Saturday, January 28, 2012

Pelajaran dan Jodoh

Mesti pelik ye bila tengok tajuk kat atas..hmm mesti ada yang fikir "dia ni nak bagitau kena abis belajar baru boleh kahwin ke?" atau "dia nak cerita pasal jodoh?"..okay boleh kata ada kaitan jugak dua2 tu kan? Haha untuk mengelakkan sebarang salah faham, meh sini aku beritahu objektif asal aku menulis..
Sebelum ni aku ada terdengar orang disekeliling aku berkata "Perempuan ni kalau belajar tinggi2 susah nak cari jodoh" "Alah ko belajar tinggi2 pun nanti tempat ko kat dapur gak" (alahai kuno punya orang) "Eh ko belajar x abis2 bila nak kahwin? Nanti "expired" baru tau!" Err teringin plak nak balas "Adakah kamu semua yang menentukan jodohku?" Fuh wa gerenti maunye semua terus x bertegur dengan aku dah xpun "Alah aku bagi nasihat je?" Nasihat kah? sampai boleh buat orang terasa terhina dan susah hati? Hmm susah2...
Aku paling sakit hati bila terdengar ada yang berkata begini "Hmm tengok Dr X tu..belajar dah tahap PhD tapi x kahwin lagi, patutnya kita cari time tengah2 belajar ni, ni yang buat aku takut ni" muka aku yang terdengar terus berubah kepada => (=O=)" terkejut & macam x percaya statement tersebut keluar dari mulut Muslimah yang dah belajar tahap ijazah tapi pemikiran x ubah seperti makcik Joyah yang dok kampung hulu nun jauh ntah  dimana...Astagfirullahalazim..istighfar panjang aku bila memikirkan begitu pendek pemikiran Muslimah itu dan yang paling melucukan ada yang bersetuju sambil terangguk2..hmm manusia2..
Bagi aku, aku percaya Allah telah menetapkan jodoh bagi setiap manusia didunia ini..cuma lambat atau cepat. Jika tidak, insyaAllah di Akhirat kelak ada pari-pari yang tersedia. Itupun jika manusia itu beramal dan bertaqwa kepada Allah SWT. Aku juga percaya Allah menyediakan jodoh yang terbaik bagiku. Insan yang baik hanya untuk insan yang baik dan begitu juga sebaliknya. Ada juga yang suaminya baik tetapi isterinya kurang baik. Maka telah menjadi tanggungjawab bagi sang suami untuk membentuk isterinya dan membawa ahli keluarganya ke jalan yang diredhai Allah. Jika sebaliknya, maka sang isteri harus berusaha membimbing sang suami.
Sekarang ni aku tengok ramai yang bangga bila pasangannya berlainan bangsa dan agama. "Fuh best tu mat salih!" "Eh mamat Korea mana ko culik ni?". Ketahuilah wahai anak Adam & Hawa, jika pasanganmu berlainan agama & kamu berhasrat untuk berkahwin dengannya, maka kamu bertanggungjawab untuk membimbing dan membawa mereka mengenal & memeluk agama Islam. Kalau la diri sendiri pun terumbang ambing, aku nasihatkan lupakan jela niat korang nak amik foreigner yang lain agama jadi suami atau isteri sebab takut nanti bukan korang yang Islamkan mereka tapi mereka yang murtadkan kamu...fikir2 kanlah..Ye ramai yang cakap, anak dari perkahwinan campur ni comel & bijak..ye2 nak2 lagi kalu anak kulit putih gebu, mata biru, tinggi lampai etc..tapi x guna jika anak tersebut x mendapat haknya yang sepatutnya..yelah kalau ibubapa pun terumbang-ambing, macam mana pula dengan anak? Harapkan pembelajaran dari sekolah sahaja manalah mencukupi? Apa2 pun ianya bermula dari rumah..jangan nanti di akhirat kelak kamu dipersoalkan kerana x memberi hak yang sepatutnya kepada anak kamu..
Berbalik semula kepada topik asal, kaum Hawa memang digambarkan kaum yang lemah dan hanya sesuai bekerja didapur.....itu semua bagi aku sudah ketinggalan zaman..kaum Hawa boleh sahaja ada kerjaya tersendiri disamping menguruskan keluarga. Ramai wanita2 aku lihat berjaya dan dalam masa yang sama punya keluarga. Itu semua sebenarnya terpulang kepada individu tersebut. Perancangan dalam setiap hal amat perlu untuk mengelakan sebarang masalah. Aku juga perasan, selalunya wanita2 hebat ini punya suami yang x kurang hebat dalam bidang yang mereka ceburi. Maksudnya, ada kemungkinan kita akan dapat jodoh yang setaraf dengan kita. Ya sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Apa2 pun kita hanya boleh berdoa dan tawakal sahaja kepadaNya.
Katakanlah, jodoh kamu x setaraf, "Woah malu la aku nak tunjuk ko kat kawan2 aku! Dok rumah sudah!" "Err siapa kau??" kot ye pun x kan la sampai nak hina pasangan? Ada la juga yang pada permulaan perkahwinan pasangan itu setaraf, tapi sang isteri mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dan sang suami benarkan tanpa rasa curiga. Sang isteri yang ibarat sudah mendapat kebebasan mula bergaul bebas dengan teman sekampus..akhirnya sang isteri yang rasa dirinya lebih berstatus dari sang suami meminta cerai..anak diberi kepada sang suami kerana x mahu anak itu menjadi penghalang kepada hidup barunya..ya ini benar2 terjadi dan sampai sekarang aku x rasa sang suami boleh memaafkan bekas isterinya...bagi aku tiada masalah jika suami berkedudukan lebih rendah asalkan dia x malas untuk berusaha memperbaiki diri sudah..aku x malu jika jodohku hanya berjawatan rendah asalkan dia boleh membimbing aku dan keluargaku sudah~~fuh ayat biasa....
Wah panjang sungguh penulisan pada malam ini dan dapat rasakan gaya penulisanku berubah-ubah..xpe oh tahniah kepada sesiapa yang berjaya baca sehingga habis (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget