Sunday, December 30, 2012

Curious Facts

Just some curious facts
Curious facts on 9gag
Woah quite interesting right? So take your time~

Balut, Barang baru, Ujimatcha dan sedikit update

Balut..


Malam semalam dan malam ni tugas aku adalah membalut buku si Alisa yang nak masuk tingkatan 1 pada 2hb Januari 2013. Budak tu memang x reti nak balut2 ni..eleh macam la aku terer..terus terang aku bab balut buku ni memang x brape nak terer tapi bolehla..alang2 balut buku teks budak tu, aku balut skali novel aku hahahahah~

Barang baru..

cawan besar hijau Shin Chan aku pun nak nyebok hahaha~
Macam biasa asal nak new year je aku akan dapat calender, diary dan organizer dari mama aku. So semalam aku dapat dah..hohoho seronok weh..bagi aku benda2 ni penting kat aku x kira la aku ni dok rumah je skang~ so malam tadi aku tanda tarikh2 yang perlu aku ingat dan tarikh birthday family huhu~

Ujimatcha



Chatime perisa Ujimatcha memang favourite aku. Teh hijau + kacang azuki yang cukup rasa bagi aku. Aku pernah bagi kawan aku rasa tapi...kena maki sebab x kena dengan citarasa dia..salahkah aku? Aku cuma nak berkongsi je....mood sedih jap huhu~

Oh siang tadi budak2 tu (Kakak, Nadirah dan Wani) g Bukit Bintang..aku dengan Lisa x ikut sebab malas..maka kami berdua tinggal kat rumah dengan mama dengan ayah..huhu makanan banyak sebab diorang takde hahha~diorang la yang beli Chatime untuk kitorang kat rumah huhu..oh dorang g sana pun sebab nak tengok pameran Doraemon kat Pavilion. Comel je tapi terus terang aku x sanggup nak ikut ebab mesti crowded dengan manusia2 dan aku memang kalau dah kuar lambat tu memang aku x mau ikut huu~

Doraemon is everywhere~
Tadi sempat gak tengok Phineas & Ferb, Ultraman Tiga, Source Code etc hehehe sempat gak main game Harvest Moon. Best woo, kuda kat farm Lisa dah besar & boleh masuk Horse Race hoho~

Huhu mesti bosan orang yang baca sebab asyik Harvest Moon je keja aku..sorry la kawan..kalau aku dah suka satu benda tu memang susah nak lepas~

Saturday, December 29, 2012

Addict

game controller
Games addict is everywhere~

Hoho~

Aku dengan adik2 aku semua dah ketagih main game Harvest Moon Back to Nature.

Main yang PS1 punya je pun~
Dah bertahun aku main game tu tapi start bulan 11 ari tu aku sambung main balik selepas beberapa tahun x main. Ayat apa da~ apa2 pun kira aku tetap suka main game tu walaupun game tu kira veteran gak la hahah~

Seronok sebab kena uruskan ladang dan semuanya mula dari kosong. Woah suka2~

Dah kata ladang mesti la ada haiwan dan segala tanaman. Ada ayam, kambing biri-biri, lembu, kuda, ikan dan anjing sebagai teman ko semasa uruskan ladang hohoho~ Tanaman pula ada lobak putih, timun, kentang, rumput, strawberry, nanas, kobis, jagung, bawang, ubi keledek, lobak, anggur, truffle etc..

your farm preview.
Ladang tu sebenarnya kira tinggalan atuk yang dah mati kepada ko dan kiranya ko dan diamanahkan untuk uruskan ladang tu. Masa yang diberikan adalah 3 tahun untuk buktikan ko layak atau x untuk uruskan ladang tu kepada penduduk Mineral Town. Jadi kena rajin menanam dan menjaga haiwan2 anda untuk cepat kaya pastu boleh besarkan reban ayam, kandang lembu dan kambing dan rumah anda juga~ hoho lepas 2 boleh kahwin dengan salah seorang penduduk perempuan Mineral Town (okay dalam game ni ko jadi lelaki tapi ade je versi perempuan tapi aku xde). Dah kahwin lepas satu musim, isteri akan mengandung dan selepas semusim lagi dapat anak dan memang x leh pilih jantina pun, anak ko lelaki~ 

the girls~ Ann, Karen, Popuri, Mary & Elli
Adik bongsu aku, Lisa dah tahun ke-5 dalam game tu dan dah ade semua huhu...adik aku, Wani plak main balik, reset game, saje je nak buat lain skit sebab dah tahu semua trick haahahahaha~ suke2~ aku? aku main yang diorang punya je sebab memory card dah penuh so xleh save pun kalau aku main maka....xpe aku x kisah sangat sebab seronok je~

the baby boy~
Tapi xde la sampai lupa solat ke ape..tu yang best main game adik punya sebab bila aku nak g solat je, aku suh la adik aku take over balik~ gilir2 ma~that's why sharing is caring (ada kaitan ke?)

Okayla..ape2 nanti aku update lagi~adios!

Thursday, December 27, 2012

Grrrr!!

double anger....
Geram woah!!!

Terus terang skang aku rasa macam nak bakar orang je..just pk 2-3 kali sebab masuk jail kang aku gak yang susah....haish~

Nak marah kang, bantai nangis x pun marah sambil maki2 aku padahal dia sendiri yang buat hal..adui..sakit kepala.

Lain kali kalau nak buat apa2 keputusan, sila rujuk dengan orang lain dulu bukan terus buat pastu menyusahkan orang! Ini dah kira bodoh sombong tahu?!

Hiah geram betul....tapi x boleh nak buat ape sebab benda dah jadi..maka bersabar jela..

Tuesday, December 25, 2012

Tang Yuan

Sejenis kuih tradisional masyarakat cina dan lebih kurang kuih badak berendam tapi without santan~

tang yuan in process~
Ni ari Sabtu yang lepas (22/12/2012), tetibe plak akak aku rajin nak membuat kuih..huu~selalunya suh masak nasi pun dia malas tapi..ntah apsal tetiba plak rajin nak buat kuih cina ni..hmm

Cara nak buat kuih ni senang sangat (patutla rajin). Amik tepung pulut pastu tambah air, buat bentuk bulat2 kecik pastu masak dengan air gula..tu je~ senang kan? tapi ade dua jenis tang yuan, ade inti xpun kosong je..kalau nak ade inti, time buat bulat2 tu masukkan inti..ala lebih kurang buat kuih koci~selalunya inti dia sama ade gula, bijan, kacang merah etc

Ni hasil kerja si Zulaika ni~tu pun minta Wani dengan Lisa tolong huhu aku tolong tengok je hahah~saje nak seksa dia skit ~

Tang Yuan
Cara nak buat memang senang tapi amik masa nak buat bentuk bulat2 tu jela tapi bila makan rasa puas je. 

Ok ni link untuk recipe yang lebih proper huhu klik sini

Friday, December 21, 2012

Ubat Nyamuk dan update skit


Aku xtau apsal nama dia ubat nyamuk padahal kegunaan die adalah untuk bunuh nyamuk kan? Bukan kasi sembuh penyakit nyamuk huhu mengarut...sebenarnya aku dah nak mati lemas dengan asap ubat nyamuk ni huhu patutlah tebal asapnya, bawah kaki aku da..(lalu angkat letak jauh skit)

Sebenarnya dari awal tadi aku on9 (12.30am, aku on9 lambat sebab tunggu turn ma) aku dok tahan je bau asap nyamuk ni..huhu dok tercari2 gak dari tadi mana la sumber bauan ini~hehehe

Sebelum aku on9 tadi, adik aku si Wani tu on9..hmm kalau budak tu on9 memang lama..huhu banyak sangat kawan bukan macam aku yang loner~ (konon)

Okay sebenarnya ikutkan kalau aku on9 memang agak lama sebab aku men'download' sekali segala drama, variety show atau movie apa2 yang dorang dok request tapi...last2 aku plak kena tuduh penyebab bil letrik melambung dalam rumah aku huhu..dah nasib..xpela..

Oh tadi adik aku si Nadirah merungut nak berenti keja sebab menyampah dengan perangai bos dia..mama aku apa lagi bebel la..huhu tetibe mama aku cakap " Abis tu nak berenti? Ingat best ke dok rumah?" aku yang sengal ni bantai jawab dengan bangga " best! boleh men game!" huhuhu memang membara je mama aku kan? kakak aku dah label aku pengabis beras..huhu lantak~malas nak layan dia sebab asal buka mulut je buat orang sakit hati maka siang tadi aku sound balik " Kalau asal buka mulut bagi orang sakit hati, baik ko diam je". Terus diam sambil cakap bisik2 dengan adik aku..huh ada aku kisah?! Oh dia MC 2 hari sebab sakit mata..hmm marah2 kat aku last2 aku gak yang kena titiskan eyedrop kat die hari2..hmmph! tapi sebenarnya lawak je bagi aku..huhu ikutkan jahat aku maunya aku buat2 cucuk mata dia hahahahah~ jahat2

Oh aku skang dah addicted men game Harvest Moon...hahaha~ syok..walaupun cuma permainan PS1 tapi masih best~hehehe
game paling best aku rasa~

Tuesday, December 18, 2012

Pengembaraan ke Selatan Tanah Air~

Semalam (16/12/12), buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Johor Bharu.

waa manyak excited~~

Macam biasa pagi tu bangun siap2..beg semua semalam lagi dah pack sebab excited kikiki~ Sekali mama suruh gerak lepas makan tengah hari~ sebagai anak yang mendengar kata ibubapa, aku turutkan je hahaha poyo je padahal memang dah lapo~

Abis2 lepas Zohor gak la baru aku gerak dari rumah hehee~ adik aku Nadirah dan Wani yang anta aku g stesen komuter Rawang. Yelah naik train senang skit, straight g Bandar Tasik Selatan. Train komuter macam biasa kekal dengan kelajuan siput dia.


Sampai je kat Bandar Tasik Selatan, aku menggagau cari manalah Terminal Bersepadu Selatan aka TBS sebab manalah aku pernah datang ini tempat..maka aku ikut jela orang2 sambil bertanya2 jugalah. Sampai je TBS, aku ternganga sekejap..fuiyoh macam airport do~ just xde kapal terbang je kalau x dah perfect hehehe~ maka aku pun g beli tiket..aku naik pelik apasal la tetibe ramai plak la ramai yang nak g bahagian selatan ari Ahad ni? Maka fikiran jahatku berkata "Diorang gelabah nak sambut Krismas kot~hahaha"..balasannya, tiket paling awal g JB ada pukul 6pm pada aku pukul 2.48pm dah tercongok kat situ huhuhuhu balasan.....maka aku pun g membawa diri berjalan2 dalam TBS yang besar nala ni~


Tempat pertama! Kiosk ape ntah nama, beli air favourite aku Lipton No 9 yang paling sedap didunia huhu propa~pastu naik level 2 beli tart telur & roti sosej kat King's dan berhenti rehat kat Dunkin Donut..untuk menyedapkan mata waiter kat situ, aku belilah Ice Choc yang mahal tapi sedap hoho~ lama kot nak dok situ..terasa menyesal plak x bawa apa2 bahan bacaan sebab beg penuh..maka sambil menunggu aku main sms dengan Azrain~ bila dah start boring, aku g jalan2..stop la gak kat lagi 1 kiosk dan aku beli 3 buku komik hahaha nak hilangkan bosan..abis2 aku g lepak surau sampai la pukul 5.30pm.

Naik bas pukul 6pm..kelakar tengok ramai penumpang gelabah dok cari tempat duduk sebab sistem numbering yang agak xleh blah. aku? hehe disebabkan aku bijak skit (konon) aku dah tengok seat aku time beli tiket tadi so tanpa teragak2 aku duduk jela tempat yang dah ditunjuk kat monitor time beli tiket tadi..dah duduk tu tetibe dapat hidayah tengok siling bas..huhu nampak no seat aku dan memang sah aku x salah duduk~dalam bas apa lagi, tidur la~ 5 jam lebih macam tu baru la aku sampai kat stesen bas Larkin, JB hehehe boleh plak aku tanya seorang budak ni, " Dah sampai ke? Kalau nak g JB turun sini ke?" hehehe nampak sangat xtau hehee~

Aku tumpang rumah kawan seUIA aku, Khamisah aka Misz. Maka adik dia, Murni yang datang jemput aku kat stesen bas tadi. Oh Azrain tu pun tumpang sekaki kat rumah Misz hehe kami bertiga kan dapat interview sesama~Sampai je rumah Misz dah pukul 11.50pm..huhu betul2 ramai penat dan sengal2 badan...


Esoknya (17/12/12), pagi pukul 5am lagi aku dah bangun dan mandi. Interview pukul 8am tapi disebabkan area Pasir Gudang tu memang sesak awal2 pagi maka wajib bersiap dan bertolak awal. Breakfast dulu kat rumah Misz pastu barulah kitorang bertolak g PUSPATRI. Memang betul un jalan sesak mau pukul 7.40am gak la baru sampai kat situ..nampak ramai gak la orang yang datang interview huhu...kitorang g la blok B, tempat dimana interview akan dijalankan..sekali rupanya kena amik borang dulu kat main office huhu..jadi Misz pun g amik..dah isi borang kena plak register untuk interview..dari pakcik yang jaga tempat register, tahun ni paling ramai yang datang interview untuk Safety and Health Officer training ni..dia kata ada la dalam 400+ orang dan mereka cuma nak amik 25 orang je huhu..maka aku fikir ada rezeki ada la kalau xde xpe~


Sementara tunggu untuk ditemuduga, aku borak2 la dengan Misz dan Azrain yang sengal~ sampai turn aku, aku g dengan relax sebab bagi aku dapat atau x tu semua x penting, yang penting aku ikhlas jawab huhu..lepas interview tu, aku tunggu la Misz dengan Azra kat luar, sementara tu aku cerita la kat budak2 yang bertanya pasal interview tu kat aku huhu ade plak seorang budak ni terus panggil aku "Kak" boleh plak aku jawab "Siapa kakak ko?" hahahah saje melawak~ tapi memang majority yang datang adalah kaum Adam...ade aku dengar suara2 sumbing heehe "Buat apa budak perempuan datang sini?" eh2 dah termaktub dalam perlembagaan ke perempuan xleh jadi Safety Officer? Abis je interview, g beli tiket kat stesen bas Larkin dan balik rumah Misz untuk berehat sebab tikiet pukul 3pm..sampai2 rumah Misz terus aku terbongkang..ye penat dan mengantuk kot..lepas makan tengah hari, aku dengan Azrain minta Misz anta kitorang g terminal.

Dalam bas keja aku tido jela..huhu sampai TBS aku beli air Lipton no 9 lagi hehe..pastu terus g stesen komuter..boleh plak aku silap turun platform huhu..

Okayla aku rasa dah cukup dah aku update ni..huhu ade masa aku update lagi~apa2 pun thanks kepada Misz sekeluarga sebab bagi tumpang dan layan aku huhu~

Saturday, December 15, 2012

Tomorrow~


InsyaAllah will be in JB due to Puspatri interview. Just wish me luck okay? Huhu

So today, I'm doing nothing since morning..not really..actually been applying for jobs and kinda modified my resume..yeah to do something to it so it will look more appropriate.

Again I'm applying one position from a company which I think might be good for future..huhu just a hunch but well just give it a try (^-^)

Tomorrow, will go there by bus. Quite excited and yet nervous because never been there before and just hoping everything will be okay.

Somehow I think I need study a lil bit for next Monday interview but I don't know where to start from...well just hope that I will leave a good impression to the interviewer~

Thursday, December 13, 2012

Tak adil! Malaysia VS Thailand


Pengadil pelawanan bola sepak antara Malaysia VS Thailand hari ni memang x adil! Aish kurang ajar sungguh!

Lagi x boleh tahan sebab skang Malaysia dah ketinggalan 2-0 (13/12/12, 9.30pm)

Tapi..

Dari apa yang aku tengok, memang Thailand kawal bola sejak dari separuh masa pertama. Haih sedih2...

Doakan Malaysia dapat bangkit..walaupun macam susah..didera dari segi fizikal dan mental..huh memang menderita..sabar jela wahai Harimau Malaya~

update: Malaysia tewas 2-0.

Wednesday, December 12, 2012

Gagman or Singer?

Madam Jeong and Brownie
Kalau korang suka tengok Gag Concert kat channel KBS mesti korang tau segment2 yang ada dalam Gag Concert tu kan? Antara segment yang aku suka Madam Jeong, Brave Guys dan Dignity of a Beggar. Seronok tengok sebab lawak dorang memang fresh dan kadang2 buat kte terfikir..

Ada gak segment yang dedahkan trick2 lelaki curang, perbezaan dalam drama dan kehidupan harian dan macam2 lagi la~

Brave Guys
Oh yang xleh blahnya, pelawak untuk segment Brave Guys ni ada keluarkan lagu dorang sendiri. Ada dua lagu dorang yang baru keluar baru2 ni dan suara mereka semua boleh tahan la..yang paling menonjol mestilah vocalist dia Shin Bora. Dia sorang je perempuan tapi pengaruh dia memang besar huhu..suka tengok segment break up dia hahahah~Jung Tae Ho yang melakonkan watak Madam Jeong pun merupakan salah satu ahli Brave Guys (^-^)

Ok nah sila la tengok MV Brave Guys yang best huhu~





Took me some time to realize

4 is the cosmic number.

Update (^-^)


Next Monday insyaAllah, I'm going to attend an interview at Johor Bharu. Just a preliminary interview on Safety and Health Officer training. Wish me luck then (^-^).

InsyaAllah will be there with my friends Azra and Misz.

So now I'm still at home. Let say, IF I pass the interview then I'm going to be trained at Johor Bharu and will stay there at provided hostel. Woohoo~away from home at last (after graduation I never far from home). Yeah I think this will be a better choice since I need to get out from my comfort zone and learn to live independently (ceh talking like never stay away from home before hahaha~).

Whatever it is just pray that I succeed in the interview and get a better life after that. Amin (^-^)

Tuesday, December 11, 2012

Kahwin Syuu dan Big Bad Wolf


Hari Sabtu yang lepas, aku, Wani, Rubiah dan Nita g kenduri kahwin Syuu di Dewan MBSA. Maaf xde gambar sebab aku lupa bawa kamera.

Perjalanan bermula dengan pagi tu aku minta ayah aku hantar kat tempat kutipan normal aka Tesco Rawang huhu..g mana2 dengan Wani ni, dia akan akan amik aku kat Tesco huhu senang~

Mula2 amik Rubiah dulu...huhu sepanjang perjalan asyik melawak dengan Wani hehe~biase la dah lama x jumpa~ jumpa je Rubiah terus tambah bising hehehe~ biase la Rubiah..kemudian g amik Nita plak kat Kampung Kerinchi..Oh Nita dengan Rubiah keja jadi RA kat UM..aku dengan Wani still dok umah~ miahahah~

Bila dah cukup ahli rombongan, kami bertolak ke Dewan MBSA dengan bantuan PapaGo Rubiah hahaha~ terus terang sepanjang perjalanan mulut semua orang xleh nak diam huhu semua excited kot..paling xleh blah PapaGo bagi arahan x lengkap..ade ke patut arahan berhenti in the middle of nowhere huhu propa..xde la yang aku nampak kilang je kiri kanan..maka kami ikut sign board jela huuh nasib baik la ade~sampai je kat destinasi, jumpa la kawan2 UIA Kuantan woohoo~ walaupun x semua tapi ketahuilah yang aku seronok berjumpa dengan kalian~ siap makan ape semua kami bergerak menuju ke destinasi seterusnya~ x sempat nak tunggu Syuu sebab takut lambat dan jalan jam~ hehe kami dapat goodies bag special dari mak Syuu huhu thank you Aunty~

Destinasi kedua kami~ The Mines!! Ada pameran buku besar-besaran Big Bad Wolf kat sana dan sesungguhnya aku memang suka g pameran buku huhu buku banyak murah woo!!! Malangnya.....aku pakai kasut x sesuai dan aku agak pokai ye hukhuk (TT^TT). Yang paling xleh blah xde plak genre buku yang aku minat dipamerkan kat situ. Maka aku rembat novel English, Mrs Mismarriage yang berharga RM 3 je huhu..sakit kaki tu xyah cite la..banyak kali gak aku berhenti dan buka kasut jap..oh aku jalan2 cari buku dengan Rubiah setelah kehilangan dua kanak2 (Wani dan Nita)..Rubiah punya la semangat beli novel English Fiction huuhuu~banyak gak yang diborong oleh Rubiah..oh yang xleh blah buku2 yang x berapa nak senonoh semua dia tunjuk kat aku..ceit! sengal ko Rubiah!

Habis memborong aku pun dah x tahan~maka pulanglah kami ke sarang masing2 haha~ kali ni dan x pakai PapaGo sebab dah abis bateri maka kami tengok signboard jela huhu alhamdulillah sampai gak~

Terus terang cakap aku happy sebab dapat keluar dengan mereka2 ni dan jumpa kawan2 yang lain huhu..insyaAllah lain kali kitorang akan keluar bersama lagi~hahaha ayat~



Briefing~


Hari Jumaat yang lepas~ (lambat update sebab internet connection kat rumah ade prob)

Aku ade briefing kat One Utama. Retail company (clothing) yang agak terkenal dan aku memang suka style pakaian dia huhu. Asal company ni dari Jepun dan memang tengah mengembangkan sayap ke serata dunia~woohoo~

Briefing untuk jadi Store Manager (trainee je). Apa yang buat aku tertarik untuk g briefing ialah company itu sendiri dan aku memang minat bab2 pakaian ni. Nak2 lagi fashion dari Jepun yang bagi aku creative dan cantik. (^-^)

Okay nak cerita pasal perjalanan yang agak menarik bagi aku tapi xtau la samada menarik atau x bagi korang huhu..lantak ni blog aku maka biar aku cerita~

Pagi tu aku minta ayah aku anta g stesen komuter..naik komuter sampai Stesen Kepong Sentral. Ni kali kedua aku g Kepong Sentral sebenarnya. Sebelum ni aku turun Kepong Sentral sebab nak jumpa kawan aku yang lepas tu g event Ryan Higa yang aku pernah cerita dulu..Turun2 je aku terus cari tempat tunggu bas dan teksi. Aku tanya2 gak orang kat sekeliling aku sebab sumpah aku xtau weh cari nak g One Utama dari situ..maka ade yang mencadangkan aku amik teksi sebab dia kata x jauh..tapi aku nak try gak cari bas..lepas fikir punya fikir, aku cadang amik teksi jela..nak2 lagi time tu aku nampak bas nak g One Utama tu pun kat lorong paling kanan dan jalan jam teruk pagi tu..maka xde harapan la nak naik bas..aku mula tahan teksi..huiyo susah tau nak dapat teksi! Teksi yang pertama berhenti tapi bila aku beritahu yang aku nak g One Utama teruk dia menggeleng..xnak g la tu..xpe2..teksi kedua aku tahan terus berhenti dan setuju nak anta aku ke destinasi~

Dalam teksi tu aku borak2 la dengan pakcik teksi tu..macam2 cerita kuar hehehe nasib baik pakcik teksi ni suka berborak..macam2 aku borak dengan pakcik ni..hehe malu sekejap bila kena puji melambung dengan pakcik ni tapi xpe anggap sebagai pembakar semangat untuk hari Jumaat~

Sampai ke destinasi..aku start cari retail store tu..dah la awal2 pagi ni banyak kedai x buka dan terus terang aku cakap, aku x terer dengan arah2 dalam One Utama ni..aku g sekali je sebelum ni, itupun dengan adik beradik aku dan aku memang x suka susun atur One Utama yang bagi aku sangat memeningkan. Bila jumpa aterus tunggu depan retail store tu..yela pintu pun x buka time tu maka aku xleh nak tanya sesiapa..bila dah lama tu aku rasa pelik sebab macam xde orang lain dan aku cuba tanya pekerja kat kedai tu..mula2 dia agak blur dan panggil pekerja lain..huhu rupa2nya aku salah tempat da~ sepatutnya aku g kat bahagian office dia dan kena daftar kat tempat guard dulu hhuhuhu malu2~

Briefing tu ada 3 session dan bila aku sampai kat tempat yang betul...session pertama dah pun bermula maka aku kena tunggu lagi sejam untuk session ke-2. Sementara tunggu tu, macam biasa aku bertaaruf la dengan seorang lagi hamba Allah yang tengah tunggu untuk briefing gak..mula2 aku malu nak tegur tapi bila dah lama2 dan aku start bosan maka taaruf itu lebih afdal~huhu..dunia ni kecil je sebenarnya, brother yang dok sebelah aku tu rupanya Senior satu U dengan aku huhu..cuma dia amik AED kat Gombak dan aku Biomed kat Kuantan..x sangka jumpa senior heheheh~ maka sesi bercerita erjalan dengan lancar sampai x sedar masa berlalu hoho..brother ni nak tukar kerja dia sebab dia kata x tahan dengan bos dia n dia sorang je designer dalam company dia..aku pun syok la dengar cerita dia sambil cerita gak pengalaman2 ku dulu..huhu~Oh nama brother tu Shafiq

Bila tiba masa untuk briefing, ada 4 orang je dalam sesi kedua ni..aku, Shafiq, seorang lelaki cina dan seorang perempuan foreigner. Aku agak tertarik dengan briefing company ni maka aku tumpukan perhatian lebih skit huhu~ abis briefing, kami disuruh untuk isi borang dan akan dihubungi dalam minggu ni kalau kami dapat interview dari company ni la...dari sesi briefing ni aku boleh cakap yang company ni agak bagus untuk long-term career.

Time nak balik pulak...tau2 jela dah time pergi naik teksi, maka time balik ni nak try pula naik bas huhu~ nak belajar ma~ punya la dok bertanya kat 5 orang (specific ni) mana nak tunggu bas? bas no berapa? betul ke g Kepong? huhu akhirnya aku disuruh tunggu bas U86, bas yang boleh sampai Kepong Sentral dengan bayaran RM 1.90 tapi aku bayar RM 2 tau~ bila dah naik bas tu start la dok melilau tengok kiri kanan sebab xtau sangat tempat ni..huhu padan muka sebab x selalu keluar kan dah xtau jalan! Gara2 aku yang xtau jalan ni, pakcik bas telah membuat brek mengejut bila aku tekan loceng huhuu~ sorry la uncle wa tarak tau ma~

Naik kometer kat Kepong Sentral sampai Rawang~ huhu sampai2 je ayah dah tunggu~ dia keluar dengan adik2 aku g shopping groceries huhu nasib baik kalau x mesti kena suruh naik bas~ xnak! letih! heheh mengada2...

Balik2 rumah je dah start nak pengsan tapi gagahkan diri g mandi..ingatkan lepas mandi nak tido sat tapi...adik ajak main game Harvest Moon hahaha~maka main jela~


Sunday, December 2, 2012

Stuck

Teringat plak kat satu kejadian yang berlaku 3 bulan lepas..ini terjadi

Damn it!
gambar hiasan
Ye bag aku stuck kat pintu automatik LRT waktu pagi time orang dok rushing nak g keja..huhu sadis woo..walaupun xdela stuck macam kat gambar diatas tapi malu itu...waa teramat sadis..aku stuck sebab time pintu nak tutup, aku bantai lari nak masuk gak sebab malas menunggu tren lain...paling sadis, ramai pula dalam train time tu dan nasib baik la dorang x gelakkan aku..huhu~

Tapi..

Malu itu menyengat sampai skang woo..time tu ramai gak yang cuba tolong nak tarik bag tu hehehe mesti huduh permandangan bag stuck dari luar LRT hehheh~ setelah beberapa kali cubaan menarik, akhirnya bag tu dapat ditarik masuk..huhu thanks la kepada mereka2 yang menolong ketika itu~  (#>O<#) malunya~


Saturday, December 1, 2012

Bola (Malaysia VS Indonesia)


Bola sepak...game yang dulu aku selalu main dengan jiran aku..huhu kenangan zaman kanak-kanak yang x leh blah sebab dulu bukan main aktif tapi sekarang bila dah tua ni...huhu kuar rumah pun x mo.

Oh sebenarnya nak cite pasal game bola sepak yang skang (01/12/2012, 10.13pm) tengah dok tayang kat TV ni, Malaysia VS Indonesia. Buat masa skang 2-0 (M'sia 2- Indo 0) jaringan pada minit ke-26 & 29.

Terus terang aku sebenarnya malas skit nak tengok bola tapi disebabkan galakan dari adik2 dan ayah aku yang memang suka tengok bola maka aku tengok jela. Tapi...terus terang cakap kalau dah start tengok memang susah nak lepas woo..seronok woo..banyaknya woo~hehehe

Bila tengok pasukan kebangsaan berusaha nak jaringkan gol, terus rasa xpe la kalau kalah ke menang ke sebab adat pertandingan la kan? (Walaupun dalam hati geram juga~)

Apa2 pun doakan supaya Malaysia menang malam ni (^-^)v

p/s: Adik aku kata tengok bola ni kelakar heheheh..btol2 macam tengok orang berkungfu pun ade hehehe~
Alhamdulillah Malaysia menang 2-0! (^-^)v


Kim Sung Kyu - 60 Sec

Well grandpa Gyu really impress me with his solo huhu 60 sec fighting!


종종 걸어오다 멈춰 두리번대다가 너와 마주친 시선
jong jong goro-oda momchwo duribondedaga nowa majuchin sison
황급히 고개를 돌려 발 끝만 보다가 천천히 올려봐
hwanggeuphi gogereul dollyo bal kkeunman bodaga chonchonhi ollyobwa
커지는 눈 조금씩 벌어지는 입술
kojineun nun jogeumssik borojineun ipsul
내 심장이 귓가를 울려
ne simjangi gwitgareurullyo

60초면 충분한 story 내 맘으로 넌 들어왔어
yukship chomyon chungbunhan story ne mameuro non deurowasso
난 의심치 않아 날 가져간걸 짧지 않은 time
nan eui-simchi ana nal gajyogan-gol jjapji aneun time
넌 그런 사람 내겐 충분한 story 이유 따위 난 필요 없어
non geuron saram negen chungbunhan story iyu ttawi nan piryo obso
날 설레게 했고 널 찾게 했어 처음의 그 time
nal sollege hetgo nol chatge hesso choeume geu time

너의 목소리가 끊겨 천천히 차올라 흘러 넘치는 눈물
noye moksoriga kkeunkyo chonchonhi chaolla heullo nomchineun nunmul
가슴으로 너를 안고 한참을 있다가 서서히 떼어내
gaseumeuro noreuran-go hanchameuritdaga sosohi tteone
멍한 눈빛 할 말을 잃은 내 두 입술
monghan nunbit hal mareul ireun ne du ipsul
니 한숨에 심장이 멈춰
ni hansume simjangi momchwo

60초로 충분한 story 내 삶에서 넌 사라졌어
yukship choro chungbunhan story ne salmeso non sarajyosso
널 잡지 않았어 니 맘을 본걸 짧지 않은 time
nol japji anasso ni mameul bon-gol jjapji aneun time
넌 그런 사람 네겐 충분한 story 선명하게 넌 전해졌어
non geuron saram negen chungbunhan story sonmyonghage non jonhejyosso
넌 아프다 했고 난 보내줬어 마지막 그 time
non apeuda hetgo nan bonejwosso majimak geu time

(내 두 개의 story) 뜨겁고도 (story) 차가운 time (with U)
(ne du gaye story) tteugopgodo (story) chagaun time (with U)
둘 다 니가 준 기억들
dul da niga jun giokdeul
(내 두 개의 story) 같은 시간 다른 너
(ne du gaye story) gateun sigan dareun no
내 양 날의 기억
ne yang nare giok

60초면 충분한 story 내 맘으로 넌 들어왔어
yukship chomyon chungbunhan story ne mameuro non deurowasso
난 의심치 않아 날 가져간걸 짧지 않은 time
nan eui-simchi ana nal gajyogan-gol jjapji aneun time
넌 그런 사람 내겐 충분한 story 내 삶에서 넌 사라졌어
non geuron saram negen chungbunhan story ne salmeso non sarajyosso
널 잡지 않았어 니 맘을 본걸 짧지 않은 time
nol japji anasso ni mameul bon-gol jjapji aneun time

▽ Credit
Han-geul & Album Information :: Daum Music
Simple Romanization :: ✿Chokollit


English Translation
I kept walking when I stopped and looked around – then I met eyes with you
I quickly turned my head and stared at my feet – then I slowly looked up

My eyes widen, my lips slowly part
My heart is ringing in my ears

60 seconds is enough for this story
You have entered my heart
I don’t doubt that you have taken me in this not-so-short time
That’s the kind of person you are, a story that’s enough for me
I don’t need a reason
You made my heart flutter and you made me find you – that first time

Your voice gets choppy and the tears slowly rise and overflow
I hug you in my arms for a while and slowly let you go

My eyes go blank and my lips lost all words
My heart stops at the sound of your sighs

60 seconds is enough for this story
You have disappeared from my life
I didn’t hold onto you, I saw your heart in this not-so-short time
That’s the kind of person you are, a story that’s enough for me
You’re message has been clearly told
You said you were hurting and I let you go – that last time

(My two different stories) It was a hot (story) and cold time (with U)
Both are memories that you gave to me
(My two different stories) A different you in the same time
Memories of both days

60 seconds is enough for this story
You have entered my heart
I don’t doubt that you have taken me in this not-so-short time
That’s the kind of person you are, a story that’s enough for me
You disappeared from my life
But I didn’t hold onto you, I saw your heart in that not-so-short time

Okay the MV~ (^-^)

Monday, November 26, 2012

Funny facts and Durians~

Just a few facts

Found this @9gag.

So my house is somewhat filled with durian's smell as my father brought back durians from my granny's durian orchard in Pahang..

Here's the pic~

Whole family cooperate to open all of the durians huhu~ some are given to neighbors and sent back to granny's house in KKB..I love durian so..heheh most of it was eaten by me muahaha (as I'm the one to open most of the durians)

Friday, November 23, 2012

Childish Update


2013 is fast approaching us whether we realize it or not..

Oh we need to go through 21.12.2012 (so called Doomsday by some people) before reaching 1st January 2013 huhu~

But what bother me these few days are..I'm just turns 24 on this early November and another month and a week I'm already consider as 25 years old lady~ Fuh time flies~

I'm still at home and not bother to look for a job for this time being because I already set my mind that I want to stay at home until my father is recover. However, my family seems to be bothered with my currently unemployed status. Yeah they want me to have my own career as soon as possible I guess...hmm 

Currently my ex-roommates are planning to have another vacation together..wahh I'm really excited when thinking about it but..huhu seems like I need to get employ first before I can go to another trip with them hohoho~

p/s: Situation in Palestine seems to be cooled down by ceasefire done by Zionist. Feels really sad whenever watching TV, online and reading newspaper whenever there are lots of articles about what happens there. Just hope this thing will end soon and FREE PALESTINE!!

Monday, November 19, 2012

Short-tempered


I don't know why since these few weeks I've become quite a short-tempered person. 

Maybe because of stress? Or maybe because of insensitive people around me?

Well lets start with conversation.

Usually I speak in quite a good manner and hoping that the person that I talk to will respond in the same manner.

 BUT..

Well we cannot control other's manner when comes to communication as human love to communicate in the way they're comfortable with regardless of sense of respect. That's from my observation but I'm sure not all human like that..well maybe I'm just unlucky to meet these kind of people.

Action speak louder than word~

Maybe I'm too sensitive..,but the thing is, when others keep ignoring our warning and insensitive towards us what can we assume about those action? They just not interested or maybe they don't just give a damn to anything spout from our mouth right? Plus if they giving a "hot" glare when we look at them or while we were talking..huhu bad sign right?

 BUT

As long as I think my action is right and to avoid them from doing things that they might regret in future, I won't stop reminding and well you know I'm quite stubborn. Just hoping that I will not losing it.


For now whenever I feel angry and not satisfy in anything I just keep quiet and read books inside my room. I come out only when I'm cold down and act like nothing happen. Yeah why should I bother to keep unhappy thing in my head? 

Saturday, November 17, 2012

Cinta itu berputik ketika..


Tetibe dua tiga hari ni dok teringat satu kisah yang jadi kat aku pada suatu masa dahulu..

Ketika itu aku masih dalam tahun kedua pengajian di UIA Kuantan x silap aku..

Pada suatu hari (chewah), aku menerima surat yang menyuruh aku mengikuti satu program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor. Terus terang aku rasa berat hati nak g sebab aku ada plan time tu tapi disebabkan program itu wajib maka aku g jela walaupun dengan hati yang x berapa nak rela (x rela pun! huhu).

Peserta program tu dikehendaki berkumpul di Shah Alam..aku ni dok Rawang dan memang bukan jenis kaki rayap maka aku memang x tahu cara nak g tempat tu..nasib baik la facilitator program  tu banyak membantu dan memberikan tunjuk arah yang agak bagus huhu..

Sampai ditempat berkumpul, aku jadi macam kera sumbang sebab x kenal orang dan diorang nampak sombong dan mostly ada kumpulan masing-masing. Jadi aku hanya duduk seorang diri sambil mencari 'mangsa' untuk diajak berborak huhu..taaruf kan best? Ada la dapat 2-3 orang jadi kawan berborak huhu..

Kemudian kami dibawa ke tempat penginapan yang terletak berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa KLIA. Selepas meletakkan barangan, kami dibawa ke dewan dan program bermula. Pada mulanya aku memandang rendah dengan program ini dan kalau boleh aku xnak amik peduli pun tapi...ntah aku rasa kesian kat kak faci maka aku pun beri respon dan cuba berkomunikasi dengan peserta yang lain..hari pertama berjalan dengan agak lancar walaupun hujan ketika waktu petang..sepanjang hari, aku agak memberi perhatian kepada ketua faci..ntah aku rasa dia macam poyo..huhu


Hari kedua aka hari terakhir..aku mulakan hari dengan mood yang kurang baik..ya aku bad mood sebab aku aku x bawak stocking lebih dan stocking aku basah dan kotor akibat hujan semalam. Malam tadi aku ade cuba bersihkan tapi basah lenjun pula pagi ni..maka aku amik tindakan agak bodoh dengan x memakai stocking dan 1 hari tu aku asyik cuba sorokkan kaki..

Semua peserta dikehendaki berkumpul didalam dewan untuk upacara penutup dan paling xleh blah aku duduk di barisan hadapan skali...penat aku dok sorok kaki aku tapi dipertengahan program aku terlupa yang aku x pakai stocking dan duduk seperti biasa dan perkara itu terjadi

"Sorok kaki tu" sambil menunjukkan ke arah kaki aku "Stocking mana?", aku jawab basah dan dia cuma mengangguk dan menyuruh aku menyorokkan kaki aku. Perasaan itu....dari rasa dia poyo terus bertukar kepada............hehehe rasanya x payah nak jelaskan bukan? Ketika menunggu seorang faci untuk menghantar aku ke stesen komuter, kami sempat berborak dan ternyata dia bukan poyo..huhuhu tapi semuanya berakhir di situ. Berputik di sana dan berkubur jua disana~

Apa-apa pun terima kasih sebab beri motivasi kepada semua peserta dan apa yang aku dapat lihat, x kira Melayu, Cina atau India, semuanya dapat manfaat dan seronok sepanjang program. Terima kasih kepada semua faci.

p/s: Kebanyakan faci2 datang dari KUIS (^-^) dan sampai sekarang lagu Inteam - Kehidupan ialah lagu nasyid yang paling aku suka...



Thursday, November 15, 2012

Return


Hehe bukan Batman Return of Dark Knight or whatever~

Macam ni, tadi tengah aku dok lepak2 kat dapur rumah aku, tetiba datang jiran aku yang berbangsa India bagi kuih-muih Deepavali..waa terharu gak huhu~ Aku agak terkejut maka cakap pun tergagap skit (nasib baik la aku x buat tarian sengal ke apa kat dapur tadi hahahaha)..


Disebabkan jiran aku nak balik dulang yang diisi kuih tu maka aku amik la kuih-muih tu dan letak dalam bekas lain..dulang dia pula aku pulang kosong sebab terus terang kitorang baru lepas makan malam dan xde ape yang boleh diberi huuhuhu sedih~ sempat gak aku minta maaf beritahu yang xde apa yang boleh aku beri  (agar-agar coklat aku pun tinggal 4 ketul maka....)..dia cakap xpe dan terus berlalu pergi selepas aku ucap terima kasih.

Time jiran aku dah beredar, mama aku datang dapur..terus mama aku tegur aku sebab pulangkan kosong je dulang jiran aku..huhu aku cakap la xde benda nak bagi.."Sepatutnya Yana letak gula dalam dulang dia tadi", kata mama aku. Aku ternganga gak la sebab aku xtau ada adat macam tu. Mama aku cakap ikut tradisi orang India, bila dah beri makanan pada orang, orang tu kena balas dengan manisan xkira la ladhu ke gula biasa janji manis. Lagi sekali aku ternganga dan rasa bersalah sebab aku xtau pun ada adat gitu... "Tula lain kali belajar skit pasal adat kaum lain", sindir mama aku tanpa rasa kesian kat aku yang dah nak biru muka sebab rasa bersalah hohoho...

Nampaknya aku kena lebih sensitif dengan adat dan budaya kaum lain. Xpe masih ada masa untuk belajar kan? Len kali tau la apa yang aku kena buat bila berdepan dengan situasi yang sama di masa hadapan huhu.
(^-^)v

Success

Success

Cupcakes

Aku x reti buat dan x berapa suka sangat makan. Tapi...

cupcakes~
Ni tadi ketika aku tengah busy buat agar-agar coklat kat dapur tetiba ada seorang budak lelaki (umur aku x pasti sebab bukan aku yang melayan) datang rumah aku jual cupcakes yang mak dia buat. Budak tu duduk kat tingkat 4 apartment yang sama  dengan aku. Adik-adik aku yang lain yang dok melayan budak tu sambil usha-usha cupcakes yang dia jual huhu...usha punya usha beli la juga cupcakes dari budak tu..kesian plus nampak sedap.

Maka siap keja aku, aku pun g la makan cupcake tu dengan adik-adik aku yang lain. Hmm 1 bite tells it all. Cupcake tu x cukup masak. Nak aje aku panggil budak tu minta beritahu mak dia yang cupcake tu x cukup masak tapi budak tu dah jauh dan ada 24 buah rumah kat tingkat 4 xkan la aku nak g ketuk semua cari orang yang buat cupcake tu huhu~

Apa-apa pun harap lain kali mak budak tu check betul-betul sebelum suruh anak dia g jual sebab takut nanti kalau orang marah ke apa kang budak tu juga yang trauma.

Tuesday, November 13, 2012

Everyone tried this hehe~

Everyone tried this.

Honestly I did..done it when I was a kid and sometimes when I'm bored haha~

The thing is, it's fun when sucking up the cup/glass but somehow it leaves 'red circle' around your mouth hihihi~

Sunday, November 11, 2012

Urut


Siang tadi ayah g mengurut kat Ijok.

Terima kasih kat Su dan keluarga dia sebab tunjukkan tempat dan beritahu kat Wak Kipok (tukang urut) yang hari ni ayah nak g sana mengurut.

Bermula dari malam tadi, mama aku minta aku tanya kat Su kalau2 dia kenal sesapa kat Ijok yang boleh mengurut orang yang patah tulang. Maka aku pun sms la Su bertanyakan kot2 dia kenal ke sesapa yang terer bab urut2. Alhamdulillah, Su kenal orang yang boleh mengurut (Su tinggal kat Ijok ye..). Aku beritahu la mungkin pagi esok aku nak bawa ayah aku g sana mengurut. Ikutkan adik beradik ayah aku nak bawa ayah aku balik kampung untuk urut kat sana. Err kampung ayah aku kat Kedah kot..jauh lagipun dengan ayah aku yang tak boleh sangat terhentak maka perjalanan jauh agak kurang sesuai...

Makanya siang tadi selepas Zohor kami sekeluarga bertolak ke Ijok..x la semua g, aku, Nadirah (Driver untuk hari ni), mama dan ayah je pun huhu..ikut Latar sebab nak cepat walaupun kena bayar RM 6 tapi kira okay la sebab boleh mengelak kesesakan. Disebabkan x tahu jalan, maka kami tunggu Su di Masjid Ijok. Su sampai je terus kitorang ikut dari belakang sampai la ke rumah tukang urut.

Sampai je mula2 aku terkejut sebab ada signboard "Hari ini cuti" kat depan rumah dia..tapi bila kitorang keluar dari kereta, atuk tukang urut tu angkat signboard tu hehehe..yang bestnya kat depan rumah dah siap ada signboard yang tulis waktu rehat dan waktu cuti atuk tukang urut ni. Dah macam klinik desa pun ada hehe~

Masa yang diambil untuk mengurut x begitu lama..x sampai 30 minit pun..yang best time tengah mengurut tu boleh lagi atuk ni buat lawak2 spontan hehe kira okayla..aku dengan Su yang sibuk berborak pasal kerja kekadang terhenti gelak bila atuk tu buat lawak hihihi~

Alhamdulillah selepas diurut, keadaan ayah semakin pulih dan tangan dia dah x sakit sangat (^-^). InsyaAllah esok aku dah start jadi jururawat peribadi ayah (perasan) sebab esok mama kerja ma~

Saturday, November 10, 2012

Janji

Ingat x hari tu aku ada cerita yang adik aku, Lisa janji nak belikan aiskrim Wall's Selection Strawberry Cheesecake kalau aku ikut dia balik Kedah hari tu?

Dan hari ini adik aku dah tunaikan janji dia..heheheheh (^___________^)v




Punyalah aku seronok sebab dapat aiskrim..lama gak masa dia amik nak kumpul duit beli aiskrim kat aku huhu..

Maka insyaAllah malam ni aku akan rasmikan aiskrim tu dengan dia hehe...

Oh pasal ayah aku pula, alhamdulillah keadaan dia dah beransur pulih tapi susah sikit nak makan makanan biasa so makan bubur jela. Doakan dia cepat sembuh. Amin


Friday, November 9, 2012

F.T. Island I Wish


Lagu yang dok stuck dalam kepala aku selama lebih sebulan gak la..

Seronok dengar lagu F.T. Island ni sebab suara Hong Ki yang memang best dan diorang x sama macam artis KPOP yang lain hehehe~ yang lain pun aku suka gak just yang ni special skit (^-^)




Lyric
넌 너무 예뻐서 난 네가 탐이나 넌 너무 착해서 난 네가 탐이나
non nomu yepposo nan nega tamina non nomu chak heso nan nega tamina
웬만한 여자는 쳐다본 적 없는 내가 왜 이럴까 바보처럼
wenmanhan yojaneun cyodabon jogomneun nega we irolkka babochorom
매일 매일을 또 너만 떠올려 눈을 감아도 또 너만 떠올려
meil meireul tto noman tto-ollyo nuneul gamado tto noman tto-ollyo
널 볼 때마다 난 막 심장이 떨려 숨이 막혀
nol bol ttemada nan mak simjangi ttollyo sumi makyo

Baby 나라면 좋겠어 그러면 좋겠어 lonely lonely oh 나의 사랑
Baby naramyon jokesso geuromyon jokesso lonely lonely oh naye sarang
네 사랑도 나였으면 좋겠어 oh oh oh oh oh oh
ne sarangdo nayosseumyon jokesso oh oh oh oh oh oh
Baby 나라면 좋겠어 그러면 좋겠어 lonely lonely oh 사랑해줘
Baby naramyon jokesso geuromyon jokesso lonely lonely oh saranghejwo
더 이상은 혼자이긴 싫은데 oh oh oh oh I love you
do isangeun honjaigin sireunde oh oh oh oh I love you

딴 사람 만나도 난 너만 보이고 딴생각을 해도 난 너만 보이고
ttan saram mannado nan noman boigo ttansenggageur-hedo nan noman boigo
다른 누굴 봐도 관심조차 안 가 내가 왜 이럴까 바보처럼
dareun nugul bwado gwansimjocha an ga nega we irolkka babochorom
사랑인가 봐 한숨도 못 자고 널 사랑하나 봐 자꾸만 생각나
sarangin-ga bwa hansumdo mot jago nol saranghana bwa jakkuman senggak na
널 만날 때면 난 어린아이처럼 행복해져
nol mannal ttemyon nan orinaichorom hengbokhejyo

Baby 나라면 좋겠어 그러면 좋겠어 lonely lonely oh 나의 사랑
Baby naramyon jokesso geuromyon jokesso lonely lonely oh naye sarang
네 사랑도 나였으면 좋겠어 oh oh oh oh oh oh
ne sarangdo nayosseumyon jokesso oh oh oh oh oh oh
Baby 나라면 좋겠어 그러면 좋겠어 lonely lonely oh 사랑해줘
Baby naramyon jokesso geuromyon jokesso lonely lonely oh saranghejwo
더 이상은 혼자이긴 싫은데 oh oh oh I love you
do isangeun honjaigin sireunde oh oh oh I love you

사랑해 Love me 날 믿어 Believe me 뭐든지 할 수 있어 널 위해 oh oh oh 
saranghe Love me nal mido Believe me mwodeunji hal su isso nol wihe oh oh oh 
특별한 사랑 있나 아무리 찾아도 나만한 사랑 있나 찾아봐도 없을 걸
teukbyor-han sarang inna amuri chajado namanhan sarang inna chajabwado obseul gol
내 맘이 보이니 내 맘이 들리니 순애보 같은 내 사랑을 받아줘 oh
ne mami boini ne mami deullini sunebo gateun ne sarangeul badajwo oh
널 기다리고 기다리는 내가 있잖아 난 오직 너 하나만 사랑해
nol gidarigo gidarineun nega itjana nan ojing-no hanaman saranghe

Baby 너라면 좋겠어 그러면 좋겠어 love me love me oh 나를 봐줘
Baby noramyon jokesso geuromyon jokesso love me love me oh nareul bwajwo
내 반쪽이 너였으면 좋겠어 oh oh oh oh oh oh 
ne banjjogi noyosseumyon jokesso oh oh oh oh oh oh
Baby 너라면 좋겠어 그러면 좋겠어 love me love me oh 널 사랑해
Baby noramyon jokesso geuromyon jokesso love me love me oh nol saranghe
너 아니면 다른 사랑 안 할래 oh oh oh oh I love you
no animyon dareun sarang an halle oh oh oh oh I love you
나라면 좋겠어 그러면 좋겠어 lonely lonely oh 사랑해줘
naramyon jokesso geuromyon jokesso lonely lonely oh saranghejwo
더 이상은 혼자이긴 싫은데 oh oh oh oh I love you
do isangeun honjaigin sireunde oh oh oh oh I love you

▽ Credit
Han-geul & Album Information :: Daum Music
Simple Romanization :: ✿Chokollit



English Translation:

You’re so pretty, I want you
You’re so nice, I want you
I usually don’t look at girls but why am I acting this way, like a fool?
Every single day, I only think of you
Even when I close my eyes, I only think of you
Each time I see you, my heart trembles and I can’t breathe
Baby, I wish it was me, I wish it was so
Lonely lonely oh my love
I wish your love was me uh uh uh uh uh uh
Baby, I wish it was me, I wish it was so
Lonely lonely oh, love me
I don’t wanna be alone anymore uh uh uh I love you
Even when I’m meeting someone else, I only see you
Even when I’m thinking about something else, I only see you
Even when I see someone else, I have no interest
Why am I acting this way, like a fool?
I guess it’s love – I can’t catch a wink of sleep
I guess I love you – I keep thinking of you
When I meet you, I get happy like a kid
Baby, I wish it was me, I wish it was so
Lonely lonely oh my love
I wish your love was me uh uh uh uh uh uh
Baby, I wish it was me, I wish it was so
Lonely lonely oh, love me
I don’t wanna be alone anymore uh uh uh I love you
I love you, love me – believe me, believe me
I can do anything for you uh uh uh
No matter how much you try to find someone special
No matter how much you try to find someone like me, there won’t be anyone else
Can you see my heart? Can you hear my heart?
Please accept my pure love oh
I’m here, waiting and waiting for you
I only love you alone
Baby, I wish it was you, I wish it was so
Love me love me, oh look at me
I wish my other half was you uh uh uh uh uh uh
Baby, I wish it was you, I wish it was so
Love me love me, oh I love you
If it’s not you, I don’t wanna be in love uh uh uh I love you
Baby, I wish it was me, I wish it was so
Lonely lonely oh, love me
I don’t wanna be alone anymore uh uh uh I love you





Keputusan


Setelah berbincang dengan ahli keluarga dan bermusahabah diri. Aku mengambil keputusan  untuk berhenti kerja.

Ya aku berhenti kerja sekali lagi. Kali ni disebabkan oleh majikan yang tak sensitif tentang larangan2 yang orang Islam x boleh buat dan x bersikap bertimbang rasa dengan situasi pekerja.

Semalam aku dikejutkan oleh rakan sekerjaku (seorang Muslimah) yang disuruh oleh majikanku memeriksa sama ada daging khinzir yang dimasak oleh tukang masaknya cukup masak atau tidak. Ini gara2 dia mendapati daging khinzir tersebut tak cukup masak dan khuatir kanak2 yang memakannya akan jatuh sakit. Ye bagus nak mengelakkan dari kanak2 jatuh sakit tapi adakah relevan menyuruh cikgu Melayu yang beragama Islam untuk memeriksa daging yang sememangnya Haram untuk orang Islam? Padahal ramai lagi cikgu2 bukan Islam yang boleh melakukan tugas tersebut.


Hari ini aku memberi surat berhenti kerjaku kepada rakan sekerjaku untuk diserahkan kepada majikanku apabila dia pulang dari bercuti. Kini aku penganggur tapi takpe asal hatiku tenang dan tak perlu melakukan perkara yang aku x suka. InsyaAllah aku akan duduk dirumah dan menjaga ayahku yang kurang sihat akibat kemalangan pada Rabu yang lepas.

Thursday, November 8, 2012

Inilah update


Internet connection buat hal selama 7 hari menyebabkan tiada update sepanjang waktu tersebut~

Aku dah bekerja kat 1 tadika kat area Rawang.

Ikutkan aku minta jadi cikgu tadika je tapi dia suruh gak aku ajar budak sekolah rendah (dia ada pusat tuisyen sekali) BM. Terasa diri dipergunakan sesuka hati...

Semalam ayah aku accident lepas hantar aku g kerja. Patah bahu dan 3 tulang rusuk. Aku rasa bersalah gila2 sebab kalau aku ada lesen aku boleh g kerja sendiri so ayah aku x payah hantar aku. Tapi apa2 pun ini adalah qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah maka aku redha jela walupun hati aku masih tak tenang. Adik beradik ayah aku sanggup datang dari Kedah semata-mata nak melawat ayah aku. Terharu. Ada yang balik hari sebab tak dapat cuti pada keesokan hari dan ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Ada juga yang tinggal semalaman kat rumah aku malam tadi. Terkejut gak aku billa diorang datang ramai2. Tapi terus terang cakap aku terharu diorang sanggup datang dari jauh dan tidur kat rumah aku yang mungkin agak kurang selesa untuk diorang..yelah aku dok apartment je..tapi apa2 pun alhamdulillah muat semua tido malam tadi huhu...ni pun baru sikit kalau semua datang tak tau la nak letak mana hehe (^-^)



Hari ni aku amik cuti sebab nak g melawat ayah aku kat hospital. Bos tempat kerja aku marah sebab hari Selasa hari tu aku x datang sebab migrain dan hari ni cuti lagi. Tapi agak2 la bukan aku minta sakit dan ayah aku accident okay?! Ikutkan hati nak je aku quit! Yelah boleh plak dia cakap kalau aku amik cuti lagi dia nak consider balik nak amik aku kerja or x..terus terang aku terus tawar hati sebab dia sungguh x considerate dengan situasi aku sekarang. Tapi apa2 pun kita tunggu dan lihat..

Okaylah apa2 pun doakan ayah aku cepat sembuh dan aku dapat kerja yang boleh buat aku gembira. Amin
There was an error in this gadget