Wednesday, August 29, 2012

Lagha


Kengkadang x perasan pun kita buat perkara yang masuk kategori lagha..hmm kalau boleh aku memang nak elakkan dari terlibat secara langsung atau x langsung dengan perkara2 yang melalaikan..

Lagha boleh dielakkan..dan selalunya ia berlaku apabila terlalu banyak masa terluang tanpa aktiviti yang berfaedah ataupun dah memang dah jadi hobi seseorang itu suka akan perkara lagha...hmm ntah pelik juga kalau orang tu dah memang suka perkara2 sebegitu..

Bosan juga antara penyebab perkara lagha berlaku..hmm susah juga..sebenarnya kalau bosan, cubalah cari sesuatu untuk dilakukan bagi mengelakkan bosan..

Maka insyaAllah, selepas ini aku akan bawa buku ke tempat kerja untuk mengelakkan perkara lagha berlaku..insyaAllah..

p/s: penulis berada didalam keadaan agak tertekan dengan perkara lagha yang berlaku ditempat kerja..

Monday, August 27, 2012

Hari yang Bersejarah~


Hari ini dalam sejarah..banyak benar yang aku dan kengkawan aku tempuhi pada hari ini..mari mula dengan kisah awal pagi tadi~

Pagi tadi aku bangun dengan panuh bersemangat sekali walaupun malam tadi kawasan perumahan aku xde eletrik selama beberapa puluh minit..bangun2 je macam biasa, g mandi dan solat dulu..lepas solat, mula la aku iron seluar dan tudung untuk dipakai hari ni..oh ya..hari ni aku dengan kengkawan aku g Kuantan untuk settlekan clearance..tepat pukul 7.10 am, aku kuar dari rumah..ayah aku hantar aku sampai depan Tesco..huhu tempat yang ditetapkan untuk menunggu Wani dari Bukit Beruntung..bersama aku, ada sang suria~hehe x lah aku tunggu sekali dengan Su & Jed..dalam pukul 7.50 am macam tu Wani pun sampai..huhu terlambat sampai tertinggal hp kat rumah..huhu kelam kabut kanak2 itu..

Kali ni, kitorang konvoi dengan Rubiah..huhu.Rubiah tunggu kat BHP lepas toll Gombak bersama-sama Nita & Danial..selepas membeli-belah dan menyetelkan ape yang patut, kami meneruskan perjalanan ke Kuantan..sepanjang perjalanan, kitorang dok bercerita benda yang kitorang buat sepanjang 2 bulan x jumpa ni..huhu aku bukak gak la cerita dari tempat kerja..hehe jangan risau, xde langgar BAFIA or ape2 la.

Sampai2 UIA Kuantan, kitorang g sekejap bangunan OSC..terjumpa la plak dengan Syirin, maka kami pun bertanya pasal proses clearance kat dia..lepas borak2 kitorang g settlekan mahallah dulu..abis kat mahallah, balik semula ke OSC untuk settlekan Finance..tempat terakhir yang harus kami tuju ialah Academic Affair tapi tutup plak tadi sebab dorang ade meeting ape ntah..maka kami g la makan kat McD baru area Indera Mahkota~oh lupa, kami ade terjumpa ramai geng Biomed yang lain sepanjang kami buat clearance ni..huhu

Kat Mcd macam biasa, geng kitorang jadi geng paling kecoh..nak2 lagi boleh plak terjumpa Madam Wawa, Dr Rosliza & geng2 Biomed lain..huhu nak buat macam mana, rasanya memang ramai yang buat clearance hari ni..lepas je makan, kitorang balik semula ke UIA untuk amik transcript kat Academic Affair..settle je urusan, kitorang g solat dulu kat Masjid UIA hehehe..sementara tu Danial g solat kat KOM sebab die nak beli envelope pos laju sebab transcript die ntah apsal ade prob n die nak mintak akak kat office tu pos je kat die nanti..

Selesai solat dan segala urusan, kami bertolak pulang semula ke KL..tengah2 jalan, time tengah isi minyak, Rubiah beritahu yang temperature kereta die naik..kitorang berhenti sekejap dan setelah diperiksa oleh Danial, maka kesimpulannya, kereta Rubiah hendaklah jalan terus tanpa berhenti sebab takut temperature naik lagi..settle masalah..kami teruskan perjalanan..

Dalam kereta, kali ni aku penat skit maka aku tertido jugak la..kengkawan lain teruskan usaha mengorek data2 hehehhee...tertiba aku terjaga sebab kereta Wani mengeluarkan bunyi2 pelik + bauan yang agak xleh blah..maka di Km 71.2, Wani memberhentikan kereta dan check..rupa2nya tayar belakang sebelah kanan kereta Wani pancit...time nak tukar tayar, ntah macam mana, seorang lelaki India datang dari arah bertentangan dan terus nak menukarkan tayar kereta Wani tanpa meminta sebarang persetujuan dari Wani sendiri..aku dengan Su dah mula syak yang bukan2 dah..yelah anda tahu tentang trick2 syarikat tow truck? ini adalah biasa..tengah2 die tukar tayar tu ade plak lagi seorang lelaki India datang tapi die x buat ape pun..bila dah settle, Wani tanya dengan baik2 perlu ke die bayar? Orang tu bantai marah2 dan cakap " Selalunya kalau ada orang datang tolong, you mesti kena bayar kan?" oh ho! Boleh plak lepas tu die mintak Wani bayar die rm30 padahal kalau g kedai tukar tayar just rm5 je..amboi 6x ganda die mintak! Jed yang x puas hati beritahu yang selalunya kalau tukar tayar rm5 je..boleh plak die tanya kedai mana yang Jed pergi..time die beritahu nak rm30 aku dah terjerit dah.."Apa rm30?!!!"..Datang x berjemput, tolong x disuruh tetibe plak sesuka hati nak minta duit kat orang! Memang terer la trick orang tu sebab nak rm30 kat orang..tayar pancit ni pun aku syak mesti ada kaitan dengan die sebab die macam tau2 je ade orang akan berhenti kat situ n tukar tayar..time nak negotiate tu boleh plak die mengamuk dan gertak kitorang..kurang ajar btol! Danial try gak nego nak bayar rm20 tapi die x peduli dan terus marah2...last2 kawan tu call polis..Danial tangkap gambar kereta orang India tu dan muka diorang....bila die tahu Danial call polis dan tangkap gambar, die bising2 lagi dan cakap kitorang x payah bayar dan nak blah pada mulanya..tetibe die patah balik dan amik gambar kereta Wani dengan no road tax die skali..pastu die terus g kat Wani konon2 nak slow talk.die cakap bayar la brape2 pun tapi lepas tu suh bayar rm20 plak..nak mengelakkan perkara x baik berlaku, Wani terus bayar je..lepas Wani bayar je, orang India tu terus beredar dengan agak tergesa-gesa..selepas beberapa ketika barulah polis sampai..setelah kitorang beritahu ape yang jadi tadi, polis tu suh buat report kat balai Bentong..so kitorang g la sana dengan diescort kereta polis huhu~

Sampai kat balai, Su dengan relax bagi salam dan cakap nak beraya..aih budak tu la..maka proses membuat report bermula dengan aku dengan Wani recall balik kejadian tadi..geram gak kena ulang sesetengah statement berulang kali...mungkin polis tu nak pastikan statement kitorang betul ke x kan..huhu..bila dah nak abis..boleh plak seorang polis India berpangkat Inspector datang dan tanya pasal report kitorang..sebelum ni ade gak pegawai atasan die yang lain datang tanya..huhu concern nye mereka..boleh plak polis India tu cakap die kenal orang yang tukar tayar kereta tu dan siap call tanya lagi..huhu aku dah pk lain tapi aku dok biar je dulu..settle semua kitorang bertolak balik ke KL..berhenti jap solat kat hentian Gombak..selesai solat,  kitorang bid farewell kat geng kereta Rubiah (Rubiah, Nita & Danial)..pastu teruskan perjalanan pulang ke Rawang~Wani hantar kitorang ke Tesco Rawang..hehe disitu kami bermula..disitu jua perjalanan berakhir hohoho..selepas beberapa ketika, adik aku pun datang membawa anakku, Aqlan hehehe~

Sampai2 rumah terus aku mandi dan makan malam..selesai je aku terus online hehe update status & blog..rasa macam hari ni merupakan hari yang menyeronokkan dan banyak benda berlaku..heheh bak kata Jed dah macam drama Melayu plak heheheh~~

Okay la..rasa macam panjang giler aku update huhu (^-^)

Friday, August 24, 2012

Clearance!!

xallthey.png

Yeah clearance~ insyaAllah minggu depan hari Isnin aku akan balik Kuantan sekejap untuk clearance mahallah dan finance. Ni pun dapat cuti lepas merayu kat trainer..senang settlekan cepat so x payah fikir apa2 dah (^-^)

Isnin ni insyaAllah aku tumpang Wani..Su dengan Jed pun ikut skali..huhu senang sebab semua pun geng2 Rawang..hehe Su je jauh skit...kitorang konvoi skali dengan Rubiah huhu~ aih lama x jumpa mereka2 (kecuali Jed sebab rumah kitorang dekat ma~)

Settle konvoi ni kiranya lepas tu tunggu masa nak convo la pula..nasib baiklah convo hari Ahad bolehlah kaum kerabatku datang muahahaha (yelah sangat)...

Ntah apasal..tiap kali nak update mesti hilang idea padahal dalam train ke apa banyak je idea nak update..xpela..nanti kalau ade benda nak update aku update lagi (^-^)

Wednesday, August 22, 2012

Raya at OCBC

gambar recycle~ hehe

Saje je tadi siang bawa nasi himpit + rendang g tempat kerja..macam biasa, sambutan terhadap rendang yang dimasak oleh mama aku memang hebat..tahniah la mama! hehe awal2 lagi aku cakap dengan dorang yang mama aku ni certified rendang chef hehehe~ gurau2 (^-^)

Dengan rasa bestnya,pagi ni aku suruh adik aku, Nadirah dengan Wani hantar aku g kerja sebab susah la kalau nak angkut nasi himpit dengan rendang naik train..tapi.....aih entah apasal kitorang boleh plak sesat kat dalam KL..err terus terang cakap kitorang ni x familiar sangat dengan jalan area KL ni huhhuhu..last2 budak 2 stop kat KLCC suh aku naik LRT je g Kerinchi..mau 8 stesen gak la nak sampai ke tempat kerja aku..hadui la..tapi alhamdulillah la kuah rendang x tumpah ke apa hehehe...

Sampai2 je terus aku masukkan rendang dengan nasi himpit tu dalam fridge yang sedia ada kat pantry tempat kerja aku..huhu kalau nak tahu tempat kerja aku ni siap ada fridge, microwave oven (halal & non-halal), water dispenser, mesin air free huhu untung2..sebagai pekerja gunakan jela segala kemudahan yang ada dengan jimat dan cermat~

Tiba je waktu rehat, maka kami pun makan ramai2~kebetulan Abang Syed (my colleague) ada bawa rendang tok & lemang..woah memang gempak la..hehe kurang x bawak kuih-muih je kalau x mesti dah kalah jamuan raya u know? Tapi syok makan ramai2 sebab dorang makan dengan penuh selera dan memang licin la lauk pauk heheehehe bagus2..senang basuh semua pingan, tupperware, sudu garfu~ memang best (^-^)

InsyaAllah kalau ada rezeki lain kali boleh gak buat makan2 macam ni lagi (^-^)

Biomedical - Banking


Ramai yang pelik bila aku cakap skang aku keja bank..ye jauh tersasar daripada bidang yang aku pelajari di universiti dahulu..malahan lain bebenor dari apa yang aku belajar time sekolah menengah lagi..

Okay dari sekolah menengah lagi aku dari kelas jurusan Sains. Memang xdela dalam otak aku yang aku akan bekerja dengan instituisi kewangan aka bank sebab agak2 la aku dok belajar Biology, Physics, Chemistry and Add Math yang sememangnya xde pakai sangat dalam pekerjaan aku skang..

Ada yang tanya. "Apasal x cari kerja yang bersesuaian dengan kelulusan" yelah paling kurang pun kerja kat klinik ke...hmm macam mana nak jawab ye? Pada mulanya aku jadi agak tertekan apabila asyik ditanya dengan soalan yang sama. Mereka seperti membayangkan sia2 je aku belajar lama2 tapi last2 kerja lain plak..perasaan kecewa dan tertekan mula dirasai tapi nasib baik aku dapat mengatasinya dengan memikirkan tanggungjawab aku dan kelebihan yang ada pada pekerjaan aku sekarang.

Pada hari raya pertama yang lepas, Pak Ngah aku datang berkunjung ke rumah wan aku..macam biasa aku layan dengan baik walaupun kesihatan aku kurang memberangsangkan..Pak Ngah aku mula bertanya tentang kehidupan aku sekarang..mula2 dia ingat aku x abis study lagi..hehe biasa la dia dah biasa sebelum ni tiap kali tanya aku dok jawab belum abis study~bila aku beritahu aku dah abis study dan dah bekerja skang..dia bertanya tentang bidang yang pelajari dahulu..aku beritahulah yang aku dulu study Biomedic tapi skang kerja bank memang lain la..tapi yang melegakan aku bila Pak Ngah aku mengatakan yang apa yang aku belajar dahulu jadikan sebagai ilmu pembekal dan sekarang buatlah kerja elok2..x semestinya kita akan bekerja dalam bidang yang kita pernah pelajari dulu..serta-merta aku terasa yang bebanan aku hilang dan aku sangat bersyukur, sekurang-kurangnya ada gak yang bagi semangat kat aku..huhu thanks Pak Ngah! (^-^)

Esok aku dah start kerja balik..ye aku x cuti panjang..memang dalam bidang ni xdenya cuti panjang kecuali ambil block leave..untuk block leave ni, pekerja dibenarkan bercuti 10 hari berturut2 dengan gaji tapi untuk apply perlulah 2 bulan lebih awal untuk memudahkan scheduler..tapi sebagai trainee, sememangnya aku belum layak lagi untuk dapat block leave ni huhu..tunggu la lepas kerja setahun kot baru dapat..tapi kalau nak tahu, tiap2 tahun pekerja akan disuruh untuk amik block leave ni..hehe ni mungkin salah satu cara untuk mengurangkan tekanan pekerja hehehe~

Okaylah sampai sini saja update untuk kali ni..insyaAllah kalau ada masa aku update lagi..woohoo~

Monday, August 20, 2012

Raya 2012



Selamat Hari Raya!

Okay tahun ni raya tetap sama seperti tahun-tahun yang sebelum ni cuma kini aku dah bergelar pekerja huuhu..secara rasminya menandakan aku dah x layak menerima duit raya~bananana~ Huhu kini giliran aku pula yang kena beri duit raya (^-^)

Tahun ni aku sakit lagi..ye kiranya sakit aku ni suka datang time raya..selsema + batuk + demam woah memang package! Maka melayan tetamu ala kadar lepas tu terus masuk dalam bilik..pening woo..dengan hingus dok meleleh maka untuk mengelakkan infection kepada tetamu, aku terus masuk dalam bilik lepas bersalaman...

Oh tahun ni ada budak comel datang beraya rumah wan aku huhu..rupanya yang comel secara automaticnya menaikkan takhta dia menjadi anak aku yang ke-4 huhu..budak ni baru nak masuk 2 tahun..namanya Adrian~

Adrian & Lisa
Okayla rasanya sampai sini jela update buat kali ni..insyaAllah aku akan update lagi (^-^)

Friday, August 17, 2012

Test and quizzes


Gone through 1 test and 2 quizzes. I'm proudly says that I just try my best and I hope the results will not disappointing me. Well, pray for me okay?

Today I break fast at Chili's, KLCC...honestly I think the food is just so-so and I only amazed with the chocolate sundae+ brownies. I shared it with Rakinah tho (^-^)

Tomorrow is my friend, Melody's birthday. At first, we planned to do a surprise party for her but somehow our plan didn't work huhu..never mind I'll buy something good for her then hehe..

Oh I got my first salary today! Alhamdulillah..maybe next month I'll go to Kuantan to do my clearance. Wanna join? hehehe

Okay that's all for today..will update whenever I got time..peace out (^-^)

p/s: Selamat Hari Raya Aidilfitri to all Muslims.


Saturday, August 11, 2012

Sombong (>o<)


Aku sebenarnya agak allergic dengan orang yang sombong. Macam susah je nak bergaul dengan orang yang perangai macam tu. Logic la kan kalau sombong sangat siapa nak dekat? Betul x?

Ramai yang cakap muka aku kalau x senyum memang nampak sombong dan macam penjenayah jepun (=.=)"..yang penjenayah jepun tu adik beradik aku la yang cakap macam tu..sabar jelah..tapi ikutkan siapa2 pun kalau x senyum nampak sombong kecuali kalau orang tu memang muka sweet like honey la kan? huhuhu

ketua ajaran sesat jepun, Shoko Asahara

Ade sorang kawan baru aku ni..mula2 jumpa dia memang aku cop dia sombong sebab nak senyum pun memang payah apatah lagi nak bertegur sapa..time mula2 jumpa dia time interview untuk kerja aku skang..fuh muka dia serius kaw kaw to dan time aku cakap dengan dia pun dia buat x layan..hoho memang aku terbako je time tu..oh skang dia dah jadi kawan sekerja aku huhu dan dia xlah sombong hoho..sesungguhnya aku terus terang beritahu aku x suka dia time mula2 jumpa hahaha terkejut budak tu bila dapat tau pandangan aku dan kawan yang lain pasal dia nampak sombong..hehe sebenarnya dia tu okay je..tulah orang cakap jangan menilai sesorang tu sebelum kenal (^-^)..oh nama budak tu Ahmad Muzammil hahaahaha sama dengan Bro Muzammil Lab Bioprocess hahahaha~~

Skang aku dah jadi macam biasa je kat tempat kerja..huhu yelah dah rasa selesa dengan orang sekeliling~oh semalam ada trainee yang baru datang dan tegur group kitorang huhu..sesungguhnya dia sangat la peramah..okay mula2 waktu pagi tu aku dok relax kat tempat duduk baru kat luar meeting room..tetiba je trainee ni lalu siap senyum dan cakap "hai" kat aku..ohoho terkejut akak..nama trainee ni John, budak lelaki berbangsa Cina yang comel~ bila aku beritahu Rakinah (huhu kawan baruku~) terus budak tu jealous..maka aku katakan " U x cukup diva untuk dia cakap "hai" " hehehe~ waktu rehat tengahari, John ni datang berborak kat tempat kitorang, seorang lagi kawan aku, Shanez buat perangai sengal dia yang konon2 fall in love dengan John ni...huhu nasib baik John ni jenis x amik hati dan layan je..huhu dia beritahu yang dia dah ada girlfriend..haha maka kecewalah kawanku itu~tapi memang aku suka la dengan perangai friendly John ni..sesuai la dengan kerja yang dia bakal buat nanti (^-^)

Macam lari je kan dari tajuk sekejap hehe..okay la nanti ada masa aku update lagi (^-^)

Wednesday, August 8, 2012

A little update..


Been busy..yeah quite busy..now I can say that I'm comfortable with my training. Everyday I keep repeating same routine but I do enjoy it.

Okay nak tukar BM huhu..lama gak x online sebenarnya. Tadi baru tengok graduation list. Woah rasa syok plak bila nampak nama sendiri (^-^)

Tengok flow nak buat clearance pun rasanya macam xde masalah tapi nak g clearance tu je yang xtau bila..huhu tengah training ma..susah skit nak mintak cuti tapi disebabkan aku pernah sebut hal ni kat trainer aku ari tu rasanya xde masalah kot. insyaAllah.

Skang ni kawan2 sekerja aku kira okay la..semua jenis sengal2 alam dan boleh dibawa bergurau..so aku kekadang jadi passive skit..hmm bukan apa kekadang aku x reti nak masuk macam mana dalam perbualan diorang..tapi overall aku suka berkawan dengan diorang.

InsyaAllah aku akan hit the floor on 1st October 2012..meaning that I'll interacting with customer from Singapore on that particular day..hopefully everything will be just fine..

Okay la aku rasa ni je kot yang aku boleh update buat masa skang..insyaAllah aku akan update lagi.
(^-^)
There was an error in this gadget