Thursday, June 23, 2011

Pilihan ibubapa


Hmm macam mana nak mula...ok macam ni skang ni kalau dok buka TV or baca novel, mesti ade kisah anak2 orang kaya ke kurang kaya yang dijodohkan dengan pilihan ibubapa. Apa yang x bestnya,  pilihan ibubapa mereka mesti orang yang mereka x suka dan kalau yang perempuan mesti yang jenis sosial + gedik mlampau. So skang ibubapa x pandai cari jodoh untuk anak la ni? Aih apa yang sebenarnya penulis ceritera yang nak beritahu pada generasi muda? Pilihan ibubapa bukan yang terbaik?
Dulu, ibubapa yang mencarikan jodoh untuk anak2 sebab orang dulu2 x sosial macam budak2 skang tapi alhamdulillah kebanyakan perkahwinan itu kekal sehingga nafas yang terakhir. Skang ni kalau ibubapa yang pilih mesti anak2 dok bantah & silap ari bulan lari Lombok..haduh yang xleh blah lepas setahun call ibubapa minta amik balik hahaha lawak la korang!!! Tapi kekadang xleh salahkan anak2 gak..kalau ibubapa tu sendiri x tunjukkan contoh yang baik, macam mana anak nak ikut cakap diorang? Makanya skang ibubapa sendiri harus menjadi lebih baik supaya anak mereka menjadi.


Kalau dulu, ibubapa malu kalau anak kahwin dengan artis tapi skang punyalah bangga kalau anak kahwin dengan artis, nak2 lagi yang cantik & x tutup aurat. Dey makcik & pakcik sekalian~awak nak cucu2 awak jadi macam mana? Nak mereka membesar supaya jadi artis yang hijabnya ntah ke manakah? Bangga ke kalau anak cucu jadi bahan bakar dalam neraka? Kalau artis 2 bertaubat lepas kahwin 2 xpelah tapi kalau makin giat macam mana pulak? Time 2 kalau anak menantu humban dalam rumah orang2 tua barulah menyesal.
Ada yang ibubapa xnak masuk campur dalam pencarian jodoh anak2 ni. Ok terus terang ibubapa aku pun sama. Ok boleh je kalau xnak masuk campur tapi sepatutnya ibubapa ni walaupun x masuk campur, mereka seharusnya monitor dengan siapa anak mereka berkawan. Nak ke bermenantukan penagih dadah? Mat rempit? Kaki clubbing or kaki judi? Xmau kan? Kang x pasal2 ibubapa ni plak yang kena sara anak menantu sebab menantu dah jadi hantu~~
Penyelesaiannya, mudah? x juga...ibubapa jangan lepa dengan aktiviti anak2, luangkan masa dengan anak sejak dari kecil, jadi kawan mereka & dalam masa yang sama jaga mereka seperti kita menjaga barang yang paling bernilai kerana anak2 ni anugerah Allah kepada kita dan kita diamanahkan untuk membimbing mereka ke jalan yang benar. Anak2 juga perlu tahu apa matlamat mereka dalam hidup, apa masa depan yang mereka inginkan pada anak2 mereka juga & pilih orang yang mereka rasa boleh membawa kebaikan dari segi dunia & akhirat bukan yang cantik luaran sahaja. Pilih lelaki/perempuan yang boleh memberi kebahagian dunia & akhirat bukan yang hanya memberi nikmat diatas dunia tapi seksaan di akhirat kelak. (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget