Thursday, March 29, 2012

Kehilangan


Pagi ini aku dikejutkan dengan berita pemergian datuk saudara ku, Wan Mohd Amin bin Wan Abdul Rahman. Ya memang terkejut sebab kami sekeluarga x dapat apa2 berita yang mengatakan beliau sakit atau apa2. Ajal dan maut memang ditangan Allah tapi...hmm xpelah aku doakan beliau aman di sana...
Selama ini boleh dikatakan air mataku x pernah gugur walaupun  ketika pengebumian nenek aku sendiri. Tapi kali ini...ya air mataku gugur..rasa sedih apabila melihat Koh Saerahku menangisi pemergian adik lelakinya..tiba2 aku teringat tentang adik2 aku sendiri dan..... (TT^TT) ya tangisan itu x dapat dikawal...aku membayangkan bagaimana keadaan aku jika perkara yang sama berlaku kepada aku...lagi satu, arwah merupakan seorang yang sangat baik dan tak pernah berkira dengan sesiapa seingat aku..arwah juga seboleh-bolehnya xnak menyusahkan orang lain sepanjang hayatnya..
Aku doakan arwah dilimpahi rahmat illahi dan semoga Allah menempatkan arwah ditempat orang2 beriman.

2 comments:

RuBy Razali said...

al-fatihah~

semoga rohnya dicucuri rahmat...
bertabah!!

Norlyana Nasrin said...

@RuBy Razali thanks Rubiah

There was an error in this gadget