Monday, September 19, 2011

Hari yang kelakar ~


Ok macam ni..ikutkan hari ni (Ahad 18/9) aku dengan Jed balik semula ke Kuantan. Tapi.....
Pukul 2.30pm, aku bertolak dari kediaman rasmiku di Rawang aka California menuju ke rumah Jed yang terletak di Rose Garden. Kami memulakan perjalanan setelah  memasukkan beg pakaian dan barang2 berkenaan ke dalam boot kereta adik Jed, Zubairi. Mak Jed pun ikut skali. Mula2 adik Jed singgah dulu ke stesen minyak Petronas untuk mengisi minyak dan kemudiannya kami menyambung semula perjalanan kami ke Pekeliling.
Malang mula menimpa apabila jalan mula sesak di kawasan Templer Park berikutan kemalangan berlaku di sekitar itu. Aku mula menelefon pihak pengurusan bas Bulan Restu untuk memaklumkan keadaan kami dan meminta mereka menangguh sebentar waktu perjalanan kerana kami akan terlambat namun, mereka hanya boleh menangguh sehingga 5 minit sahaja dari waktu perjalanan. Keadaan masih sesak dan aku dapat merasakan yang kami tak dapat pulang ke Kuantan pada hari ini dan tiket burn begitu sahaja~~~~~~~
Kami tiba di Pekeliling pada pukul 3.55pm dan aku pasrah yang bas telah meninggalkan kami...haduh...maka kami terpaksa membeli tiket yang baru..memandangkan tiket pada hari ini sudah habis maka kami membeli tiket untuk keesokan hari...moral of the story..sila sewa helicopter jika jalan sesak dan anda mengejar waktu...

Keadaan di Pekeliling..air sungai Gombak yang naik..KL banjir kot...
Untuk mengubat hati yang lara, kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur huhu..buat pertama kalinya, aku menjejakkan kaki di Taman Burung yang sebelum ini tidak ku ketahui kewujudannya ( hehehe nampak sangat x perihatin) hehe Jed siap cakap "macam mana la foreigner ni boleh tau ade Taman Burung kat sini sedangkan aku yang dok kat Malaysia x tau" huhu begitulah lebih kurang ayat die hehehe mak die siap reply "diorang ade peta la" hahaha..meh tengok gambar....




kami kecewa





angry bird pun burung gak kan? huhu




tiket bas yang dah burn



Hmm setelah puas meninjau Taman Burung walaupun hanya di luar perkarangan (masuk kena bayar rm20 so malaslah disebabkan hati masih terluka dengan kejadian tiket burn) kami membuat keputusan untuk pulang sahaja ke rumah...ketika perjalanan pulang nilah benda kelakar terjadi..kami dok keliling Taman Burung 3 kali sebab x jumpa jalan keluar hahahahaaha..macam2 jalan kami try tapi x dapat2 gak kuar huhu siap cakap dengan bangga lagi "hari ni kita 3 kali g Taman Burung" huhuhuhuhu....
Akhirnya setelah beberapa ketika, kami berjaya jugak keluar dari "maze" huhu...
Pukul 5.20pm aku sampai semula di kediaman rasmiku huhuhu....seperti yangku jangkakan, aku diketawakan oleh ahli keluargaku..hoho siap cakap "dekat je Kuantan rupanya, x sampai berapa jam g dah balik?" huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuu dengan perasaan sadis aku terima jelah sindiran mereka......
Ini jela update aku untuk kali ni..apa yang boleh aku katakan, mungkin ada hikmah disebalik kejadian...huhuhu

No comments:

There was an error in this gadget