Monday, June 25, 2012

Menjaga hati


Kadangkala aku terfikir, dalam ramai-ramai manusia yang aku kenal, hanya berapa ramai yang betul-betul berusaha untuk menjaga hati orang lain, baik dari percakapan mahupun perbuatan? Adakah aku ini juga termasuk dalam kategori manusia yang tak pandai langsung nak menjaga hati orang lain?

Ayat yang selalu aku dengar, " Kalau asyik nak jaga hati orang, matilah kita! Hati orang ni lain-lain". Betul juga tapi, tak salah bukan kalau kita menjaga hati orang lain? Kita selalu nak orang layan kita sebaik mungkin tapi pernah tak kita fikir cara kita melayan orang lain? Baikkah kita dengan mereka? Adakah mereka turut melayan kita sebagaimana cara kita melayan mereka?

Ada juga sesetangah manusia yang melayan orang lain sesuka hati mereka tapi mengharapkan layanan yang baik dari orang sekeliling. Memarahi, menengking dan menuduh orang lain sesuka hati tapi apabila tidak disukai oleh orang lain, dia mula menyalahi masyarakat sekeliling daripada mengkaji salah silap dirinya sendiri. Tipikal bukan?

Ada juga yang berkata, "Hmm jagalah sangat hati orang, hati kita ni siapa nak jaga?". Jaga sendiri. Hehe gurau. Jika kita melayan orang lain dengan baik, insyaAllah mereka akan melayan kita dengan baik. Kata-kata yang aku pegang dari dulu, "Treat others just like how you wants the others treat you". Sama juga dengan menghormati orang lain. Ada ke orang yang akan hormat kita kalau kita sendiri tak reti nak hormatkan orang lain? Fikir logik la kan?

Aku juga paling pantang kalau orang yang tak reti nak hormat dan menjaga hati orang tua, terutamanya ibubapa mereka sendiri. Orang yang sebegini sememangnya aku takkan hormati sebab manusia yang paling layak untuk mereka hormat pun mereka tak reti nak hormat, apatah lagi dengan orang lain? Manusia sebegini selalunya akan bermasalah bila bersosial di luar mahupun di tempat kerja.

Kesimpulannya, menjaga hati orang lain sebenarnya secara tidak langsung melambangkan akhlak kita. Orang yang baik budi pekerti dan pandai menjaga hati insyaAllah mempunyai akhlak yang baik. Jadi pilihlah sama ada nak jadi orang yang dibenci ataupun orang yang sentiasa perbuatan baiknya dikenang dan disenangi ramai.

"Apabila kebaikan itu terlepas daripada dirimu, maka kejarlah ia dan apabila engkau temukan keburukan, maka tinggalkanlah ia." (Saidina Abu Bakar)

No comments:

There was an error in this gadget