Sunday, March 18, 2012

Bunohan

Cerita Melayu yang boleh aku katakan mencapai standard filem yang patut ditonton. Filem yang bagi aku membero pengajaran secara tersirat dan mempunyai banyak elemen yang diketengahkan di dalam filem ini. Aku menonton filem ni bersama kawanku, Azra dan yang paling best makcik 2 belanja aku tengok wayang ni. Huhu memang berbaloi...
Kami keluar pukul 1 macam tu maka kami g lunch dulu kat JJ Kimbab..okay memang dah jadi pelanggan tetap dah sampai auntie 2 bagi limau free sebagai desert kat kitorang..seronok weh..
Abis lunch, kami g Megamall terus..solat dan beli tiket..sementara menunggu waktu tayangan, Azra mengajakku g karaoke..err 1st time kot aku masuk karaoke kat Kuantan ni..selalunya aku cuma g dengan adik beradikku & tempat yang kami pergi lebih bersifat pentingkan privasi macam GreenBox...tapi disebabkan makcik 2 yang belanja n dia pun dalam keadaan tension maka aku ikutkan saja..
Kami terlewat masuk ke dalam panggung dek kerana terlalu asyik bermain didalam karaoke box huhu...permulaan cerita  pun dah cukup buat aku terpaku..agak2 la weh bila tengok Faizal Hussein kelar leher orang macam 2 je..Zahiril plak kena belasah kaw2 tow nasib baik ada kawan yang tolong bawak lari dia..huhu..masuk pertengahan, cerita ini jadi makin menarik..dapat rasakan elemen kekeluargaan, dengki, belot dan sebagainya..huhu cukup perasa bagi aku..malangnya cerita ni x diakhiri dengan happy ending..ianya bersifat terlalu realistik dimana si jahat dapat bolot segalanya...haih..xpela tapi memang cerita ni best..x rugi tengok..
Okla..ni je ulasan kurang professional aku..kalau yang belum tengok, silala g tengok ye :)

No comments:

There was an error in this gadget