Thursday, June 7, 2012

Last paper~


Gara-gara Fidah dok ulang "last paper~last paper" dengan slang cina Johan maka teringin gak nak buat post pasal last paper ni huhu~oh untuk pengetahuan, Fidah dh amik "last paper" dia awal pagi tadi~
InsyaAllah esok petang aku akan menduduki exam terakhir sebagai pelajar tahun akhir. Dah tengok dah CAM tadi dan alhamdulillah boleh la..exam esok pukul 2.30pm huhu time tu la aku paling mengantuk sebenarnya..tapi takpe kerana exam last aku turutkan..tapi risau jugak kalau petang2 ni tahap nak cepat fed-up dengan soalan2 memang sangat tinggi lalu mengakibatkan hamba Allah ini keluar awal~ err sesungguhnya kalau dah fed-up sangat aku memang terus keluar je..
Berbalik kepada last paper~ walaupun lega bila dah habis exam tapi aku masih tak boleh nak bersenang-lenang ye kengkawan? 13/6/2012 ni aku ada thesis presentation di depan Dr Nurziana & Bro Yusoff aka thesis examiners aku..ufufufufufufufufu naya weh naya~ tapi takpe skang aku pakai idiom ni "if you can't avoid it, just enjoy it" ufufufufufu ni kira idiom pasrah deme tau...
Petang tadi kakak aku call beritahu yang manager kat tempat kerja dia dah confirm nak amik aku kerja dengan dia..err yang ni sebenarnya aku ni pun still nak fikir2 dulu tapi..takpelah kalau itu dah ditakdirkan maka aku terima jela dan alhamdulillah sebab Allah bagi rezeki ni kat aku..maka insyaAllah bulan 7 ni aku dah boleh start kerja (dalam kepala ingat nak rehat sekejap tapi takpelah)..
Baiklah semoga semuanya berjalan dengan lancar..(^-^)

No comments:

There was an error in this gadget