Friday, May 18, 2012

Kesayanganku

Kesayanganku,
Andai kau tahu betapa sayang diriku terhadap dirimu, insyaAllah kau akan terkejut kerana tiada apa yang dapat mengambarkannya.

Kesayanganku,
Andai kau faham betapa aku menghargai setiap saat yang kita luangkan bersama, insyaAllah kau takkan mahu meninggalkanku walaupun sesaat.

Kesayanganku,
Andai kau sedar tempatmu dihatiku, insyaAllah kau sentiasa mengingatiku sepertimana yang aku lakukan..

Kesayanganku,
Andai masa dapat diputarkan, inginku kembali ke masa silam dimana kau masih muda, masih bertenaga, masih sihat kerana ketika itu kau sangat ceria dan hanya melihatmu, hatiku diulit gembira.

Kesayanganku
Kini kau sudah tua, kurang bertenaga, kelihatan dirimu sangat kurus dek pelbagai penyakit dan dugaan yang Allah berikan. Pernah kau mengadu sakit, mengadu nasib pada Yang Esa namun kau masih tabah menghadapi segala dugaan dan berusaha untuk mengerakkan tubuh tuamu. Hampir gugur air mataku namun kutahan air mata itu dari gugur kerana aku tak mahu kau melihat diriku sedih lantas menyebabkan dirimu bersusah hati.

Kesayanganku,
Kau mungkin bukan darah dagingku tetapi pengorbananmu lebih dari yang mereka yang bersaudara denganku. Wan Saharah binti Wan Abdul Rahman, terima kasih kerana sudi menjaga ibuku, lalu mengislamkan ibuku, menyayangi ibuku dan kini kau menyayangi diriku dan adik beradikku yang lain. Terima kasih.

Kesayanganku,
Andai kau tahu aku pernah berdoa kepada Allah SWT supaya jika ditakdirkan kau pergi dulu sebelumku, ambillah nyawaku sekali kerana aku tak sanggup kehilanganmu. Aku doakan supaya kau sihat sentiasa dan panjang umur supaya dapat kita bersama-sama mencari keredhaan Allah SWT.
Wan Saharah

No comments:

There was an error in this gadget