Tuesday, July 10, 2012

Baik


Sementara nak menunggu Maghrib ni meh aku update skit blog ni~

Dari tajuk mesti korang blur2 gak apa benda la aku nak cerita pasal baik ni kan? Okay aku sebenarnya nak cerita pasal orang yang nampak baik dan hampir sempurna diluar tapi....faham2 sendiri la yang dalamannya 2 macam mana...

Mama dengan ayah aku selalu monitor dengan siapa aku berkawan walaupun cara diorang 2 x berapa nampak sangat..ala2 ninja gitu huhu..xpe aku lagi suka~aku plak kalau nak berkawan memang aku akan cari orang yang baik..yelah bak kata Koh Saerah aku "Pilih kawan yang elok2"..ye alhamdulillah kawan rapat aku semua elok2 belaka..


Baik..susah sangat ke nak jadi baik ni? Ntah aku pun xtau nak kategorikan diri aku ni baik ke jahat sebab baik ke jahat 2 biar orang yang kenal dengan aku je yang menilai tapi dari hari ke hari, aku berusaha untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. InsyaAllah..


Ada la manusia yang aku kenal, pada luarannya dia nampak sangat baik. Ye aku pernah terfikir bagusnya dia, bertuahlah siapa yang memiliki dia. Tapi lama-kelamaan, topeng "baik" yang dipakai mula terbuka sedikit demi sedikit lalu menayangkan rupa sebenar manusia tersebut. Ye atas dunia ni ko nak tipu siapa? Allah itu Maha Agung! Bila ditanya dan disuruh bertanggungjawab diatas perbuatan jahat beliau, manusia tersebut berang, cuba melarikan diri dan menyalahkan orang lain. Mangsa kepada perbuatan manusia ni cukup tertekan..ya Allah sungguh aku kasihan dengan keadaan beliau..bila diajak berunding secara aman, manusia ini cuba mengelak. Setelah didesak, manusia ni kononnya memberi peluang kepada mangsa namun dalam diam dia cuba mencari jalan untuk melepaskan diri. Arghh! KEJAM sungguh manusia ini! Tahniah kepada manusia ini kerana melahirkan bintik hitam kebencian didalam hati aku untuk dia.


Tapi aku berhenti sejenak berfikir, kenapa aku nak tambah dosa aku dengan membenci? Walaupun dia kejam sebegitu, seeloknya aku doakan dia diberikan petunjuk dan hidayah daripada aku dok hamun x tentu pasal. Ini juga nasihat dari seorang sahabat yang berjaya membuatkan aku terfikir tentang buruknya perbuatan aku..terima kasih kerana sedarkan aku. Maka kini aku doakan manusia yang berkenaan supaya diberikan petunjuk dan semoga dia bertaubat diatas perbuatannya. Ingatlah hidup didunia ini hanya sementara, jika kita berbuat salah pada Allah, asalkan kita bertaubat, insyaAllah diampunkan olehNYA tapi kalau kita buat jahat dengan manusia, selagi kita x minta ampun dan maaf dan selagi dia x memaafkan, dosa itu tetap ada.....wallahua'lam.

No comments:

There was an error in this gadget