Friday, February 17, 2012

Down


Ye mungkin kerana hormone imbalanced...aku dapat rasakan aku sangat negatif hari ini. Walaupun aku cuba sembunyikan dengan perlakuan hyperactive dan bergelak ketawa bersama kawan2 tapi dalam hati...haish ntah...maaf kepada sesiapa yang membaca kerana terpaksa mendengar luahan aku. Perasaan ini sebenarnya sudah lama bermula, sejak dari hari Ahad lagi...aku x dapat pastikan punca tapi aku agak ini mungkin kerana aku terlalu lama memendamkan segala perasaan.
Tadi selepas Maghrib, dek terlalu penat akibat kurang tido, aku tertido selepas menunaikan solat. Lazimnya aku akan mengaji seketika selepas solat tapi hari ini selepas berdoa terus aku bangun dan menuju ke katil...ye aku tido...aku bermimpi..dalam mimpi tersebut, aku dikeliling binatang2, ada kucing dan anjing...aku yang sememangnya kurang berperasaan dengan binatang memang langsung x hiraukan kewujudan binatang tersebut tapi ntah kenapa aku sedih melihat binatang2 itu..ntah..dan dalam mimpi itu aku menangis...ntah bagaimana, slot mimpi lain pula menyusul..masih dalam keadaan menangis, aku masuk ke dalam sebuah rumah..aku ternampak orang yang aku kurang suka dengan perangainya..ye ntah macam mana dia ada dalam mimpi aku..tapi aku macam seek comfort dari dia walaupun dia x hiraukan keadaan aku yang menangis sebab dia pun nampak stress dalam mimpi aku..huhu apa la...aku terjaga bila Azra telefon aku pukul 10.30pm tadi...
Bila dah bangun, aku check hp aku..oh kesian mama aku hantar mesej tapi aku plak tido..maka aku terus telefon mama aku..berborak dan macam biasa berkongsi masalah..haih makin x sabar aku nak grad sebab aku kesian dengan mama aku..nampaknya hasrat aku untuk menyambung ke peringkat Master harus diletakkan ke tepi dahulu..sesudah bercakap dengan mama, aku keluar dari compartment aku, dan elok2 juga ketika itu roommate aku, Saf memanggilku..kami berborak di dalam compartment Mas, sesi berkongsi masalah bermula..ye kesian..mereka punya masalah yang aku rasa lebih besar dari masalah aku maka aku dengarkan sahaja..
Abis berkongsi masalah, Saf mengajakku makan pizza yang dibelinya..alhamdulillah rezeki..terima kasih ye Saf? (^-^)..selesai makan..amik wudhuk & solat Isyak..Ya Allah ampunkan aku kerana terlewat mengerjakan suruhanmu..buka Al-Quran dan baca surah Yasin..kali ni aku cuba membaca dengan perlahan-lahan dan masyaAllah aku dapat rasakan ketenangan..seolah-olah aku mengadu pada Allah dan didengari..tenang ye cukup tenang..tamat sahaja bacaanku..air mata mula bergenang namun ku kuatkan hatiku...aku perlu lawan perasaan negatif ini!
Mula mengatur segala kerja diatas katil dan membuka laptop...membaca dan menghayati post2 bersifat keagamaan di FB..yang mana menarik dan aku rasa patut dikongsi, aku share di wall aku..kemudian beralih seketika pada bacaan sains ilmiah.. Oxford Science Blog dibuka dan dibaca..seperti biasa bacaan yang menarik aku kongsi di wall...kerjaku ditinggalkan buat sementara..
Ada juga aku chat dengan kawanku, Saar..macam biasa berkongsi masalah dan pendapat...tapi macam mana pun hatiku sedikit terhibur dengan telatah Saar huhu thanks...aku doakan ko dapat buat yang  terbaik esok!
Oklah..aku rasa aku perlu berhenti..insyaAllah ada umur aku update lagi

No comments:

There was an error in this gadget