Monday, August 27, 2012

Hari yang Bersejarah~


Hari ini dalam sejarah..banyak benar yang aku dan kengkawan aku tempuhi pada hari ini..mari mula dengan kisah awal pagi tadi~

Pagi tadi aku bangun dengan panuh bersemangat sekali walaupun malam tadi kawasan perumahan aku xde eletrik selama beberapa puluh minit..bangun2 je macam biasa, g mandi dan solat dulu..lepas solat, mula la aku iron seluar dan tudung untuk dipakai hari ni..oh ya..hari ni aku dengan kengkawan aku g Kuantan untuk settlekan clearance..tepat pukul 7.10 am, aku kuar dari rumah..ayah aku hantar aku sampai depan Tesco..huhu tempat yang ditetapkan untuk menunggu Wani dari Bukit Beruntung..bersama aku, ada sang suria~hehe x lah aku tunggu sekali dengan Su & Jed..dalam pukul 7.50 am macam tu Wani pun sampai..huhu terlambat sampai tertinggal hp kat rumah..huhu kelam kabut kanak2 itu..

Kali ni, kitorang konvoi dengan Rubiah..huhu.Rubiah tunggu kat BHP lepas toll Gombak bersama-sama Nita & Danial..selepas membeli-belah dan menyetelkan ape yang patut, kami meneruskan perjalanan ke Kuantan..sepanjang perjalanan, kitorang dok bercerita benda yang kitorang buat sepanjang 2 bulan x jumpa ni..huhu aku bukak gak la cerita dari tempat kerja..hehe jangan risau, xde langgar BAFIA or ape2 la.

Sampai2 UIA Kuantan, kitorang g sekejap bangunan OSC..terjumpa la plak dengan Syirin, maka kami pun bertanya pasal proses clearance kat dia..lepas borak2 kitorang g settlekan mahallah dulu..abis kat mahallah, balik semula ke OSC untuk settlekan Finance..tempat terakhir yang harus kami tuju ialah Academic Affair tapi tutup plak tadi sebab dorang ade meeting ape ntah..maka kami g la makan kat McD baru area Indera Mahkota~oh lupa, kami ade terjumpa ramai geng Biomed yang lain sepanjang kami buat clearance ni..huhu

Kat Mcd macam biasa, geng kitorang jadi geng paling kecoh..nak2 lagi boleh plak terjumpa Madam Wawa, Dr Rosliza & geng2 Biomed lain..huhu nak buat macam mana, rasanya memang ramai yang buat clearance hari ni..lepas je makan, kitorang balik semula ke UIA untuk amik transcript kat Academic Affair..settle je urusan, kitorang g solat dulu kat Masjid UIA hehehe..sementara tu Danial g solat kat KOM sebab die nak beli envelope pos laju sebab transcript die ntah apsal ade prob n die nak mintak akak kat office tu pos je kat die nanti..

Selesai solat dan segala urusan, kami bertolak pulang semula ke KL..tengah2 jalan, time tengah isi minyak, Rubiah beritahu yang temperature kereta die naik..kitorang berhenti sekejap dan setelah diperiksa oleh Danial, maka kesimpulannya, kereta Rubiah hendaklah jalan terus tanpa berhenti sebab takut temperature naik lagi..settle masalah..kami teruskan perjalanan..

Dalam kereta, kali ni aku penat skit maka aku tertido jugak la..kengkawan lain teruskan usaha mengorek data2 hehehhee...tertiba aku terjaga sebab kereta Wani mengeluarkan bunyi2 pelik + bauan yang agak xleh blah..maka di Km 71.2, Wani memberhentikan kereta dan check..rupa2nya tayar belakang sebelah kanan kereta Wani pancit...time nak tukar tayar, ntah macam mana, seorang lelaki India datang dari arah bertentangan dan terus nak menukarkan tayar kereta Wani tanpa meminta sebarang persetujuan dari Wani sendiri..aku dengan Su dah mula syak yang bukan2 dah..yelah anda tahu tentang trick2 syarikat tow truck? ini adalah biasa..tengah2 die tukar tayar tu ade plak lagi seorang lelaki India datang tapi die x buat ape pun..bila dah settle, Wani tanya dengan baik2 perlu ke die bayar? Orang tu bantai marah2 dan cakap " Selalunya kalau ada orang datang tolong, you mesti kena bayar kan?" oh ho! Boleh plak lepas tu die mintak Wani bayar die rm30 padahal kalau g kedai tukar tayar just rm5 je..amboi 6x ganda die mintak! Jed yang x puas hati beritahu yang selalunya kalau tukar tayar rm5 je..boleh plak die tanya kedai mana yang Jed pergi..time die beritahu nak rm30 aku dah terjerit dah.."Apa rm30?!!!"..Datang x berjemput, tolong x disuruh tetibe plak sesuka hati nak minta duit kat orang! Memang terer la trick orang tu sebab nak rm30 kat orang..tayar pancit ni pun aku syak mesti ada kaitan dengan die sebab die macam tau2 je ade orang akan berhenti kat situ n tukar tayar..time nak negotiate tu boleh plak die mengamuk dan gertak kitorang..kurang ajar btol! Danial try gak nego nak bayar rm20 tapi die x peduli dan terus marah2...last2 kawan tu call polis..Danial tangkap gambar kereta orang India tu dan muka diorang....bila die tahu Danial call polis dan tangkap gambar, die bising2 lagi dan cakap kitorang x payah bayar dan nak blah pada mulanya..tetibe die patah balik dan amik gambar kereta Wani dengan no road tax die skali..pastu die terus g kat Wani konon2 nak slow talk.die cakap bayar la brape2 pun tapi lepas tu suh bayar rm20 plak..nak mengelakkan perkara x baik berlaku, Wani terus bayar je..lepas Wani bayar je, orang India tu terus beredar dengan agak tergesa-gesa..selepas beberapa ketika barulah polis sampai..setelah kitorang beritahu ape yang jadi tadi, polis tu suh buat report kat balai Bentong..so kitorang g la sana dengan diescort kereta polis huhu~

Sampai kat balai, Su dengan relax bagi salam dan cakap nak beraya..aih budak tu la..maka proses membuat report bermula dengan aku dengan Wani recall balik kejadian tadi..geram gak kena ulang sesetengah statement berulang kali...mungkin polis tu nak pastikan statement kitorang betul ke x kan..huhu..bila dah nak abis..boleh plak seorang polis India berpangkat Inspector datang dan tanya pasal report kitorang..sebelum ni ade gak pegawai atasan die yang lain datang tanya..huhu concern nye mereka..boleh plak polis India tu cakap die kenal orang yang tukar tayar kereta tu dan siap call tanya lagi..huhu aku dah pk lain tapi aku dok biar je dulu..settle semua kitorang bertolak balik ke KL..berhenti jap solat kat hentian Gombak..selesai solat,  kitorang bid farewell kat geng kereta Rubiah (Rubiah, Nita & Danial)..pastu teruskan perjalanan pulang ke Rawang~Wani hantar kitorang ke Tesco Rawang..hehe disitu kami bermula..disitu jua perjalanan berakhir hohoho..selepas beberapa ketika, adik aku pun datang membawa anakku, Aqlan hehehe~

Sampai2 rumah terus aku mandi dan makan malam..selesai je aku terus online hehe update status & blog..rasa macam hari ni merupakan hari yang menyeronokkan dan banyak benda berlaku..heheh bak kata Jed dah macam drama Melayu plak heheheh~~

Okay la..rasa macam panjang giler aku update huhu (^-^)

4 comments:

perindu_خلافة said...

owh da selesai clearance.. alhamduliLlah, rizQan belum ke kuantan pun lagi~ huhu :)

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة Alhamdulillah..ni pun sebab tumpang wani..klu x ntah bila br dpt settle hehehe~

perindu_خلافة said...

dah selesai.. ternyata ia satu perjalanan yg sgt panjang, walaupun hanya utk urusan kurang dari setengah jam, huhuhu O.o

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة huhu dan mesti terbako bila dapat tau yang semua tu boleh dibereskan tanpa ke Kuantan kan? hehehe~

There was an error in this gadget