Tuesday, November 8, 2011

Update is a must~


Maka notes masih belum disentuh. Niat nak study memang ada tapi...argh terlalu banyak godaan..skang ni dok umah, rutinnya makan, tido, tengok tv, main2 dengan adik beradik & on9 selang sehari..dah mula b'pk nak balik ke Kuantan huhuhu...insyaAllah akan pulang ke Kuantan pada hari Sabtu bersama Rubiah..

Oh ada beberapa benda yang mengamit perhatian aku time cuti ni..PPSMI dah dibubarkan..hmm ramai sungguh yang kecoh pasal benda ni..nak tergelak aku weh..macam ni, depa dok bising awatla nak tukaq balik ke BM bila dah rasa selesa dengan BI..huhu ok2..bagi aku masalah ini xdela besar sangat tapi dok diperbesaqkan oleh sesetangah malaun yang x faham apa erti ilmu..meh aku terang, Sains dan Matematik merupakan matapelajaran yang penting dalam kehidupan seharian kita. Kemajuan negara juga bergantung kepada dua matapelajaran ini. Percaya? Yup kerana setiap industri akan mempraktikkan Sains dan Matematik..sedangkan makcik jual nasi lemak pun perlu tau kiraan2 Matematik dan Sains dalam percampuran bahan2 untuk memastikan dia x rugi. Faham? Apa yang menjadi isu skang ni adalah kerana medium penyampai ilmu ini iaitu bahasa yang sering ditukar oleh menteri sesuka hati. Sesuka hati? Ya ka? Ni sila pk sendiri...yang penting bagi aku adalah ilmu itu sendiri bukan dalam bahasa apa ilmu itu disampaikan..jika disuatu masa nanti Bahasa Cina dijadikan bahasa penyampai, nak x nak semua pelajar kena mempelajari bahasa tersebut untuk memahami inti pati sesuatu ilmu..(minta dijauhkan la~~)..kata la disebabkan Sains dan Matematik ditukar kepada BM maka prestasi pelajar merosot..err nak tanya berapa lama hangpa semua dok MALAYSIA yang BAHASA KEBANGSAANNYA ialah BAHASA MELAYU?? Sedangkan Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua dinegara ini kecuali kepada mak2 datin or sesetangah orang yang suka pakai MANGLISH (Malaysian English) kononnya lebih klas daripada cakap BM..lawak ye sangat kelakar bila dengar mereka berucap ke bertutur dalam MANGLISH dengan bangga. Ye aku tau English ini penting sebab apa banyak urusan skang kena pakai English contohnya beli barang dari luar negara, chatting dengan mat-mat saleh xpn pak negro dan sebagainya. Kita semua dah didedahkan dengan English sejak dari tadika lagi maka x jadi masalah kan? Kalau kata tetiba tengah jalan ada plak foreigner tanya jalan, x jadi masalah nak terang kat dia sebab apa? Because only a simple English is required in order to give out the direction. Itu pun xboleh ka?? Apa yang korang belajar dari tadika?

Cuba tengok Jepun xpun Korea Selatan..rakyatnya boleh kata ramai yang English berterabur sampai kekadang kita dok gelak bila depa try cakap Engrish..hoho sila la tengok Running Man, Happy Together & etc siap buat lawak lagi pasal Engrish mereka..tapi try tengok kemajuan negara diorang..fuhh hebat 2..


contohnya Korea Selatan. mereka pun alami kegawatan ekonomi pada tahun 1997 sama seperti Malaysia..ingat lagi x inflasi sifar? Penat oo Tun Mahathir time ni dok pk macam mana nak atasi kegawatan ekonomi..huhu aku yang time 2 darjah 3 pun dok risau kot2 makbapak aku bankrap ka apa..tapi skang cuba tengok..hebat tu kemajuan negara diorang, lebih hebat dari Singapura yang dok perasan x abis2 + dibanggakan oleh certain Chinese in Malaysia..percayalah~~la ni sebut je Korea Selatan budak kecik 3 tahun pun tau..nak2 lagi depa popular gak dengan artist yang kacak dan jelita + berbakat. Adik2 aku semua suka Korean artist, culture and food. Tengok depa ada x tukar matapelajaran depa ke English? X pun!! Mau semua depa dok translate ke Hangul sedangkan perkataan English 2 pun disebut Ing-ge-ri-su. Mau cakap apa lagi? Ni semua foreigner yang datang belajar kat Korea Selatan kena amik kursus belajar bahasa diorang dalam masa x silap aku 3 bulan sebelum memulakan pembelajaran diorang kat mana2 institut pengajian di sana. Ni kat Malaysia, foreigner x risau pun kalau x reti Bahasa Melayu sebab tau ramai je orang Malaysia yang hebat berbahasa Inggeris.

Berbalik kepada penukaran bahasa. Mungkin ada yang cakap susahlah dah biasa English tiba2 tukar BM~~~ Xla adik2 oii...dulu aku time belajar dulu pun begitu gak..dari sekolah rendah sampai menengah dok belajar segala benda dalam BM skali time matrik kena tukar semua dalam English. Hoho tipu la kalau aku kata aku x rasa apa2...ye agak payah pada permulaan tapi bila dah dapat membiasakan diri dan ada minat, alhamdulillah aku berjaya juga mengharunginya (chewah ayat). Ni sampai skang masuk U pun dok pakai English dalam semua matapelajaran yang aku amik. Mesti cakap ala ko terer so xpela..oiii kalau aku terer aku skang kat Harvard xpun Yale adik2 oii. Minat dan kesungguhan nak menimba ilmu itu penting dan perlu ada dalam diri setiap pelajar. Aku cakap macam ni sebab aku ni pun masih belajar dan aku nak sangat tahu banyak perkara. Sebab apa? Sebab aku dapat rasa, semakin banyak benda yang aku pelajari, semakin banyak benda yang aku x tahu. Ni nasihat untuk sesiapa yang rasa dia cuma boleh buat yang terbaik jika Sains dan Matematik dalam ENGLISH...If you think you can do better in English, why don't you take this change as a challenge and try to excel in BM then. If you do, you will be an excellent student insyaAllah.
Mesti ada yang rasa penukaran ini x adil bagi mereka yang berbangsa India dan Cina. X adil pebendanye weh? Kalau betul la mereka2 ini warganegara Malaysia yang dah dok menetap kat Malaysia sejak lahir lagi, sepatutnya x jadi masalah. Seperti yang aku nyatakan diatas, BAHASA KEBANGSAAN kita adalah BAHASA MELAYU. Bila dah kata Bahasa Kebangsaan maka boleh kata semua rakyat Malaysia wajib mengetahui dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu melainkan dia bukan orang Malaysia ataupun baru je berhijrah ke Malaysia. Kalau nak tau, xde negara dalam dunia ni selain Malaysia yang cukup bertoleransi dengan bangsa2 lain dan sanggup mengangkat mereka hingga negara kita menjadi negara berbilang bangsa. Tengok sahaja Amerika (x yah p jauh), kata je Presiden depa skang Barrack Obama tapi tengok la sape yang dok control keputusan dia? Siapa yang menjadi tulang belakang die kalau bukan White Jews? Any wrong decision make by Obama then he'll be kicked out! Mereka masih racist ye adik2..depa dok panggil Asian as colored (biarpun ko seputih mana) nak2 lagi Chinese, depa panggil Yellow Monkey. Oh nak contoh lagi dekat? Singapura...x yah cerita pun rasanya ramai yang dah tau. Macam mana orang Melayu kat sana nak survive and hidup aman damai..hmm kesian..negara yang kecik tapi ada hati nak perlekeh orang lain!
Kalau sesapa yang baca dan rasa aku macam melebih-lebih ke apa sila bagitau aku..tinggalkan komen kalau rasa nak komen..aku xkisah sebab tujuan aku taip ni pun nak memberi pandangan aku sebagai seorang pemerhati dan pelajar..kalau rasa nak hentam aku pun aku x kisah asalkan ko bagi hujah yang bernas dan munasabah. Ok ni update aku buat kali ni..insyaAllah kalau ada umur, aku menaip lagi. (^-^)

p/s: Rancangan Salam Baitullah kat RTM 1 pukul 9 seronok untuk ditontoni. Banyak info dan inti pati rancangannya juga menarik.

2 comments:

andeeka said...

hm...aku stuju pendapat ko...dasar pandang ke timur yg di bawa oleh Tun M mmg munasabah...english is just a language...huhu..kalu kita x angakat bhasa kita sendiri sapa lg kan...proud to speak malay!!!!...

Norlyana Nasrin said...

@andeeka huhu thanks sbb komen (^-^)
Tun M merupakan individu yg aku kagumi..
ye yg beza skang cuma bahasa tapi intinya tetap sama maka septtnye x m'jd masalah..
ni sume sbb pemikiran dorg disogok kononnya klu bkn dlm english kte x leh maju yg semmgnye salah..
ye bangga dengan bahasa sendiri!!

There was an error in this gadget