Saturday, November 5, 2011

Weird girl's journey


Tadi pukul 11.30am, aku, Jed, Husna n Dayah telah menumpang WSS (Wani Syok Sendiri) untuk pulang ke Rawang aka California kami menamakan perjalanan kami Delegrasi Rawang hehe...mula2 WSS g isi minyak + top up Touch n Go kat stesen minyak Shell..manakala WLB (Waris LemBu) menuju ke Permatang Badak kerana Saariah nak amik barang kat umah cousin die huhu..kami berjumpa semula di pertengahan perjalanan (eleh kat traffic light Permatang Badak je pun)..disebabkan kekurangan rehat dan tido, aku menjadi hyperactive dan bercerita tanpa henti + gelak2 sengal sampai sume warga WSS naik pelik n gelak skali dengan aku huhu..
Kat highway macam2 jadi weh~~ade skali 2 sampai tempat yang ade selekoh tajam n hujan turun secara tiba2 n lebat plak 2 huhu tuan WSS terpaksa memakai kaca mata ekslusif beliau + memandu secara berhati-hati huhu..aku pun cuak weh sebab sungguh x nampak sangat jalan....borak punya borak tetibe kuar lagu anime Jepun kat radio yang aku rasa agak familiar huhu aku suke lagu anime..teka punya teka dengan tuan WSS..rupa2 nya lagu theme Dragon Ball huhu ni lagu theme kedua huhu patutla ingat2 lupa -___-''
Ade skali 2 plak kat area selekoh bahaya Genting Sempah, WSS telah mengambil lane paling kanan skali..van di belakang x sabar2 + di sebelah kiri, bas Metro dari Genting Highland seolah2 nak menghimpit WSS hoho disebabkan aku ni co-pilot, terasa macam dekat je bas 2 dengan aku..adoi time ni la aku dah bising dalam keta "Pakcik2 (pemandu bas), jangan la dekat sangat pakcik oii!!!" huhu macam die dengar + aku nervous kot sampai tangan2 aku skali terangkat huhu bagi jelingan lagi kat pakcik 2..oh tuan WSS juga cuak ketika ini...bila dah lepas laluan bahaya tadi, tuan WSS yang sangat gembira sesuka hati melepaskan stering dan menari..ohoho kereta terhuyung-hayang buat seketika..nasib baik xde kenderaan lain ketika itu namun sesungguhnya gaung ditepi -______-'''
Sampai kat tol Gombak, tunggu WLB yang tertinggal di belakang..hehe nampak RH (keta SMASHie) maka terus sms SMASHie namun, x sempat berjumpa sebab WLB dah sampai dulu huhu..maka kami mengikut WLB menghantar Saariah n Aienun ke Stesen Putra di Gombak tapi malangnya kami hilang jejak WLB dan sesat sebentar di Gombak huhu tuan WSS mula mengelabah dan ketika itu tuan WLB yang risau terus call aku..nasib baik la boleh u-turn dan dengan arahan tuan WLB, kami sampai gak kat Stesen Putra..disebabkan tuan WLB keseorangan selepas menghantar Saariah n Aienun, maka Jed g la temankan die..huhu sedih je tuan WLB ye?
Disebabkan kami sume dah rancang nak makan lunch kat Spring Potato, maka kami mengikut WLB lagi hehe  dan...ye kami terlepas pandang tapi sempat gak naik flyover 2 huhu ikut WLB dekat2 skit selepas 2 hehe kena hon dengan keta yang nak tukar arah tadi huhu..dengan segala kesusahan n kepayahan, sampai gak la kitorang kat Spring Potato..time nak order 2 kelam kabut gak la kami huhu..tapi xpe berjaya gak mengorder huhu..makanan kat sini okla gak n harga die boleh tahan..
mereka yang excited

cheese spring potato

bulgogi..ianya ade nasi + kimchi

mocha ice blended


rubiah yang order jajangmyeon tapi abis hati dengan spring potatonya

set sundubujigae tuan WSS 

lihatlah Rubiah~~

Jajangmyeon rubiah

mata stim rubiah ketika makan~~

my bibimbap

bibimbap set
Abis makan, balik la kami..dan ketika pulang..berlaku la kesesakan dimana banyak kereta2 kat area Gombak ini...huhu nasib baik la ok je tadi time nak menyelit naik flyover hohoho..tuan WSS banyak hal dengan flyover ari ni..hahaha..sepanjang perjalanan balik ni aku main2 plak dengan no plat kereta yang aku nampak huhu..ni game yang dah bertahun aku x main tapi disebabkan Rubiah ari 2 wat sengal start main maka aku pun main balik semula sebab agak menyeronokkan huhu..segala no plat kereta orang aku perdajalkan hoho dah naik dah mood jahat + mischievous maka susah nak berhenti hehe syok sampai aku gelak giler2..kesian tuan WSS kena layan aku ahaha ahaha...mereka dibelakang kekadang tersenyap la juga ahaahaha...
Sampai Rawang, aku dengan Jed turun kat bus stop huhu..adik Jed amik dengan motor n aku plak tunggu adik aku amik sebab aku dah agak memang pastu terus g amik mak dengan akak aku balik keje huhu..
Sampai rumah je, bersihkan diri dan berborak dengan family aku..aku borak tanpa henti ye adik2? dari dalam keta tadi, aku cakap x henti.ni adalah kerana aku x cukup rehat n tido maka aku jadi hyperactive + ditambah plak dengan nervous kena hon banyak kali dan segala kejadian yang berlaku hari ni maka aku jadi chatterbox hohoho..aku cakap banyak sangat sampai sume family members aku x terlayan dan suh aku senyap hoho tapi aku tetap bercakap tanpa henti..
Okla ni je update perjalanan..jap lagi aku post benda len hehe tunggu~~

2 comments:

RuBy said...

wei~ mak aih~ muka aku tahap layaknya menjadi warga negara bangla.. ko ni takde ke muka senonoh sket.. AHHAHAHA... well dah muka aku gitu~ jadi aku terima seadanya~
AAAAAAAAAAAAA!!! penghitaman!!!!!!!!!!!!!! AHHHHHHHHHHH!!!!!!!

wei aku saket perut makan muka benbukan~ hukhukhuk

Norlyana Nasrin said...

@RuBy klu nk tau aku mmg suke amik gmbr candid ahahahahaha...

eleh relax la~~~

aku ok je~~tp jajangmyeon ko sdp ma~~~

There was an error in this gadget