Saturday, July 28, 2012

Happy birthday la aliciaq!


Semalam birthday adik aku yang paling bongsu sekali, Nor Alisa Natasha..ikutkan nak makan luar tapi aku bantah sebab bagi aku susah bila berbuka diluar nak2 lagi time nak g solat sebab restaurant yang die nak pergi tu pun tempat solatnya kecil sangat maka aku memang xmau..kalau pergi restaurant lain pun lebih kurang juga scenario nya..maka kami berbuka je kat rumah huhu~


Sorry la aliciaq~ nanti bila aku dapat gaji aku beli present ye? (^-^) Janganlah marah kite~

Oh semoga dapat keputusan yang baik untuk peperiksaan UPSR yang bakal tiba (^-^)

"Semat" Phone

Smart phone..hmm okay aku xde..skang ni kalau orang pakai handphone (hp) macam aku, mesti orang pandang sinis je..apasal ha? hmm biarlah janji aku syok dengan hp aku sudah~

Teknologi makin hari makin canggih..okay bermula dengan zaman hp Nokia 3310..fuh kalau dulu ade tu hp pun orang dah cukup bangga..terus terang aku xde feeling pun..ayah aku time aku darjah 5 ke 6 dah bagi aku hp yela untuk emergency..tapi aku tinggal je hp tu kat rumah sebab bagi aku, aku x pakai sangat pun..hmmm kengkawan mana ada hp time tu..pastu kuar plak hp yang ada skrin berwarna..still aku xde feeling..time form 3 aku pakai Nokia 2100..okay hp aku tu kegunaan die just untuk jadi alarm aku bangun pergi sekolah je dan time tu kalau sms pun rm0.30 tau? hmm x kisah sebab aku x obses pun dengan benda2 macam ni..ringtone plak dari monophonic ke polyphonic..lagi la aku x kisah janji ade bunyi dan kekadang kalau ade lagu aku suka je aku buat ringtone..eleh tu pun selalu amik free je code kat majalah.


Lama kelamaan dah ade true tone la, 3G la camera la apa2 la..skang ni kalau pakai Iphone 4 pun orang dah kata outdated..err penting sangat ke nak kena up to date? X cukup dengan tu ramai yang dok obses dengan smart phone sendiri sampai dah jadi lebih kurang zombie..hmm mesti kata alah ko dengki la tu..hmm x pun sebab bagi aku hp aku janji boleh call & sms dah cukup baik..


Skang aku masih pakai SE K530i pemberian ayah aku time aku first year lagi (tahun 2008)...jodoh aku dengan hp aku ni memang kuat..macam2 rintangan kami lalui bersama (chewah!) jatuh longkang la, tertinggal berkali-kali la (okay aku memang pelupa) dan lain2~fufufu skang ni kalau jatuh pun aku dah x kisah sebab aku tau hp aku memang terer~bananana~

Kakak dan adik2 aku selalu dok ketawakan hp buruk aku..hmm ada aku kisah? yelah hp dorang boleh Whatapps la surf internet la instagram la..serious aku x jealous pun sebab aku tau skali masuk longkang gerenti out hp2 mereka itu muahahahaha~ (jahat x?)

Maka aku memang dah berazam dah selagi hp aku boleh dipakai, aku xkan tukar hp aku sebab buat apa aku nak mengikut trend? bagi aku hp aku dah cukup "semat" dah lantaklah ape orang nak fikir ke kutuk aku ke janji aku hargai hp pemberian ayah aku ni sudah..

hp aku yang belah kanan~
Bagi sesiapa sajalah diluar sana yang terlalu obses dengan smart phone ke android..err aku rasa x lama lagi kuar lagi gadget baru so apa yang korang ada skang ni akan jadi outdated gak huhu..


Thursday, July 26, 2012

Habit baru (^-^) + update


Skang aku dah ada habit baru huhu..iaitu memerhati orang haha~okay ni semua sebab aku jenis yang cepat boring kalau tak buat apa2 dalam train + aku dah nak muak tengok Tom and Jerry dalam komuter yang dok ulang berkali2 huhu~


Nak baca buku, mana boleh sebab aku pening bila membaca dalam kenderaan yang bergerak..nak berborak..err mana ada kawan nak borak? selalunya orang yang dok sebelah mesti tido xpun baca buku huhu~men sms? hahaha pening juga + aku nk sms sape? huhu paling2 pun sms adik suh die amik kat stesen komuter time balik & sms mama pagi2 bila dah sampai tempat keja~


Maka aku pun start buat habit baru aku tu, dok perhati orang dalam train..tapi xde la sampai orang tu perasan hehe..mula2 aku tengok sekali imbas..after that, appearance analysis, behavior analysis & emotional analysis~huhu pastu aku reka sendiri cerita untuk orang tu dalam kepala otak aku untuk menghabiskan masa..hmm dalam sehari tu boleh la dapat 2-3 cerita sebab dok lama2 ni buat aku mengantuk huhuhu~senang cerita aku tertido da...

Hari ni aku balik macam biasa..tapi train komuter bantai lambat plak...boleh plak train ke Klang & Pelabuhan Klang dan lalu berkali-kali tapi yang ke Rawang x sampai2 lagi..apa lagi berapi gak la..tiba2 sampai plak train yg g sampai Sg Buloh je..argh malas aku naik sebab kang kena tunggu gak train lain untuk ke Rawang..mak tunggula aku sampai train sampai..naik2 je penuh..yela dalam masa sejam 2 train je yang g Rawang mana x penuh?!


Tengah aku berdiri dengan muka bengang & letih, seorang perempuan berbangsa cina pandang aku & tawarkan tempat duduk dia kat aku, aku ingat dia dah nak turun sebab train tu dah nak sampai stesen Bank Negara tapi rupa2nya dia kesian tengok aku berdiri..woah terharunya aku huhu wa pun cakap tq lo~ Kalau nak tau, perempuan tu turun kat stesen Kepong Sentral..haih kiranya lama juga la dia berdiri sebab bagi aku duduk..terhutang budi la juga..

Kerja? Buat masa skang ni okla..semalam belajar pasal bank secrecy & anti-money laundering act in Malaysia, hari ni pula untuk Singapore huhu penat juga otak ni nak menghafal law bagai sebab setiap topik ni ade quiz..kira macam e-learning course la..pastu quiz die ade had markah untuk lulus huhu tapi takpe seronok sebab ade kengkawan..ngee~oh hari ni dah dapat access card huhu! maka x payah la aku tunggu orang tolong bukakan pintu untuk aku tiap kali aku nak keluar g tandas ke mana2~hehee~


Okayla rasanya cukup la sampai sini~nanti aku update lagi ye? (^-^)

Wednesday, July 25, 2012

Saya seorang pekerja~


Yeah skang ni rutin harian (ceit baru dua hari da..) dah mula berubah huhu..penat juga walaupun bukan aku yang bawak komuter dan LRT hehee~

Dari Rawang ke Menara TM..mau gak makan masa kira2 1jam 20 minit..maka aku yang jenis x suka lewat akan keluar rumah sebelum pukul 7 tapi last2 komuter naik dekat 7.20am baru muncul..haduih..yang paling xleh blah speed komuter yang ikut suka hati je nak kejap laju kejap perlahan..gua stress! rasa macam nak hijack je komuter tu tapi..hehe bukan aku reti control pun benda alah tu buat abis masa je lawan2 dengan pakcik komuter hehehehe~

Sampai KL Sentral apa lagi, berbekalkan pengalaman marathon kat IIUM Kuantan dulu, maka speed up kejar LRT plak.tapi ini no stress punya, setiap 2 minit ada dan kelajuannya memang best (^-^)..apasal la komuter tu x macam LRT? haiyo~sampai stesen Kerinchi, marathon lagi g Menara TM huhu..oh lif dia plak memang kasi aku pening..huhu pening giler aku nak cari lif yang betol2 berhenti kat level aku keja..keja pebenda baru training hehe..yelah training dulu before on the floor dengan customer..nak2 lagi aku ni yang langsung xde pengalaman deal dengan customer sangat..huhu dulu takat call and jumpa supplier ada la skit~

Yang bestnya balik awal huhu..disebabkan Ramadhan, balik awal 1 jam dari biasa hahaha 4.45pm gua dah balik keja weh! Apa2 pun solat dulu sebelum balik sebab takut tak sempat huhu..oh hari Jumaat lagi best sebab kitorang balik pukul 3.45pm! 2 jam lagi awal dari biasa muahahaha~~hehe mesti korang pk apa da budak ni balik je die ingat hehehee~yela xnak aku tido kat Menara TM tu huhu walaupun agak cantik dan sejuk~

Okayla aku rasa ni jela kot yang aku boleh update buat masa skang..oh aku bakal deal dengan pelangan paling fussy didunia~cubalah teka~dapat teka aku belanja aiskrim paddlepop*~
*terms and conditions apply hahaha (^-^)

Oh lupa plak SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN! Semoga kita sentiasa diberkatiNYA dan dapat menjayakan ibadah puasa dengan sempurna..insyaAllah (^-^)

Wednesday, July 18, 2012

Interviews~

Okay dari lepas grad hari tu aku dah g 6 interview dan daripada interviews tersebut, macam2 aku dapat pengalaman..
 

Ada yang relevant ada yang x relevant..oh maksud aku syarikat yang aku g interview tu..sebagai fresh graduate, mesti la aku semangat gila nak cari kerja yang berpadanan dengan kelayakan aku xpun kalau low skit pun aku x kisah janji munasabah la kan..

Maka aku memulakan sesi pencarian kerja aku pada 4 July yang lepas..okay mula2 aku g company yang dok reserve aku dari sebelum aku abis belajo lagi..bincang punya bincang..dah okay aku rasa tetibe plak muncul hal paling taboo..iaitu expected salary..saje je aku letak tinggi sebab nak tengok reaction dan macam mana dia nak haggle (yaka?)..bukan la, negotiate la! hehehe terkejut juga la reaksi dia pastu dia try negotiate dengan aku..aku pun cakap aku x kisah sangat asalkan reasonable dengan kelayakan aku..lagipun aku pernah kerja dengan diorang sebelum ni dan sepatutnya diorang dah tau cara kerja aku..okay dia pun offer salary yang rendah skit dari apa aku harapkan..maka aku cakap bagi aku masa nak berfikir la ye..huhu xpe lagi maka aku fikir xpe aku g jobhunt len dulu~
 
Okay company kedua yang aku g..yang ni pun boleh kata dekat la juga..dalam area Rawang ni juga la..g pun ayah aku hantar..yaloh aku ni mana ade licence plus tempat tu agak ke dalam skit..maka sesi interview pun bermula~seperti biase diorang macam agak pelik kenapa aku minta jawatan yang lain daripada bidang yang aku belajar..well aku beritahu la aku nak cari pengalaman dan aku nak lari sekejap dari bidang sains..dan the taboo matter strike again..bila tengok expected salary terus dia cakap memang dia bagi lower dari apa yang aku mintak dan sememangnya sangat x berpatutan la salary yang dia nak bagi..maka seperti biasa aku retreat dengan jawapan yang sama "biar saya fikir dulu"...
Interview yang ketiga..kali ni company ni memang company yang besar kat KL dan kena pakai sangat formal..eleh abis2 aku pakai baju kurung juga~sampai2 je aku yang memang agak sengal dengan jalan kat KL maka aku pun apa lagi tanya la orang sekeliling dan berjaya gak la sampai ke tempat interview tu..hehehe paling xleh blah aku boleh salah naik lif..macam ni company ni kat level 4 kat satu menara kat KL ni..aku bantai naik lif yang skip terus g tingkat 18 mana x sesat hehe..maka dengan muka tebalnya aku turun balik hingga ke basement untuk tukar lif hehehe~~sampai je tempat interview, dia suh aku buat test arithmetic dengan writing..aku yang agak blur sebab mana la aku bawak calculator ke ape maka aku buat jela sesuka hati aku..tapi lepas gak..sebab menurut orang tu kalau aku xleh jawab maka dia akan suh aku balik je tanpa masuk interview..hohoho xpe akak memang relax pun..aku buat jela takat mana yang aku mampu..alhamdulillah la lepas, sampai turn, aku pun ditemuduga (oh baru kuar ayat temuduga)..terus terang cakap aku sangat relax macam takde perasaan dan jawab pun ikut suka aku..oranng yang interview aku pun macam takde hati je nak amik aku..hahaha..maka selesai interview aku pun pulang seperti biase~
 
Interview keempat..syarikat penghantaran..hoho..yang ni agak pelik dan lawak giler2 aku rasa..macam ni,disebabkan mama aku kena dengan delivery boy syarikat ni, orang tu beritahu la yang company dia nak pakai orang plus aku ni xde keje maka x kisahla kalau nak mencuba pun kan? So aku pun g la syarikat tu..agak xleh blah sebab mereka semua macam blur2 bila aku cakap aku nak datang interview..pastu dorang suh la aku isi borang..sementara tu aku minta ayah aku g print gambar aku jap..hehe..okay benda lawak ketika interview..macam ni aku buat la 2006-2008 matriculation, 2008-2012 IIUM Kuantan..yang xleh blah dorang tanya aku "2007-2009 awak buat apa?" ternganga juga la aku ketika itu..mau taknya..adakah mereka ni saje buat sengal ataupun mereka ini sengal?..aku jawab la "kan dah tulis kat situ saya study time tu"..dorang tengok sekejap pastu still tanya lagi hoho..pastu die suh aku tulis kat previous employment tu 2007-2009 aku g mana..dan ketika itu aku memang rasa xleh blah la..
 

Interview kelima..syarikat electric dan mechanical..ni memang ridiculous..hari yang sama aku g dengan interview keempat itu~macam biasa dengan menghimpunkan semangat2 positif, aku g masuk dan interview..maka dah bincang pasal aku dan segala benda..benda taboo keluar semula "kat sini kami hanya bayar RM900 sahaja untuk permulaan. semua pun start begitu. lagipun awak tiada pengalaman bekerja"..apakah dia x dengar aku beritahu yang aku pernah kerja dulu? siap cakap aku boleh start immediately lagi..aiyoyo macha!!! maka aku cakap la biar aku fikir dulu....
 

Interview keenam..yang ni semalam. Saje2 je aku jalan2 dengan lifelong friend aku, Zaidatul Nadia aka Jeddah kat kawasan2 kedai area Tesco..maka kitorang nampak ade iklan jawatan kosong depan kedai kain maka kitorang masuk la.."oh you mau cari kerja aa? you mau jadi apa? salesgirl ka cashier?" ..aku dok nganga lagi "kitorang tak kisah" "ok kalau you orang mau kerja, sini gaji RM650 + elaun attendance rm100 + 1% commission potong kain, esok you boleh datang kerja pakai seluar hitam+ baju putih + tudung warna putih atau krim" jawab aunty itu~maka aku bagi jawapan sama "tak apalah kitorang fikir dulu"..kuar je jauh skit dari kedai tu, kitorang start gelak hahahaha..tetibe Jed cakap "rasa macam x guna je CGPA aku ni" sambil gelak2 tension..huhu
 

Kitorang masuk Tesco lepas tu..cari la dalam Tesco..aku yang stress terus call mama aku cakap aku terima jela kerja yang mula2 aku interview ari tu..sambil2 tu aku temankanlah Jed mencari kerja...balik rumah layan stress sambil borak2 dengan Jed..petang tu aku dapat panggilan dari Jobstreet beritahu yang aku dapat kerja yang aku dok interview kat KL ari tu..agak ternganga gak la..huhu sekali Allah nak bagi la kan..maka aku call balik mama aku beritahu aku cancel amik job yang tadi dan aku accept keja yang kat KL tu sebab better offer than the other one..insyaAllah aku akan g amik offer letter dari company tu esok dan start kerja hari Isnin minggu depan..
 

Tujuan aku menulis post ni pun bukan sebab nak malukan orang ke apa..aku cuma nak kongsi pengalaman aku semasa jobhunt dan aku tahu ramai diantara kita ni pernah atau sedang melaluinya. Bagi aku, kepada pencari2 kerja, kita hendaklah bijak memilih supaya x rasa menyesal dan banyak bersabar serta tawakal. Kepada majikan sekalian..kalau nak cari pekerja yang berkualiti, sedikit investment perlu dilakukan dan percayalah, dengan investment ni, syarikat akan lebih maju sebab ikut theory "happy employees generate successful company"..maka silalah bertindak dengan lebih bijak.

Sunday, July 15, 2012

Balik Rumah Wan~

Hari Jumaat yang lepas, aku, Nadirah, Wani, Izzati and Aqlan balik rumah wan aku aka Koh Saerah. Mesti pelik kan kenapa Izzati dengan anak aku Aqlan ikut hehe~ ala xde ape pun..budak2 2 saje je nak ikut~

Dari kiri: Izzati, Wani, Nadirah and Aqlan

Sampai je rumah wan aku dalam pukul 10pm, wan aku yang dok pelik apsal ade extra guess..tapi dia x kisah sangat pun sebab lagi ramai lagi la wan aku suka huhu~ disebabkan rumah wan aku ni ade buaian besar, maka budak Aqlan tu xde la meragam sangat~hehe..syok je budak tu main2 kat buaian tu~

Aqlan sebelum tido~
Hehe comel kan? Disebabkan aku ni jenis x selalu balik rumah time study dulu, Aqlan ni kurang rapat dengan aku berbanding abang2 dia...tapi time kat rumah wan aku ni la aku dah rapat balik dengan die hehehe perasan sekejap~siap mandikan budak tu lagi..okay terus terang aku ni adik beradik semua perempuan maka agak janggal jugak la nak mandikan si Aqlan ni..die ni nakal sungguh siap simbah air kat mommy die ni tapi yang xleh blah lepas die simbah air terus die terjatuh huhu tapi die still boleh gelak2 lagi..haih suke btol tengok aku yang dah kuyup kena simbah kot~aih nakal la!

Aqlan si budak nakal

Wan dengan Achik aku alhamdulillah sihat..aku harap diorang sihat sentiasa..hmm esok insyaAllah aku g interview lagi..hmm kalau xde progress, aku nak berhenti jap jobhunt & rehatkan dulu otak aku dengan balik semula ke rumah wan aku..yelah Achik aku tu bukan selalu kat rumah..so aku ingat nak rest dan temankan die..hmm aku pun pernah janji dengan die nak dok rumah die sekejap lepas grad..ni skang dah abis belajar maka aku harus tunaikan janji..yeah insyaAllah nanti aku g balik sana lagi..ala bukan jauh pun..

Okaylah nanti ada ape2 lagi aku update lagi okay?

nah layan lagu ni (^-^)

Wednesday, July 11, 2012

Hanazakarino Kimitachi e


 

Sebenarnya aku tau kewujudan hanazakarino kimitachi e ni pun dari drama Taiwan (biasala apa2 pun Taiwan yang suka start wat drama based on manga kecuali "it's started with a kiss" Jepun start dulu huhu kalau salah sorry~).

Jalan cerita drama ni agak menarik tapi kalau dok banding versi Taiwan dengan Jepun terus terang cakap, aku lagi suka versi Jepun huhu walaupun aku minat gilerz kat Jiro Wang hehehe~ yang versi Jepun walaupun Sano x hensem tapi ade Horikita Maki (Ashiya Mizuki) ,Ikuta Toma (Nakatsu) & Shirota Yuu (Kagurazaka) memang yang nama last tu wa manyak suka oo..plus jalan cerita Jepun lebih menarik & kelakar xleh blah punya hehehe yang ni kawan lelaki aku pun acknowledge kekelakaran drama ni hehehe~

 

so yang kali ni versi Korea hehehe walaupun x tengok lagi tapi aku rasa okay kot dari segi pelakon..hehee asal ade Choi Minho Shinee terus aku ok ye? hehehe biase la kalau dah suke~ 

Aku rasa yang ikut blog ni dari awal mesti tahu yang aku ni memang suka Minho ni sampai buat entry Minho Maniac..bukan apa, aku suka tengok lelaki yang sangat komited bila die nakkan sesuatu dan sifat tersebut ada pada Minho. Dia sangat komited dan sangat kompetitif sampai cipta rekod untuk lompat tinggi lagi huhu~walaupun 3 tahun lagi muda dari aku tapi ade aku kisah? hehehehe sama umur dengan adik aku, Nadirah..aiyoo~~
Choi Minho
Pelakon perempuan yang jadi Ashiya Mizuki plak Choi Sulli dari kumpulan F(x)..oklah..tapi ape2 pun mana boleh lawan Horikita Maki? hehehe Maki fans!!!!

Choi Sulli
Horikita Maki
Yang best aku dengar Kim Myungsoo aka L dari kumpulan Infinite juga ada berlakon hoho walaupun dalam Infinite aku suke Kim Sunggyu tapi sebagai Inspirit sejati, aku tetap sokong!! woohooo dan ketahuilah L itu hensem + cute hehehe~sapa mau lawan?

L
 Okaylah tapi dari segi pemilihan pelakon, aku dapat tengok ianya didominasi dari artis naungan SM Entertainment..hmm biase la..oh ZE:A : Kwanghee pun ade berlakon juga~ 
Untuk watak Nakatsu dilakonkan oleh Lee Hyunwoo, pelakon drama "God of Study"..agak sesuai juga la huhu

 
 Okayla apa2 pun jom kita sama2 nantikan kemunculan drama ini..adakah ia akan menjadi seterer versi Jepun? Or pelik tapi cute versi Taiwan? huhuhu~~

p/s: L x jadi berlakon sebab nak tumpukan perhatian kepada aktiviti Infinite (^-^) xpela janji dia bahagia~

Tuesday, July 10, 2012

Baik


Sementara nak menunggu Maghrib ni meh aku update skit blog ni~

Dari tajuk mesti korang blur2 gak apa benda la aku nak cerita pasal baik ni kan? Okay aku sebenarnya nak cerita pasal orang yang nampak baik dan hampir sempurna diluar tapi....faham2 sendiri la yang dalamannya 2 macam mana...

Mama dengan ayah aku selalu monitor dengan siapa aku berkawan walaupun cara diorang 2 x berapa nampak sangat..ala2 ninja gitu huhu..xpe aku lagi suka~aku plak kalau nak berkawan memang aku akan cari orang yang baik..yelah bak kata Koh Saerah aku "Pilih kawan yang elok2"..ye alhamdulillah kawan rapat aku semua elok2 belaka..


Baik..susah sangat ke nak jadi baik ni? Ntah aku pun xtau nak kategorikan diri aku ni baik ke jahat sebab baik ke jahat 2 biar orang yang kenal dengan aku je yang menilai tapi dari hari ke hari, aku berusaha untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. InsyaAllah..


Ada la manusia yang aku kenal, pada luarannya dia nampak sangat baik. Ye aku pernah terfikir bagusnya dia, bertuahlah siapa yang memiliki dia. Tapi lama-kelamaan, topeng "baik" yang dipakai mula terbuka sedikit demi sedikit lalu menayangkan rupa sebenar manusia tersebut. Ye atas dunia ni ko nak tipu siapa? Allah itu Maha Agung! Bila ditanya dan disuruh bertanggungjawab diatas perbuatan jahat beliau, manusia tersebut berang, cuba melarikan diri dan menyalahkan orang lain. Mangsa kepada perbuatan manusia ni cukup tertekan..ya Allah sungguh aku kasihan dengan keadaan beliau..bila diajak berunding secara aman, manusia ini cuba mengelak. Setelah didesak, manusia ni kononnya memberi peluang kepada mangsa namun dalam diam dia cuba mencari jalan untuk melepaskan diri. Arghh! KEJAM sungguh manusia ini! Tahniah kepada manusia ini kerana melahirkan bintik hitam kebencian didalam hati aku untuk dia.


Tapi aku berhenti sejenak berfikir, kenapa aku nak tambah dosa aku dengan membenci? Walaupun dia kejam sebegitu, seeloknya aku doakan dia diberikan petunjuk dan hidayah daripada aku dok hamun x tentu pasal. Ini juga nasihat dari seorang sahabat yang berjaya membuatkan aku terfikir tentang buruknya perbuatan aku..terima kasih kerana sedarkan aku. Maka kini aku doakan manusia yang berkenaan supaya diberikan petunjuk dan semoga dia bertaubat diatas perbuatannya. Ingatlah hidup didunia ini hanya sementara, jika kita berbuat salah pada Allah, asalkan kita bertaubat, insyaAllah diampunkan olehNYA tapi kalau kita buat jahat dengan manusia, selagi kita x minta ampun dan maaf dan selagi dia x memaafkan, dosa itu tetap ada.....wallahua'lam.

Monday, July 9, 2012

Di rumah


Huhu masih dirumah~

interview?? hoho sedang menunggu jawapan daripada bakal-bakal employer maka dok rumah jela~ sepanjang dok kat rumah, fuh selera makan x usah cerita..dok risau juga apsal tetiba je boleh meningkat sungguh selera..abis diet~jyaahahaha~~

 

Asal bosan je kacau adik2..huhu siap ajak dorang main lagi hehe ayat biasa "Jomla main dengan kite~" hehe bila dorang tak nak main, aku kacau dorang sampai puas muahahaha~hehe xpe bukan selalu pun~

Adik2 aku memang macam clown pun ade..ari2 ade je lawak sengal yang dorang dok cipta..ni semalam tengah tengok tv, tetibe kuar iklan "Ombak Rania"kat Astro..kononnya adaptasi dari cerita kartun "Little Mermaid"..adik aku yang rasa xleh blah dia kata "Apa ikan duyung? Kalau macam tu aku Snow White versi Malaysia, bukan kena racun dengan epal tapi durian hahaha"..haha gelak guling2 aku bila bayangkan Snow White yang terkangkang2 buka durian heheheh~oh imaginasiku~

http://thetvgeeks.com/wp-content/uploads/2012/06/Snow-White.gif
"hape? durian?!!!"

X lama lagi dah nak puasa kan? Huhu maka skang ni tengah panaskan engine untuk menghadapi bulan Ramadhan..buat apa? hehe malas nak cerita boleh? kekekekeke~xde apa la just rajinkan diri dengan puasa sunat je dan lain2~

Okaylah aku rasa ni je kot aku nak update buat masa skang..okay guys will update later (^-^)

Wednesday, July 4, 2012

Ayatan dalam kepalaku~


Kalau itu yang dia mahu, aku doakan dia bahagia dengan keputusan dia~

p/s: kinda annoyed but what can I do?

Tuesday, July 3, 2012

Late update

 
Last Friday I went back to my granny's at KKB..went there with my younger sister, Nadirah. Well when two of us were combined we always gave others headache..hehe~

I brought my bluecube but too lazy to online~hehe taking my own sweet time at granny's~we planned to go home on Saturday night..actually we already exited my granny's housing area but suddenly Nadirah changed her mind and we returned to granny's..hehehe funny fellow..the thing is, she said suddenly she felt sorry to granny that's why she changed her mind plus my elder sister allowed us to stay longer (we went there by her car anyway)..so we went back home on Sunday evening~during our stay at granny's we watched Down with Love starred by Ella S.H.E and Jerry Yan..it's funny Taiwan drama anyway

At home we continue watching Down with Love but still can't finish it..too many episodes ma~

Yesterday, I accompany Nadirah for her interview in Pavilion..she interviewed for Bonia boutique and now waiting for their call..we also went to Labor Office in Rawang Town..pfft funny things happened..at first my sis and I were kinda awkward when entered the office. My English totally betrayed me here because I can't even speak in correct sentence due to panic attack. Funny thing is, one of the worker is someone that we always ran into at our housing area (he lives two blocks away from my apartment block). Just because he looks like one of my childhood friends, I asked him " Are you Abu Zar?" because he really looks like him..actually he's not and he denied it with a smile..Nadirah silently laughed at me..when we were filling our forms, suddenly this guy singing in front of us, I can't lift my head because I was busy constraining my laughter while my sister already cracked..aih poor funny guy..I tried my best not to laugh at his attic and alhamdulillah I managed to do that till the end..but when we were inside our car...LOL~

At home, we watched that drama again..but only managed to watched one episode as Nadirah need to fetch my mom and elder sis..later at night, my youngest sister suddenly asked me to cook fried rice because she wanted to bring it to school on the next day. So this morning, I woke up earlier than usual and cooked for her..

Today I got my FYP result. Alhamdulillah it's quite okay even though it's not perfect (^-^). Well at least it's better than what I've predicted. Okay insyaAllah tomorrow I'll go for my job interview..wish me luck okay :)
There was an error in this gadget