Wednesday, June 22, 2011

Rabu yang macam-macam

Hari ni pagi2 lagi dah kena sound sebab tolong amikkan suhu peti sejuk sebab katanya, hanya staff sahaja yang boleh amik suhu & sign form kat kertas 2. Huhu ok aku ni nak tolong je..kalau ye pun xleh bagitau la elok2 xpayahla nak wat aku heart attack pagi2. Yang xleh blahnya yang pangkat tinggi xmarah & just bagi nasihat tapi yang seketul lagi ni dok marah aku lebih2. Aih lantak ko lah lagi 2 minggu 2 ari je lagi aku kat sini~
Hari ni macam biasa aku buat test Urine FEME lagi & aku g tolong gak run sample + jaga kaunter sekejap. 
Ok ape2 pun, mood aku kembali baik sebab petang tadi pukul 3.30pm ade ceramah keluarga bahagia yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr Harlina..mak aih best woo ceramah dia & aku dapat input2 yang berguna. 
Antaranya tip blok 7 tahun Saidina Ali untuk anak2:
0-6 tahun - Fasa Bermain
7-13 tahun - Fasa Disiplin
14-20 tahun - Fasa Berkawan
>21 tahun - Fasa Pergaulan Dewasa

Fasa Bermain: ketika ini, ibubapa haruslah bermain dengan anak2 mereka dan meluangkan masa.
Fasa Disiplin: ibubapa harus mendisiplinkan anak mereka tentang solat dan peraturan2.
Fasa Berkawan: Ibubapa haruslah menjadi kawan yang terbaik buat anak mereka tapi ianya tidak akan menjadi jika fasa bermain dan disiplin x dijalankan.
Fasa Pergaulan Dewasa: ketika ini, anak sepatutnya boleh membuat keputusan sendiri dan patut dilayan seperti orang dewasa.

InsyaAllah kalau aku ada anak, aku nak praktikkan 7 tips ni. 
Okla nanti aku update lagi ye (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget