Friday, June 15, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah..aku betul-betul bersyukur kerana berkat sabar dan sokongan moral Azrain, aku berjaya mendapat semula softcopy thesis yang hilang kerana pendrive aku kena infect dengan virus kedai printing..

Softcopy itu amat penting ye kengkawan sebab dari berapa hari aku dok betulkan sedikit demi sedikit dan semalam pula Fidah dengan baik hatinya membantuku membaiki format thesis aku yang sememangnya agak tunggang langgang..hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian..

Aku menggunakan software PC Inspector File Recovery untuk mendapatkan semula file tersebut..huhu sebenarnya dari petang tadi aku dok depressed dan air mata tak usah cerita la..dok berjurai-jurai sambil ditenangkan oleh Azra yang agak kelam kabut bila tengok aku dalam keadaan yang sangat x stabil. Mana taknya, examiner kedua aku nak aku betulkan the whole Chapter 3 (sebenarnya aku memang dah start betulkan dari hari tu) dan tetiba pula dok rushing nak buat hardcover bagai..sesungguhnya aku sangat tertekan..bantai petang tadi time nak minta tolong Su ajar buat error bar softcopy yang dah diedit tu hilang..mau x haru?

Tapi apa-apa pun alhamdulillah sebab dah dapat softcopy tu dan buatkan aku sedar yang sahabat sebenar memang amatlah berharga disaat aku betul-betul memerlukan bantuan..terima kasih Azra (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget