Monday, August 1, 2011

Hari ni kita puasa!!!


Yeah hari ni dah start puasa! Ok semalam aku dengan geng kanak2 ceria lab g tarawikh kat masjid dekat area Indera Mahkota ni..huhu ramai gak la budak UIA yang ade termasuklah lecturer (^-^)
Semalam 2 pelajar UIA yang jadi imam secara bergilir untuk solat tarawikh huhu...ok nak cite skit..semalam kira hari pendaftaran universiti Ramadhan maka ramai la yang datang bertarawikh..ramai je ibubapa yang bawak anak2 mereka yang masih kecil..alhamdulillah tapi ape yang mengecewakan aku ialah ada sesetengah ibubapa yang main lepas je anak2 dorang dan menganggu ketika orang lain sedang solat..ok bayangkan tengah syok aku nak khusyuk, tiba2 ade 2 budak lelaki men lari2 depan aku dan jemaah2 lain..mau terkejut aku haih~~~
Ok kalau kata nak didik anak untuk belajar solat berjemaah ke ape patutnya ibubapa tersebut kena solat bersama dengan anak..macam ni kiranya letak anak kat tepi and warning awal2 kat anak 2 supaya x menganggu orang lain..maka berjemaahlah dengan anak. Cara kedua ialah anak tersebut di letakkan di barisan belakang sekali bersama kanak2 lain maka kalau anak tersebut nak tinggalkan saf ia tak menganggu jemaah lain.  Cara ketiga ialah, tak bawak anak g langsung huhu ni cara yang paling berkesan kot..huhu kejam la skit tapi kalau anak 2 jenis yang susah dikawal maka lebih baik jika tidak dibawa bersama.
Ok la aku harap entry ni dapat memberi manfaat kepada semua...selamat berpuasa~~~

5 comments:

perindu_خلافة said...

bicara soal anak nakal dalam masjid dah lama pun berlaku.. malangnya sebilangan besar ibu-bapa masih x faham dgn keadaan ni, sbb tu pentingnya join parenting class sbelum nikah ^_^

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة btol 2 Rizqan..malam tadi pun jadi hal yang sama..time rakaat kedua tiba2 ade budak lari2 depan kitorang yang tengah solat & paling xleh blah dengan selipar plak 2..haih..xtau la..

perindu_خلافة said...

malam ni pegi tarawikh tulis satu surat kecil, tujukan khas kat ibu bapa yang berkenaan.. agak² ada budak berlari-lari masa tgh solat tu, stop solat n tahan budak tu, bagi surat yg lyana dah tulis, minx dia sampaikan kat parents dia..

"kehadapan pihak yang berkenaan;

jika didapati anak tuan² dan puan² ditangkap berlari sekali lagi didalam masjid, ibu dan bapa terlibat perlu menjadi imam solat tarawikh pada malam esok"

hah macam mana dgn idea ni ^_^

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة hehe bagus idea 2..boleh kata ade 70% kemungkinan budak 2 xkan lari2 lagi hehehe (^-^)

perindu_خلافة said...

^_^

There was an error in this gadget