Wednesday, July 18, 2012

Interviews~

Okay dari lepas grad hari tu aku dah g 6 interview dan daripada interviews tersebut, macam2 aku dapat pengalaman..
 

Ada yang relevant ada yang x relevant..oh maksud aku syarikat yang aku g interview tu..sebagai fresh graduate, mesti la aku semangat gila nak cari kerja yang berpadanan dengan kelayakan aku xpun kalau low skit pun aku x kisah janji munasabah la kan..

Maka aku memulakan sesi pencarian kerja aku pada 4 July yang lepas..okay mula2 aku g company yang dok reserve aku dari sebelum aku abis belajo lagi..bincang punya bincang..dah okay aku rasa tetibe plak muncul hal paling taboo..iaitu expected salary..saje je aku letak tinggi sebab nak tengok reaction dan macam mana dia nak haggle (yaka?)..bukan la, negotiate la! hehehe terkejut juga la reaksi dia pastu dia try negotiate dengan aku..aku pun cakap aku x kisah sangat asalkan reasonable dengan kelayakan aku..lagipun aku pernah kerja dengan diorang sebelum ni dan sepatutnya diorang dah tau cara kerja aku..okay dia pun offer salary yang rendah skit dari apa aku harapkan..maka aku cakap bagi aku masa nak berfikir la ye..huhu xpe lagi maka aku fikir xpe aku g jobhunt len dulu~
 
Okay company kedua yang aku g..yang ni pun boleh kata dekat la juga..dalam area Rawang ni juga la..g pun ayah aku hantar..yaloh aku ni mana ade licence plus tempat tu agak ke dalam skit..maka sesi interview pun bermula~seperti biase diorang macam agak pelik kenapa aku minta jawatan yang lain daripada bidang yang aku belajar..well aku beritahu la aku nak cari pengalaman dan aku nak lari sekejap dari bidang sains..dan the taboo matter strike again..bila tengok expected salary terus dia cakap memang dia bagi lower dari apa yang aku mintak dan sememangnya sangat x berpatutan la salary yang dia nak bagi..maka seperti biasa aku retreat dengan jawapan yang sama "biar saya fikir dulu"...
Interview yang ketiga..kali ni company ni memang company yang besar kat KL dan kena pakai sangat formal..eleh abis2 aku pakai baju kurung juga~sampai2 je aku yang memang agak sengal dengan jalan kat KL maka aku pun apa lagi tanya la orang sekeliling dan berjaya gak la sampai ke tempat interview tu..hehehe paling xleh blah aku boleh salah naik lif..macam ni company ni kat level 4 kat satu menara kat KL ni..aku bantai naik lif yang skip terus g tingkat 18 mana x sesat hehe..maka dengan muka tebalnya aku turun balik hingga ke basement untuk tukar lif hehehe~~sampai je tempat interview, dia suh aku buat test arithmetic dengan writing..aku yang agak blur sebab mana la aku bawak calculator ke ape maka aku buat jela sesuka hati aku..tapi lepas gak..sebab menurut orang tu kalau aku xleh jawab maka dia akan suh aku balik je tanpa masuk interview..hohoho xpe akak memang relax pun..aku buat jela takat mana yang aku mampu..alhamdulillah la lepas, sampai turn, aku pun ditemuduga (oh baru kuar ayat temuduga)..terus terang cakap aku sangat relax macam takde perasaan dan jawab pun ikut suka aku..oranng yang interview aku pun macam takde hati je nak amik aku..hahaha..maka selesai interview aku pun pulang seperti biase~
 
Interview keempat..syarikat penghantaran..hoho..yang ni agak pelik dan lawak giler2 aku rasa..macam ni,disebabkan mama aku kena dengan delivery boy syarikat ni, orang tu beritahu la yang company dia nak pakai orang plus aku ni xde keje maka x kisahla kalau nak mencuba pun kan? So aku pun g la syarikat tu..agak xleh blah sebab mereka semua macam blur2 bila aku cakap aku nak datang interview..pastu dorang suh la aku isi borang..sementara tu aku minta ayah aku g print gambar aku jap..hehe..okay benda lawak ketika interview..macam ni aku buat la 2006-2008 matriculation, 2008-2012 IIUM Kuantan..yang xleh blah dorang tanya aku "2007-2009 awak buat apa?" ternganga juga la aku ketika itu..mau taknya..adakah mereka ni saje buat sengal ataupun mereka ini sengal?..aku jawab la "kan dah tulis kat situ saya study time tu"..dorang tengok sekejap pastu still tanya lagi hoho..pastu die suh aku tulis kat previous employment tu 2007-2009 aku g mana..dan ketika itu aku memang rasa xleh blah la..
 

Interview kelima..syarikat electric dan mechanical..ni memang ridiculous..hari yang sama aku g dengan interview keempat itu~macam biasa dengan menghimpunkan semangat2 positif, aku g masuk dan interview..maka dah bincang pasal aku dan segala benda..benda taboo keluar semula "kat sini kami hanya bayar RM900 sahaja untuk permulaan. semua pun start begitu. lagipun awak tiada pengalaman bekerja"..apakah dia x dengar aku beritahu yang aku pernah kerja dulu? siap cakap aku boleh start immediately lagi..aiyoyo macha!!! maka aku cakap la biar aku fikir dulu....
 

Interview keenam..yang ni semalam. Saje2 je aku jalan2 dengan lifelong friend aku, Zaidatul Nadia aka Jeddah kat kawasan2 kedai area Tesco..maka kitorang nampak ade iklan jawatan kosong depan kedai kain maka kitorang masuk la.."oh you mau cari kerja aa? you mau jadi apa? salesgirl ka cashier?" ..aku dok nganga lagi "kitorang tak kisah" "ok kalau you orang mau kerja, sini gaji RM650 + elaun attendance rm100 + 1% commission potong kain, esok you boleh datang kerja pakai seluar hitam+ baju putih + tudung warna putih atau krim" jawab aunty itu~maka aku bagi jawapan sama "tak apalah kitorang fikir dulu"..kuar je jauh skit dari kedai tu, kitorang start gelak hahahaha..tetibe Jed cakap "rasa macam x guna je CGPA aku ni" sambil gelak2 tension..huhu
 

Kitorang masuk Tesco lepas tu..cari la dalam Tesco..aku yang stress terus call mama aku cakap aku terima jela kerja yang mula2 aku interview ari tu..sambil2 tu aku temankanlah Jed mencari kerja...balik rumah layan stress sambil borak2 dengan Jed..petang tu aku dapat panggilan dari Jobstreet beritahu yang aku dapat kerja yang aku dok interview kat KL ari tu..agak ternganga gak la..huhu sekali Allah nak bagi la kan..maka aku call balik mama aku beritahu aku cancel amik job yang tadi dan aku accept keja yang kat KL tu sebab better offer than the other one..insyaAllah aku akan g amik offer letter dari company tu esok dan start kerja hari Isnin minggu depan..
 

Tujuan aku menulis post ni pun bukan sebab nak malukan orang ke apa..aku cuma nak kongsi pengalaman aku semasa jobhunt dan aku tahu ramai diantara kita ni pernah atau sedang melaluinya. Bagi aku, kepada pencari2 kerja, kita hendaklah bijak memilih supaya x rasa menyesal dan banyak bersabar serta tawakal. Kepada majikan sekalian..kalau nak cari pekerja yang berkualiti, sedikit investment perlu dilakukan dan percayalah, dengan investment ni, syarikat akan lebih maju sebab ikut theory "happy employees generate successful company"..maka silalah bertindak dengan lebih bijak.

3 comments:

perindu_خلافة said...

dah dapat kerja..
alhamduliLlah, rezeqi cepat tu ^_^

aimi said...

tahniah.. alhamdulillah.. kerja kat ne? meh nak apply gak.. ley keje sme2.. haha

Norlyana Nasrin said...

@perindu_?????
alhamdulillah..
huhu saje cari pengalaman dan cuba benda baru (^-^)

@aimi
thanks (^-^)
kte kerja kat ocbc bank dlm menara tm..meh la..email resume kat kte nanti kte boleh forwardkan kat hr dept..

There was an error in this gadget