Saturday, March 24, 2012

Night market with two giant (^-^)

Giraffe Look Up Clip Art Giraffe Look Up Clip Art
Hehe tajuk macam apa ntah..okay semalam aku g pasar malam dengan dua orang kawan aku yang tinggi melangit, Zareef and Helmi..dua2 tinggi 182 & 185cm so aku ni macam alien pendek bila jalan dengan diorang. Ade skali tu, sorang budak lelaki terlanggar diorang, yang xleh blah budak tu terpaksa mendongak smbil ternganga bila tengok diorang ahahahaha gelak guling2...
Disebabkan nak match dengan ketinggian diorang, aku kena pakai sandal yang ada heel skit..ok bukan skit tapi boleh la..nasib baik la aku x terjatuh ke terpelecok ke huhu...dan alhamdulillah la sandal tu selesa dipakai...huhu
Mesti ada yang pelik kan? "Apsal la budak yang konon bajet Muslimah ni boleh kuar dengan dua orang lelaki bukan mahram sesuka hati je?" Okay jawapan untuk semua..memang mereka bukan mahram aku, aku keluar pergi pasar malam tepi rumah aku beli makanan lepas tu makan sama2 kat rumah aku yang sememangnya ada mama & ayah + adik2..ye tetap salah tapi kami dah berkawan sangat lama & family aku kenal mereka ni..insyaAllah takde masalah..
Okay kalau nak tau si Zareef tu aku dah kenal dari form 1 lagi..manakala si Helmi ni aku kenal daripada si Zareef time zaman aku matric dulu..sebenarnya ada lagi dua orang, Zal & Ijat tapi lama juga x jumpa mereka..aku ni sebenarnya memang dari dulu berkawan dengan budak2 lelaki (sebab xde budak perempuan yang betul2 nak kawan dengan aku dulu). Aku ingat lagi masa aku form 1, aku sorang je perempuan dalam kelas KMT memandangkan budak perempuan lain masuk ERT. Okay sebenarnya budak lelaki dalam kelas aku dulu ada la dalam 11 orang maka cikgu masukkan beberapa budak perempuan dalam klas KMT tapi...aih macam biasa hanya aku sorang je yang tahan manakala yang lain lari masuk ERT balik.  Arghh malas aku..aku lebih rela bertukang daripada menjahit & memeasak time tu..plus aku suka giler system paip dalam rumah yang diajar dulu..walaupun aku x berkenan sangat dengan cikgu tu..so aku ni kira berkawan la dengan group kecil budak lelaki klas aku..ye seronok giler time tu sebab sumenya kaki Pokemon..memang best sebab Melayu, Cina & India + Singh ada dalam group kitorang walaupun group kecil tapi complete berbanding dengan group budak perempuan huhu bukan nak kata apa tapi pk sendiri la...
Okayla melalut plak aku cite pasal ni..will update soon :)

p/s: laptopku dihantar ke Senheng centre maka...VAIO Zulaika ku lenjan!

No comments:

There was an error in this gadget