Wednesday, August 22, 2012

Biomedical - Banking


Ramai yang pelik bila aku cakap skang aku keja bank..ye jauh tersasar daripada bidang yang aku pelajari di universiti dahulu..malahan lain bebenor dari apa yang aku belajar time sekolah menengah lagi..

Okay dari sekolah menengah lagi aku dari kelas jurusan Sains. Memang xdela dalam otak aku yang aku akan bekerja dengan instituisi kewangan aka bank sebab agak2 la aku dok belajar Biology, Physics, Chemistry and Add Math yang sememangnya xde pakai sangat dalam pekerjaan aku skang..

Ada yang tanya. "Apasal x cari kerja yang bersesuaian dengan kelulusan" yelah paling kurang pun kerja kat klinik ke...hmm macam mana nak jawab ye? Pada mulanya aku jadi agak tertekan apabila asyik ditanya dengan soalan yang sama. Mereka seperti membayangkan sia2 je aku belajar lama2 tapi last2 kerja lain plak..perasaan kecewa dan tertekan mula dirasai tapi nasib baik aku dapat mengatasinya dengan memikirkan tanggungjawab aku dan kelebihan yang ada pada pekerjaan aku sekarang.

Pada hari raya pertama yang lepas, Pak Ngah aku datang berkunjung ke rumah wan aku..macam biasa aku layan dengan baik walaupun kesihatan aku kurang memberangsangkan..Pak Ngah aku mula bertanya tentang kehidupan aku sekarang..mula2 dia ingat aku x abis study lagi..hehe biasa la dia dah biasa sebelum ni tiap kali tanya aku dok jawab belum abis study~bila aku beritahu aku dah abis study dan dah bekerja skang..dia bertanya tentang bidang yang pelajari dahulu..aku beritahulah yang aku dulu study Biomedic tapi skang kerja bank memang lain la..tapi yang melegakan aku bila Pak Ngah aku mengatakan yang apa yang aku belajar dahulu jadikan sebagai ilmu pembekal dan sekarang buatlah kerja elok2..x semestinya kita akan bekerja dalam bidang yang kita pernah pelajari dulu..serta-merta aku terasa yang bebanan aku hilang dan aku sangat bersyukur, sekurang-kurangnya ada gak yang bagi semangat kat aku..huhu thanks Pak Ngah! (^-^)

Esok aku dah start kerja balik..ye aku x cuti panjang..memang dalam bidang ni xdenya cuti panjang kecuali ambil block leave..untuk block leave ni, pekerja dibenarkan bercuti 10 hari berturut2 dengan gaji tapi untuk apply perlulah 2 bulan lebih awal untuk memudahkan scheduler..tapi sebagai trainee, sememangnya aku belum layak lagi untuk dapat block leave ni huhu..tunggu la lepas kerja setahun kot baru dapat..tapi kalau nak tahu, tiap2 tahun pekerja akan disuruh untuk amik block leave ni..hehe ni mungkin salah satu cara untuk mengurangkan tekanan pekerja hehehe~

Okaylah sampai sini saja update untuk kali ni..insyaAllah kalau ada masa aku update lagi..woohoo~

2 comments:

perindu_خلافة said...

bagi menghadapi sesetengah orang yang skeptikal ni mudah je.. abaikan :)

buang yg keruh, ambil yg jernih; moga dipermudahkan urusan lyana~

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة
thanks rizqan (^-^)

Alhamdulillah skang ni kte memang dah xnak amik peduli pasal cakap2 orang..

dorang cakap lebih2 pun bukan dorang yang bagi duit ke kte..

There was an error in this gadget