanya bunyi tongkatnya sahaja yang dapat ku dengari. 
Aku mula berfikir, Si Buta yang dunianya gelap masih berusaha mencari sinar Illahi namun apa yang terjadi dengan diriku yang celik mata ini? 
Ya Allah, diriku yang sering lalai dan leka dengan tipu muslihat dunia terpukul dengan hakikat bahawa walaupun mataku celik namun hatiku buta. 
Si Buta tadi yang bergantung dengan deria rasa, pendengaran dan sentuhan tadi lebih "celik" daripadaku kerana dia sanggup meredah segala bahaya demi mencari redha & sinar Illahi. 
Perasaan insaf mula meresapi hati lalu ku berwuduk dan mula menunaikan solat..
ya aku jua harus mencari sinar Illahi!
 Aku juga wajib mencari redha Allah...
ya aku mesti! mesti!

Norlyana Nasrin Zulkifli
12/06/2011

No comments:

There was an error in this gadget