Thursday, July 26, 2012

Habit baru (^-^) + update


Skang aku dah ada habit baru huhu..iaitu memerhati orang haha~okay ni semua sebab aku jenis yang cepat boring kalau tak buat apa2 dalam train + aku dah nak muak tengok Tom and Jerry dalam komuter yang dok ulang berkali2 huhu~


Nak baca buku, mana boleh sebab aku pening bila membaca dalam kenderaan yang bergerak..nak berborak..err mana ada kawan nak borak? selalunya orang yang dok sebelah mesti tido xpun baca buku huhu~men sms? hahaha pening juga + aku nk sms sape? huhu paling2 pun sms adik suh die amik kat stesen komuter time balik & sms mama pagi2 bila dah sampai tempat keja~


Maka aku pun start buat habit baru aku tu, dok perhati orang dalam train..tapi xde la sampai orang tu perasan hehe..mula2 aku tengok sekali imbas..after that, appearance analysis, behavior analysis & emotional analysis~huhu pastu aku reka sendiri cerita untuk orang tu dalam kepala otak aku untuk menghabiskan masa..hmm dalam sehari tu boleh la dapat 2-3 cerita sebab dok lama2 ni buat aku mengantuk huhuhu~senang cerita aku tertido da...

Hari ni aku balik macam biasa..tapi train komuter bantai lambat plak...boleh plak train ke Klang & Pelabuhan Klang dan lalu berkali-kali tapi yang ke Rawang x sampai2 lagi..apa lagi berapi gak la..tiba2 sampai plak train yg g sampai Sg Buloh je..argh malas aku naik sebab kang kena tunggu gak train lain untuk ke Rawang..mak tunggula aku sampai train sampai..naik2 je penuh..yela dalam masa sejam 2 train je yang g Rawang mana x penuh?!


Tengah aku berdiri dengan muka bengang & letih, seorang perempuan berbangsa cina pandang aku & tawarkan tempat duduk dia kat aku, aku ingat dia dah nak turun sebab train tu dah nak sampai stesen Bank Negara tapi rupa2nya dia kesian tengok aku berdiri..woah terharunya aku huhu wa pun cakap tq lo~ Kalau nak tau, perempuan tu turun kat stesen Kepong Sentral..haih kiranya lama juga la dia berdiri sebab bagi aku duduk..terhutang budi la juga..

Kerja? Buat masa skang ni okla..semalam belajar pasal bank secrecy & anti-money laundering act in Malaysia, hari ni pula untuk Singapore huhu penat juga otak ni nak menghafal law bagai sebab setiap topik ni ade quiz..kira macam e-learning course la..pastu quiz die ade had markah untuk lulus huhu tapi takpe seronok sebab ade kengkawan..ngee~oh hari ni dah dapat access card huhu! maka x payah la aku tunggu orang tolong bukakan pintu untuk aku tiap kali aku nak keluar g tandas ke mana2~hehee~


Okayla rasanya cukup la sampai sini~nanti aku update lagi ye? (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget