Friday, July 1, 2011

Hari terakhir di Microbiology & BERSIH


Hari Jumaat dah tiba maka hari ni merupakan hari terakhirku di unit Microbiology. Waaa (TT^TT) rasa macam berat hati nak tinggalkan unit yang banyak memberikan aku pengetahuan dan keseronokan berganda hehhehehe. Hari ni juga merupakan hari terakhir 2 pelajar UPM yang menjalani latihan praktikal sama denganku. Selamat tinggal Maryam dan Fauzi (^-^) semoga korang sukses di masa hadapan.
Hari ni, aku buat blood culture  & gram stain je..huhu hari ni Abang Faizal dan Kak Ekin cuti maka Kak Ili, Kak Nadia & Encik Nizam sibuk hari ni. Sejak kat Putrajaya ni, banyak kali gak aku sakit perut...haih...Kak Shida cakap sebab aku x sesuai dengan air Putrajaya ni....haduh..xpe seminggu je lagi (^-^)
Huhu oleh kerana xde keje, hari ni aku dengan Su wat sengal..hehehe buat lawak la ape la sampai Kak Ili cakap otak kami ni 4D huhu....
Hmm nak cakap skit pasal perhimpunan BERSIH. Aku x rasa dia BERSIH pun...menyusahkan orang lagi ade kot. Ok kalau nak wat tuntutan ke ape..ape kata kalau korang wat memorandum ke ape ke daripada dok berhimpun ramai2 buat orang lain rasa takut nak keluar rumah & peniaga pun rugi. Pelancong? huhu mesti depa takut gak + ini akan menjejaskan ekonomi negara! Ikutkan aku nak g tengok pesta bunga kat Putrajaya 9/7 ni tapi disebabkan perhimpunan sengal ni, aku xleh g ok!!! aku x suke la! ni bukan cara yang bijak faham? berhimpun secara aman atau x tetap akan menjejaskan keharmonian negara kita. ok kalau yang sokong, aku nak tanya korang sanggup ke kuar jalan2 tiam orang dok berhimpun ramai2 macam 2? dengan jenayah yang boleh berlaku secara x sedar (penyeluk saku) & kena sembur dengan gas pemedih + kalau la Perkasa pun dok menyibuk berhimpun sama mesti huru hara kan? korang boleh ke dok relax makan ice-cream kalau orang dok gaduh depan korang? hmm xtau la..kalau korang nak cakap aku ni pro-kerajaan ke ape aku x kisah sebab aku x sokong mana2 pun sebab dua2 ade salah but aku x suka kalau bab politik ni affect rancangan ok. peace out!

No comments:

There was an error in this gadget