Wednesday, June 27, 2012

Zero stage

 
Peringkat kekosongan..

Setelah tamat 4 tahun di IIUM Kuantan..perasaan aku sekarang...kosong..ntah aku tak tahu sama ada aku masih dalam keadaan terkejut aka tak percaya dah habis 6 tahun kat dalam 'kotak' IIUM atau aku tengah dalam keadaan 'numb' bak kata Wani..

Semalam, sebelum bertolak pulang dari IIUM Kuantan, aku menyaksikan banyak adegan2 drama air mata dikalangan teman2 T5..tapi..ntah kenapa perasaan aku langsung tak tersentuh..begitu juga ketika sahabat2 aku menyatakan yang mereka berasa sedih kerana kami akan terpisah..terus terang aku tak ada perasaan langsung...banyak kali juga Ain menyatakan yang aku ni manusia yang tak ada perasaan..hmm benarkah? Mungkin..

Aku tak tahu mungkin ini disebabkan oleh faktor ingin terus ke hadapan ataupun dalam bahasa Inggeris "move on"..terlalu lama masa yang dihabiskan dalam zon pelajar kini aku perlu menyiapkan diri untuk masuk didalam zon pekerja ataupun insyaAllah pemilik syarikat sendiri suatu hari nanti. Ye aku akui satu masa nanti aku akan merindui sahabat2 ku di IIUM dan zaman 'mudaku' tapi apa2 pun hidup perlu diteruskan. InsyaAllah kita semua akan bertemu lagi..paling dekat time clearance ataupun convocation nanti..insyaAllah..

Kepada sahabat2..pengalaman belajar bersama dan mengharungi kehidupan sebagai pelajar sememangnya amat berharga bagi diriku..sukar untuk aku mencari sahabat seperti kalian di dunia luar..kerana kita berkongsi visi dan misi yang sama..suasana Islamic di IIUM juga pasti sukar dicari di dunia luar tapi kita semua perlu pandai menyesuaikan diri dan semoga kalian tidak terpengaruh dengan budaya2 kurang baik tak kira di tempat kerja ataupun diluar..kekalkan image Islamic yang diterapkan sepanjang pembelajaran kita di IIUM tak kira dimana jua kita berada.

Akhir sekali, semoga kita semua berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak..insyaALLAH

No comments:

There was an error in this gadget