Saturday, June 9, 2012

Semakin hampir ke penghujung


Mood swing walaupun dah habis jawab final exam sebab memikirkan thesis presentation. Alhamdulillah semalam aku dah settlekan clearance untuk lab kat Kuliyyah of Science (KOS). Agak memenatkan tapi alhamdulillah ianya berjalan dengan agak lancar. Slide untuk presentation....err masih belum dapat disiapkan padahal banyak je masa kat dalam bilik ni..hmm kenapalah time2 ni la nak mood swing..mesti ada yang fikir "Haih susah betul la perempuan ni!" hahaha ye perempuan memang agak complicated sedikit dari lelaki ye..ini fakta bukan auta.
You, a trouble maker
si otak yang lupa dia pun ade menyumbang dalam perembesan hormon~
Tapi takpe apa2 pun kita kena fikir positif huhu (tetibe je..err kan dah kata mood swing) hari Khamis hari tu adik aku, Nadirah tanya "Ko x balik ke minggu ni?" aikk bukan ke baru hari Selasa hari tu dia hantar aku ke Pekeliling? hehe YOU DO MISS ME DON'T YOU? hehehehe depan aku berlagak cool, apa punya adik..
Ramai yang tanya "Nasrin balik bila?" err semua dok tanya aku pasal balik ni la yang buat aku rasa nak balik lagi hehehe..ntah aku pun x bincang lagi dengan mama dengan ayah aku..yelah kali ni kalau balik memang betul2 balik la (hehehe macam xyah datang clearance benda lain). Untuk pengetahuan baju2 dah siap dikemas dan yang tinggal skang ni untuk pakai harian, presentation dan kalau tetiba rasa nak keluar. Semangat x? Semalam la aku dok kemas bilik dan baju bagai sebab tengok kawanku, Fidah dah siap kemas barang..huhu semangat la makcik tu..
Baiklah rasanya sampai sini jela update untuk kali ni..insyaAllah akan update lagi bila rasa nak update hehe..

No comments:

There was an error in this gadget