Wednesday, April 11, 2012

Ini tak adil!


Inilah yang aku katakan kepada ayahku hujung minggu lalu. Curios? Bukan pasal harta okay? Semua ni berlaku dirumah Koh Saerahku hari Sabtu yang lepas.
Ayahku membuka cerita zaman kanak-kanakku yang sememangnya ramai yang tahu penuh dengan kedegilan dan aksi2 lasak yang x sepatutnya seorang kanak-kanak perempuan lakukan. Ini semua bermula apabila adikku Alisa bermain dengan rotan dirumah nenekku. Dulu ayahku rajin membeli rotan kerana aku rajin membuang atau menyorok rotan2 ayah aku sebab aku tahu yang bakal dirotan tu sememangnya aku je...
dulu aku lagi teruk dari Leo ni korang tau?!~~ leo MBLAQ Hello Baby.
Kakakku bersifat pasif ketika itu dan seorang yang hanya mengenal buku dan sekolah..bosan...itu je tanggapan aku terhadap kakakku...adikku, Nadirah seorang yang suka mengekor aku tapi seorang yang cengeng..haish selalu je aku nak lari daripada dia tapi tiap kali aku nak keluar je apa mesti dia tahu..ajaib punya budak...geram je..selalu bila dapat lari je kena patah balik sebab dia menangis dan ayahku dah menjerit paksa aku bawa budak cengeng tu skali kalau x....rotan la jawabnya..Wani, adik yang paling x bagi masalah kat semua orang..baik je budak tu tapi bila dah besar ni banyak pula trick dia haih apa punya budak...paling bongsu, Lisa..nakal la juga tapi x kena pukul disebabkan peningkatan usia ayah & mama aku maka...arghh xdenya aku nak biar..aku jela yang selalu 'mendisiplinkan' budak2 ni...
Kesimpulannya, dalam ramai2 adik beradik aku, aku seorang je dapat 'kasih sayang' lebih dari rotan dan alat 'mendera' yang lain sebab aku seorang yang agresif, bersifat kelakian dan degil. Kenakalanku bak kata ayah, sangat luar biasa dan hanya rotan sahaja yang dapat mendisiplinkan aku ketika itu...maka dengan x puas hati aku cakap "Ini x adil!! Apasal orang je yang kena bantai!!" maka jawab ayahku "Dah ko seorang je yang degil semacam~maka kenalah~" sambil tergelak2..agak2la weh ayah aku ni dah la polis dulu maka penangan dia memang 'bestla'..walaupun ketika itu xdenya aku nak insaf lepas kena bantai (dendam gila aku time ni) siap cakap dengan koh saerah aku,bila aku besar aku nak tinggalkan ayah dengan mama aku kat rumah orang tua-tua baru padan muka diorang! Huhu jahatnya kepala otak aku ketika itu..astaghfirullahalazim..xdenya aku nak buat kerja x senonoh tu skang sebab aku dah tau berfikir baik buruk huhu~~
Haih rasa macam dah tua je sebab asyik mengimbau memory silam~~chewah ayat..oh sifat 'tomboy'aku tu..err susah skit nak buang walaupun dah kurang hampir 50% dari dulu...huhu tapi disebabkan sifat 2 jugaklah aku dapat tau banyak perkara~ada hikmahnya Allah jadikan aku macam 2 dulu..sesungguhnya DIA Maha Mengetahui kan? (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget