Thursday, April 19, 2012

Bertunang tapi..

Rajin plak nak mengupdate huhu..okay akak kat lab ni dengan Syue and Azra huhu saje je datang teman si makcik Azra tu...
Okay skang ni tengok orang bertunang pun nak pelamin la, hantaran banyak2 la..berbeza sungguh dengan dolu2 (yang ni gua tanya mama n koh saerah gua) kalau dolu2 just wakil pihak laki datang bincang n sarung cincin je buat tanda 'i dah cop anak dara ni' tapi skang..fuh kalah kawin beb! bukan apa ni semua membazir je..ni baru bertunang kang kahwin kang? ko nak buat kat hotel 5 bintang ke? yela dah tunang grand x kan kahwin biasa2? mestilah grand kan? ala2 anak Datuk you! Pergh ni kalau bakal suami tu kaya xpe ni kalau keja pun x tentu hala macam mana tu? Maka tunang la anda sampai bakal laki anda cukup duit~~~
X cukup dengan tu mintak duit hantaran x kena dengan status kewangan bakal suami..agak2 la weh..sendiri sudah tau itu worang bukan anak lord ke lord sendiri lagi mau minta banyak wang ka? r u crazy? mau berpeluh ketiak sang teruna dok memikirkan bila la nak cukup duit nak kahwin huhu..lara je..baik cari lain..tapi kerana cinta ku turutkan~~chewah!! apa da?!!
Sesungguhnya akak (fuh terasa tua) cukup x berkenan dengan mereka2 yang bertunang tapi majlisnya berlebih-lebihan..macam melampau sangat bila tengok ada pelamin..pakai baju macam baju pengantin..make-up x tahan dan etc2~~~cameramen pun dipanggilnye..just xde pengapit je..kalau x nak je suggest "dah cukup benda2 ni baik ko kahwin je"~ kang cakap lebih2 kang ada kata aku dengki..aih x la aku x dengki okay? terus terang, kalau boleh aku xnak tunang nak terus kahwin..senang~amboi gataiiii!!! bukan la aku agak takut dengan dugaan2 time tunang yang diceriterakan oleh majalah Mingguan Wanita & seangkatan dengannya~~maka solutionnya..kalau dah berkenan + cukup duit = kahwin. InsyaAllah..akan cuba buat macam ni..kalau bertunang pun just sarung cincin dah..xnak la aku bermajlis bagai..gua busy okay? hahahaha poyo la..x la baik duit tu simpan buat belanja kahwin & lepas kahwin..kahwin pun kalau boleh xnak extravagant..aku nak hidang bubur dengan ikan masin je kat tetamu boleh? hehehe kalau nak sedap kicap manis sila bawak sendiri huhuhu..okay2 gurau2..mau kena baling periuk dengan sedara mara aku yang datang dari jauh dapat makan bubur je..haha lawak juga kalau bayangkan~~
Sebenarnya nak point out yang bertunang tu x payah nak melampau sangat tapi dah melalut cerita kahwin plak hahaha..biasalah tengah pagi buta ni.otak x center lagi...huhu..oh tadi aku minum Neslo Azra dan kesannya tadi aku jadi "high" semacam..hadui la tahap tolerence dah makin berkurang~~maka no more caffeine~~tapi teh yang aku dok hirup ari2 pun ade caffeine haish~~kopi boleh la gua tolak tapi teh...err aku ni tea-freak okay!
Okay la dah xnak melalut..yang baik datang dari Allah yang buruk itu adalah dari kekhilafan penulis~

No comments:

There was an error in this gadget