Monday, August 8, 2011

Tegur


Tengok tajuk pun dah tau aku nak bincang pasal ape kan? Teguran ni suatu perkara yang mulia dan sememangnya dituntut oleh agama. Namun begitu, kita harus faham cara menegur yang betul. Yela xkan kalau x kenal ntah sesapa pastu men tegur kasar huhu jawabnya pelempang la kan? Menegur biar kena dengan caranya. Macam mana la caranya pulak kan? 
Ok golongan pertama: Ibubapa
hoho kekadang ibubapa kita buat silap dan kita sebagai anak kalau nak tegur elok tegur ketika tiada sesiapa disekeliling ini adalah untuk mengelakkan mereka malu & mempertahankan maruah mereka. 

Golongan kedua: Makcik/Pakcik/Seangkatan dengannya
Yang ni pun kalau nak tegur kena guna cara yang baik dan lebih kurang sama cara kita tegur ibubapa kita. Orang tua ni ego tinggi & kalau silap tegur mau kena sound balik huhuh sadis~~

Golongan ketiga: Adik beradik
hoho ni pun sebenarnya susah kalau adik beradik 2 dah besar panjang. Cara paling efektif adalah dengan gurauan ataupun sindiran halus. Kalau yang masih kecil plak kena bagitau direct kalau x diorang x faham huhu.

Golongan keempat: Kawan-kawan
Selalu ke terasa hati kalau kengkawan tegur kasar? Huhu nasib baikla aku ni x amik hati sangat~tegur kengkawan ni kena tengok peribadi kawan tersebut sebelum tegur. Huhu kalau die jenis gadis Melayu terakhir maka cara nak tegur pun macam klasik2 skit heehehe gurau2..cara yang lembut adalah lebih effective. Kalau kawan yang biasa huhahuaha 2 tegur cara kasar pun takpe tapi jangan la sampai melampaui batas~~

Golongan kelima: Stranger
huhu ni budget hati kental oo kalau berani tegur stranger huhu tau x salah tapi kena pandai..cara2:
1. Apa2 pun bagi salam kalau Muslim kalau x pun senyum.
2. Cakap berbasa basi dulu dengan dia
3. Barulah tegur mula dengan ayat "Maaf sebenarnya......"

Huhu amacam gempak tak idea gua petang2 puasa ni? hehe kasar plak Norlyana Nasrin ni ye? huhu gurau2..okla insyaAllah kalau rajin bakal update dalam masa terdekat...(^-^)
p/s: bulan puasa ni juadah berbuka je mesti lebih RM10 hohohohoho macam mana ni weh!!!!!

No comments:

There was an error in this gadget