Friday, June 24, 2011

Kembar itu twin

Jo Kwang Min & Jo Young Min
Hai kengkawan!! hari ni aku nak cakap skit pasal kembar berdasarkan pandangan aku sendiri. Ok kat atas 2 gambar ahli kumpulan Boyfriend, kumpulan baru dari Korea Selatan yang baru je nak popular. Tak salah kalau aku katakan yang adik beradik kembar Jo ni merupakan tarikan utama kumpulan baru ni. Kalau nak tau mereka baru je berusia 16 tahun tapi dah berlakon lebih daripada 100 iklan x silap aku. Ni gambar dorang waktu kecik.

huhu comel kan? ok sebenarnya dari aku kecik lagi, aku pernah terfikir macam mana kalau aku ade kembar? Adakah kami akan pakai baju yang sama tiap2 hari? Potong rambut dengan style yang sama? Pergi mana2 dengan berpegangan tangan? Akhir sekali adakah kami akan berkongsi segala-galanya?

Mesti ada yang cakap " wah best oo kalau dapat anak kembar!!" huhu aku pun pk macam 2 gak weh..seronok kot..ok nak tau kenapa aku cakap seronok? Si kembar ni berkongsi rahim selama 9 bulan dan bila dah dilahirkan, mereka terus dah dapat kawan sebaya huhu best 2..ramai yang mencari kawan sejati tapi kalau kembar ni, senang2 je dah dapat kawan yang dah lalui segalanya bersama2. Seronok bukan?

Ade yang cakap, susah kalau anak kembar ni sebab nanti masuk sekolah skali, universiti pun skali maka banyak perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh kedua ibubapa. Dahlah time diorang kecik pun perbelanjaan double. Hohoho gelak Horlick aku! Dey rezeki 2 semua datang dari siapa aku nak tanya? Allah kan? Maka x payah nak risau la sebab setiap anak 2 ade rezeki dia sendiri. Doakan yang terbaik untuk anak2 & macam Dr Harlina cakap, kita perlu ade perancangan untuk setiap anak2. InsyaAllah, aku akan praktikkan bila tiba masanya.
Akhir sekali, x kisahlah kalau dapat anak kembar atau x, yang penting anak tersebut diberikan didikan yang cukup baik di dunia mahupun di akhirat. Kembar itu merupakan anugerah berganda dari Allah maka hargailah mereka (^-^).

No comments:

There was an error in this gadget