Saturday, December 10, 2011

Friday Adventures!


Semalam aka Jumaat (9/12/2011) aku dan roommates2 telah melaksanakan rancangan trip mengejut kami yang ketiga. Ye mengejut sebab ianya dirancang sehari sebelumnya. Kami ke Bukit Panorama yang terletak di Sungai Lembing. Kami sesat juga sebelum tiba di Bukit Panorama. Hehe dua kali kot. Yang pertama, terlepas simpang masuk ke Panching. Ye kami hampir sahaja nak ke Keratong..hehe. Yang kedua, kami sesat sehingga termasuk ke kawasan pedalaman di Sungai Lembing yang jalannya sangat bahaya dengan sungai ditepi..kami hampir sahaja nak ke ladang..dalam weh..nasib baik kami berhenti seketika dan aku keluar bertanya kepada seorang pakcik yang sedang mengutip hasil kebunnya. Tergelak2 aku bila tahu yang kami ni dah tersesat jauh. Kemudian kami berhenti makan..sesungguhnya penduduk disini sangat peramah. Bila kami bertanya arah, mereka memberi respon yang baik. Oh makanan pula, sedap kerana ianya tanpa MSG~~harga pun x mahal.




Setelah bersusah payah, akhirnya kami tiba juga di kaki Bukit Panorama dan acara mendaki dimulakan. Sesungguhnya bukit itu sangat susah untuk ditawan~~Kami mengambil masa dalam 30 minit untuk sampai ke puncak. Ye sangat meletihkan tambahan pula dengan keadaanku yang x sihat dan jisim didarab 10 untuk tarikan graviti (hehe). Sampai sahaja dipuncak, segala kepenatan dirasakan berbaloi kerana padanlah dengan nama bukit ini..panorama indah terbentang luas..kehijauan dan bukit2 di sekeliling juga sangat menarik. Subhanallah! Setelah berehat seketika, acara bergambar bersama roommates mula berlangsung..pelbagai aksi2 kami rakamkan dengan kamera Ain dan Mas untuk kenangan..ye sudah hampir 4 tahun kami bersama dan x lama lagi kami akan berpisah..graduate..sedihkan? Setelah berehat secukupnya, kami mula turun dari puncak Bukit Panorama..sesungguhnya turun itu ternyata lebih sukar dari mendaki kerana tangganya curam maka kami kena berhati2 dan ianya sangat memenatkan.








Kemudian, kami ke Air Terjun Pandan yang terletak di Felda Panching. Air terjun yang sejuk berjaya menghapuskan segala lelah kami. Macam2 aksi sengal kami lakukan disini. Hehe saje nak berlagak macam kanak2 riang. Kami bermain disini sehingga waktu Zohor dan kemudiannya bertolak pulang ke IIUM.
Disebabkan x biasa dengan aktiviti sebegini, aku mula diserang sakit kepala dan demam. Setelah solat dan berehat seketika, kami keluar temankan Mas beli tiket dan makan tengah hari diterminal. Sesudah makan, kami ke Cowboy. Acara membeli gula2 dan makanan ringan lain untuk majlis perkahwinan kakak Mas dimulakan. 
Selepas itu, kami berhenti solat di masjid dan memulakan acara membeli belah di pasar malam. Kat pasar malam ni la terjumpa dengan ramai kawan2 dan senior. Ye aku menegur semua yang aku kenal..paling tidak pun senyum dengan jayanya. Tamat acara membeli, kami solat Maghrib berjemaah dulu di masjid sebelum bertolak ke Teluk Cempedak.

Disebabkan hari Jumaat, ramai jugalah manusia2 lain di TC, tambahan pula malam tadi bulan penuh/purnama. Hari ini saje aku dapat tengok 2 jenis permandangan yang indah. Subhanallah..kami makan makanan yang dibeli dari pasar malam di tepi pantai TC sambil menghargai permandangan yang indah + melihat gelagat2 manusia yang pelbagai ragam. 
Ketika ingin pulang, kami terserempak dengan kawan kami yang memerlukan bantuan (macam Wonderpet) maka kami pun tolonglah..apa yang penting? KERJASAMA! (lame..). Pulang sahaja di IIUM, kami terus membersihkan diri dan solat. Keletihan telah menyebabkan aku tido awal. Ye pukul 10.50pm aku dah masuk tido.
IIUM mosque at night..
Macam2 benda jadi dan kami lalui bersama sepanjang hari. Bayangkan kalau xde mereka2 ini, aku x rasa aku dapat sampai ke puncak Bukit Panorama yang tingginya dalam 600-800m. Terima kasih roommatesku~~ 

2 comments:

RuBy said...

hamboi hamboi~ sakan nya jah ko jenjalan~ hahahahha~

teringat kali pertama ku daki panorama... perghh~ subhanallah! sunrise cun!!
kali kedua slow2 ngan wany ramli~ tak sempat tgok sunrise..hahaha~

Norlyana Nasrin said...

@RuBy haha biasa la temah~~

kitorang x sempat tgk sunrise sbb sesat ahaahhahaha~~~

aku x rs nk g buat kali ke-2 huhuhu..
kesakitan itu masih ada~~~

There was an error in this gadget