Tuesday, June 5, 2012

Pengalaman ketika bercuti dan taaruf


Macam tajuk karangan budak sekolah rendah pun ade..ok ni sampai Kuantan pukul 5.20pm tadi dan alhamdulillah Sol datang amik kat terminal huhu kalau x mau naya dok bayar rm15 kat pakcik taxi padahal dekat je pun..
Sebenarnya cadang nak balik semalam tapi semalam aku dok sibuk dengan thesis adik comel aku, Nadirah..aduilah budak tu memang "comel"..abislah aku dengan kakak aku dok tolong buat thesis dia sampai pening kepala fikir ayatan yang sesuai..semalam plak kami touring area KL cari tempat untuk buat hard cover..oh Jalan Semarak~susahnya nak cari tau? Tapi alhamdulillah la lepas beberapa ketika jumpa jugak G-Hard printing..kedai ni buat printing, hard cover dan macam2 la..harga dia? murah beb! Hard cover yang ada logo dia just amik rm25-rm30 je..sebenarnya rm48 tapi disebabkan adik aku ajak kengkawan dia buat skali maka dapat murah sungguh la huhu..mula2 nak buat hard cover kat Chow Kit je tapi kedai printing tu bagi harga yang betul2 "cantik"..hard cover skali dengan logo rm180! yenna?!! Mahal do! Haih kalau nak kaya cepat pun agak2 la beb~
nadirah n me (muka bosan)
Hari ni pagi2 lagi aku dah bangun sebab nak kena g renew licence untuk adik & kakak aku..aku? mana ada licence lagi..abis degree ni la akak g amik ye? Bukan ape..asal cuti je ade je keje nak buat & memang xde masa la..g renew kat Pejabat Pos Rawang je pun..adik aku yang "comel" tu bantai buat drama sengal kat kaunter time renew licence..boleh plak dia salah kira & bila aku betulkan, dia malu & terus lempang aku..okay jangan salah sangka, adik aku ni ada latah skit so bila dia melatah ke malu ke apa dia punya tangan memang laju maka bertabah la bakal suamimu Nadirah hahaha~
Habis renew licence, adik aku terus hantar aku g Pekeliling..hmm memang berat hati sungguh la nak balik Kuantan ni..disebabkan tiket pukul 12.30 abis maka aku terpaksa tunggu sampai pukul 2..sepanjang aku tunggu bas takdelah aku keboringan sebab macam biasa asal jumpa orang je aku tegur..nak2 lagi sesapa yang dok sebelah aku..mula2 aku taaruf dengan seorang budak perempuan yang tengah tunggu UPU, Maryam, dia nak balik Raub..maka sementara tunggu bas dia pukul 1.30, kitorang berborak la..macam2 la cerita kuar dan berkongsi pengalaman..huuhuhu disebabkan akak ni kira senior maka macam2 la nasihat akak bagi kat dia huhu..tapi memang syok la borak dengan dia sebab dia ni sementara tunggu UPU dia kerja sekejap kat Putrajaya jadi cikgu tadika..huhu kerjaya idaman akak tu~ bila nak dekat pukul 1.30, Maryam pun minta diri nak naik bas balik Raub..huhu dia cakap nanti dia add akak kat FB huhu okay akak tunggu~

Lepas je Maryam naik bas, sekejap tu ada seorang lagi budak perempuan duduk sebelah aku..aku terpandang tiket kat tangan dia dan terus aku mulakan sesi taaruf kedua huhu..Hani namanya, belajar kat UniTAR..dia naik bas yang sama dengan aku huhu..sembang punya sembang rupa-rupanya rumah dia dekat je dengan UIA Kuantan ni..huhu dia amik TESOL kat UniTAR dan skang tengah cuti sem..elokla aku nak g balik UIA amik exam dia balik rumah bercuti huhu untungnya (padahal baru je balik rumah)..tengah2 sembang tetiba aku nampak ada seorang perempuan India yang mengandung berdiri maka aku pelawa la duduk sebab sebelah tempat Hani tu ada tempat kosong..Hani pun menginjak ke tempat kosong dan bagi perempuan India tu duduk sebelah aku..okay macam biasa sesi taaruf ketiga pun bermula~ Nama perempuan India tu Anita, dia nak ke Raub dengan naik bas pukul 2.30..Anita cerita yang dia datang dengan family dia skali huhu memang ramai kot 12 orang..suami dia kerja kat Singapore so xleh ikut..dia ni nak g lawat adik dia kat Raub dan dia ni dari Setiawan, Perak..dia cakap ni first time dia datang KL so dia macam blur2 skit..tapi kira bagus la kurang2 dia datang ramai2 so xdelah takut sangat..ahli keluarga Anita yang lain pun ramah juga dok borak2 dengan aku..anak sulung Anita (aku lupa plak tanya nama) pun petah berborak dengan aku..punyalah dia bercerita dia suka menulis karangan, makan petai dan macam2 la huhu..oh dia baru je 8 tahun tapi bahasa Melayu dia bagus (^-^)
Bila nak dekat pukul 2, aku pun minta diri sebab dah nak naik bas..aku & Hani naik la bas kami..huhu seat aku kat depan manakala Hani plak kat belakang skali huhu kesian dia..sepanjang perjalanan aku tido sebab aku duduk single seat dan xde sesapa nak ajak berborak huhu~
Alhamdulillah sampai Kuantan je aku singgah 7E beli roti buku dengan tuna huhu favourite akak ok? Sementara tunggu Sol, aku sempat gak la berborak dengan seorang budak perempuan yang blaja kat Poli, yang ni dia yang tegur huhu dari jauh lagi dia tegur sebab dia ingat aku tengah tunggu van atau bas dari kolej untuk amik aku..huhu UIA mana ada ma..dia tunggu van dari Poli amik dia..aku bagitau la yang aku tengah tunggu kawan aku datang amik & kalau naik taxi memang mahal bebenor..dia pun setuju dengan aku..dia cerita la ada je kawan dia yang panggil taxi datang amik kat rumah sewa diorang..bila taxi tu datang kawan dia x siap lagi maka pemandu taxi yang x suka menunggu ni marah2 dan ugut nak report police sebab ntah apa ada kaitan dengan hak pemandu taxi ke apa ntah..aku dok blur sebab bagi aku ala takat tunggu sekejap apa salahnya..tengah2 borak Sol pun sampai..aku minta diri dan terus naik kereta Sol..Sol datang dengan Yana..huhu nama lebih kurang aku~dalam kereta macam biasa berborak lagi pasal exam, pasal perasaan nak graduate macam2 la huhu..
Sampai UIA je rasa depressed balik hahaha xleh blah la kan..tapi takpe kita kena kuatkan hati dan cekalkan diri! apa da..Apa2 pun semoga final exam dan thesis presentation berjalan dengan lancar dan aku dapat grad dengan perasaan yang puas..amin (^-^)

2 comments:

perindu_خلافة said...

4 kali sesi taaruf.. wosh ^_^
bagus2 merapatkan silaturrahim,
baik sesama muslim mahupun dgn non-muslim,
kredit utk apa yg anda dah buat akak,
hahaha~

# kenapa plak membahasakan diri sbg akak kat dalam entry ni, cik lyana oii

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة
hehe best ma taaruf ni..
selain merapatkan silaturrahim, kte juga dapat lihat dunia dari pandangan mata mereka (^-^)


# hehe kekadang dah terbiasa bahasakan diri sebagai "akak" huhu~

There was an error in this gadget