Wednesday, November 30, 2011

Jual nama senior~~


Benda ni jadi semalam tapi ntah apasal boleh plak aku terlupa..huhu tensionkah aku semalam? Errr.....tidak! Ok macam ni, time aku, Jed, Su and Ain g amik paper midterm BEL kat Biomed Dept KAHS, Dr Munirah tiba2 datang dekat & borak2 dengan kami. Die tanya, ada ke kami cerita ape2 kat junior or menakut2kan junior...ok aku & mereka2 ini sememangnya kurang bersosial dengan junior maka memang xde can la nak takut2 dorang ke ape. Dr Munirah bagitau, sebelum kitorang datang, ada seorang budak junior 1st year Biomed nak drop subject Biochemistry 1 yang diajar oleh Dr Tariq. Fufufufufufufufu gelak orang kaya aku bila dengar nama Dr Tariq yang sememangnya digeruni ramai~~~ Dr Munirah cakap budak 2 dalam keadaan stress dan macam desperate je nak drop subject sampai x perasan yang dia tengah cakap dengan Dr Munirah aka Boss baru Biomed..huhu ade ke patut die ingat Dr Munirah ni staff biasa..mungkin juga sebab ketika itu Dr Munirah sempoi memegang tumbler..budak 2 mula2 cakap nak jumpa Academic Adviser..fuiyoh~mana nak cari kat Kuantan ni dik oii..Gombak ade leee...Dr Munirah tanya kenapa die nak drop subject 2..maka ketika itulah budak junior itu menjual nama senior.."ade senior cakap......" "senior 2 bagitau..."...bila Dr Munirah suruh bagi nama senior yang dimaksudkan + no telefon skali terus budak 2 terdiam..hoho takut ko?! But still Dr Munirah try to persuade her not to drop the subject..unfortunately, that junior become stress and left the office..crying...hohoho..adoila adik2...Dr Munirah suruh kitorang wat get together with junior and discuss regarding this matter..ajar2 dorang ke apa sebab budak2 ni macam lost...
Wahai adik2 ku sekalian, akak2 & abang2 senior korang ni pun pernah kena dengan Dr Tariq 2 tapi kitorang hati kental. Agak2 la weh kalau pasal hal yang small the pieces ni ko nak tension..macam2 dah senior2 anda yang terutama skali batch 081/082 ni lalui..memang ranjau ini penuh dengan onak dan duri (cehh ayat) tapi macam mana pun korang kena la kuat hadapi semua ni kalau nak berjaya. Ingat belajar ni perlukan kesabaran dan minat. Kalau x memang kira buang masa la korang masuk U. Susah, ye memang susah tapi ini semua cabaran dan dugaan. Kalau nak semua benda senang baik ko duduk rumah je. Sedangkan lipat kain itu juga perlukan tenaga dan taktik (merepek sekejap). Lagi satu, aku rasa ramai dah ulang ayat ni, kalau gagal ke markah sikit ke..xpe..kita belajar sebab nakkan ilmu..usaha lebih kalau nak markah lebih. Rajin2 kan diri g consult dengan lecturer supaya die dapat tolong dan faham masalah korang. Kalau kata takut..aih pernah ke korang nampak die wat BBQ daging student die? X kan? maka relaxlah adik2...
Hmm kalau nak suh senior2 wat get together memang agak payah skit nak2 lagi yang dah 4th year ni..kitorang dah len2 klas dan ade komitmen len iaitu FYP..maka take care la ye anda2 sume?
p/s: terkejut gak aku ari 2 jumpa junior2 111/112..mereka nampak matang dan tinggi~~~oh tapi agak kecewa dengan dresscode mereka..hancuss! masuk lab pakai selipar? jeans? WTH??? Kepada pihak2 berkenaan silalah amik tindakan~~

2 comments:

RuBy said...

Dr Munirah yang selalu disalah erti~
hhahahhaha.....

lek r dik~ study je pon.. tak mati nya kena marah kalau failed pun~
hahha~

Norlyana Nasrin said...

@RuBy haha tau xpe..

ala paling kurang pun kena lecture 1jam pastu okla~~huhu

a total failure is when you know you made a mistake but you never try to correct it...

There was an error in this gadget