Tuesday, May 29, 2012

Dan akhirnya...


update jugaklah aku...okay bukan xnak update tapi..hmm terlalu banyak perkara yang berlaku terhadap insan yang bernama Norlyana Nasrin ni ye? nak ke akak cite sesatu? okay meh akak try ringkaskan..ok terasa tua bila pakai "akak" dalam perbualan...err kekadang ianya terjadi tanpa saya sedari~

Semuanya bermula dari awal bulan May...

Mak aih...busy teramat dengan assignment, thesis, quiz..klas..adui la..terasa terbeban yang teramat sangat sampai sakit2..tengah2 dengan problem sebagai pelajar..datang pula problem lain..diuji lagi oleh ahli keluargaku..kenapa? biar aku je yang tahu sudah..hal family ni orang luar susah nak faham..kekadang bila dah x tahan barulah aku bercerita dan meminta pendapat orang yang aku percayai..

Bila dah settle satu masalah, masalah lain pula timbul..sesungguhnya aku sangat tertekan tapi aku hanya mampu berdoa supaya aku dapat bertahan dengan semua ujian yang Allah beri..xpe ade hikmah disebalik setiap kejadian..

Pada 17/5/2012. aku pulang ke Rawang bertemankan Rubiah dan Su..hatiku gembira sebab dapat berjumpa ahli keluarga disamping tu, aku memang nak balik untuk release segala tension dan aku nak cuba settle masalah family..pada mulanya memang menyeronokan sebab aku memasak, mengemas, bermain piano, mengajar adikku dan macam2 lagi...

19/5/2012..hari yang aku ingat sampai bila2..aku yang baru sahaja pulang dari Kuala Kubu Bharu mengajak kakakku ke Jusco untuk mengambil adikku. Disebabkan aku terasa lapar, aku pun pergilah beli makanan kat stall makanan di Jusco..Unagi Onigiri..haih penyebab masalah..aku terkena food poisoning yang paling teruk pernah aku rasa..ok sebelum ni aku food poisoning gak tapi xde la macam ni..aku sakit dari 19-24/5 anda tahu? Sepanjang tempoh sakit, dua kali aku pergi klinik dan last skali x tahan aku g klinik kerajaan..okay sebenarnya aku x g klinik kerajaan awal2 sebab aku x sanggup nak tunggu lama..err anda tahu kan bila food poisoning, tendency untuk melakukan lawatan rasmi & x rasmi ke tandas adalah sangat kerap..aku x tipu sebab pernah je aku dah nak tertido dalam tandas...pergi je klinik kerajaan doktor buat ujian darah bagai..huhu nasib baik doktor tu baik maka agak berbaloi menunggu lama..keputusan ujian darah aku okay je..maka doktor conclude yang aku ni kena virus je..virus pun sakitnya menderita tahu tak? Tapi alhamdulillah setelah dua hari sakitku beransur pulih.

24/5/2012..aku pulang semula ke Kuantan walaupun keadaan masih x begitu baik..dihantar oleh ayahku sehingga ke Pekeliling dan alhamdulillah sampai2 je terus dapat bas ke Kuantan yang dah nak jalan..tapi..malang nasibku..seats dalam bas agak berbau dan aku yang sakit bertambah sakit..beberapa kali jugaklah terasa nak muntah tapi tahan je sebab kang x pasal2 kena balik Kuantan jalan kaki...sengaja aku mengasingkan diri jauh dari orang sebab bau-bauan dari orang lain pun buatkan aku nak termuntah jugak..nasib baik la banyak seat kosong..sampai je Kuantan, aku ingat dah boleh berehat tapi tidak ye adik2? aku kena betulkan semula assignment waste management yang aku dah hantar sebelum ni sebanyak 2-3x sebelum diterima oleh lecturer comelku..adoila sabor jela Jah oii..tengah sakit2 macam2 jadi..tapi xpe aku sabar lagi..

Dengan keadaan kesihatan yang x beberapa memberangsangkan, aku teruskan kehidupan kampus ini..fufufufu ayatan xleh blah..thesis nak kena anta draft lagi kat SV..final ye lagi haduila..oh cakap pasal final..aku sememangnya x ready pun untuk exam final kali ni maka aku memang tawakal je skang...

p/s: boleh plak aku nak tinggal purse aku time kuar awal exam CADD..aih kalau otak dah celaru memang careless..
There was an error in this gadget