Thursday, March 29, 2012

....... (kata yang x dapat disampaikan)

Kadang2 x semua benda kita dapat luahkan dengan perkataan, bahasa tubuh mahupun percakapan. Kerana apa? Mungkin kita terlalu memikirkan tentang kesan dari percakapan, tindakan dan penulisan kita ataupun tiada kata, gerak tubuh atau perkataan yang sesuai dengan apa yang kita ingin sampaikan. Aku sering tersepit dengan situasi begitu..haha mungkin ada yang terlihat aku akan kaku seketika apabila sedang berinteraksi dengan mereka..hmm mungkin...lagi satu, mungkin juga gaya pemikiranku yang agak 'aneh' bagi sesetengah orang menyukarkan komunikasi antara kami..maaf aku juga x tahu nak cara untuk memperbaikinya...
Pernah aku lontarkan pendapatku pada seorang kawan...akhirnya dia berang kerana gagal memahami maksud sebenar pendapatku aka misinterpretation and of course in negative way~~ aku tepuk dahi dan terus terang aku ingin sahaja menjerit menidakkannya tapi aku risau marahnya makin bertambah maka aku diam dan hanya mampu meminta maaf...haish...
Apa yang aku pelik, hampir tiada sesiapa yang sanggup diam dan dengar dengan teliti apa yang cuba seseorang itu sampaikan..mungkin aku jua begitu..ada sahaja buah fikiran yang keluar terutamanya ketika pensyarah menyampaikan ilmu di kelas..haish my bad...tetapi apa yang benar2 seseorang itu mahukan ialah pendengar yang mendengar dan memahami bukan?
Mungkin ini juga merupakan faktor mengapa sesetengah orang memiliki 'pendengar' kaku mereka sendiri aka patung beruang atau apa plush toy untuk dijadikan tempat meluahkan perasaan..ye mungkin kedengaran seperti orang hilang akal namun mungkin itu merupakan penyelesaian bagi mereka...dan mungkin juga aku...
Ada yang kata, kaunseling mungkin penyelesaian terbaik...hmm aku x tau sebab aku belum berkesempatan lagi berjumpa kaunselor~~hmm..
Haih mood mula kurang baik bila cuti hampir habis tapi apa yang dirancang x menjadi...ye kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya...tapi sesetengah benda kalau dah dirancang tapi tiada usaha untuk melakukannya masih juga tiada hasil~~

No comments:

There was an error in this gadget