Saturday, August 11, 2012

Sombong (>o<)


Aku sebenarnya agak allergic dengan orang yang sombong. Macam susah je nak bergaul dengan orang yang perangai macam tu. Logic la kan kalau sombong sangat siapa nak dekat? Betul x?

Ramai yang cakap muka aku kalau x senyum memang nampak sombong dan macam penjenayah jepun (=.=)"..yang penjenayah jepun tu adik beradik aku la yang cakap macam tu..sabar jelah..tapi ikutkan siapa2 pun kalau x senyum nampak sombong kecuali kalau orang tu memang muka sweet like honey la kan? huhuhu

ketua ajaran sesat jepun, Shoko Asahara

Ade sorang kawan baru aku ni..mula2 jumpa dia memang aku cop dia sombong sebab nak senyum pun memang payah apatah lagi nak bertegur sapa..time mula2 jumpa dia time interview untuk kerja aku skang..fuh muka dia serius kaw kaw to dan time aku cakap dengan dia pun dia buat x layan..hoho memang aku terbako je time tu..oh skang dia dah jadi kawan sekerja aku huhu dan dia xlah sombong hoho..sesungguhnya aku terus terang beritahu aku x suka dia time mula2 jumpa hahaha terkejut budak tu bila dapat tau pandangan aku dan kawan yang lain pasal dia nampak sombong..hehe sebenarnya dia tu okay je..tulah orang cakap jangan menilai sesorang tu sebelum kenal (^-^)..oh nama budak tu Ahmad Muzammil hahaahaha sama dengan Bro Muzammil Lab Bioprocess hahahaha~~

Skang aku dah jadi macam biasa je kat tempat kerja..huhu yelah dah rasa selesa dengan orang sekeliling~oh semalam ada trainee yang baru datang dan tegur group kitorang huhu..sesungguhnya dia sangat la peramah..okay mula2 waktu pagi tu aku dok relax kat tempat duduk baru kat luar meeting room..tetiba je trainee ni lalu siap senyum dan cakap "hai" kat aku..ohoho terkejut akak..nama trainee ni John, budak lelaki berbangsa Cina yang comel~ bila aku beritahu Rakinah (huhu kawan baruku~) terus budak tu jealous..maka aku katakan " U x cukup diva untuk dia cakap "hai" " hehehe~ waktu rehat tengahari, John ni datang berborak kat tempat kitorang, seorang lagi kawan aku, Shanez buat perangai sengal dia yang konon2 fall in love dengan John ni...huhu nasib baik John ni jenis x amik hati dan layan je..huhu dia beritahu yang dia dah ada girlfriend..haha maka kecewalah kawanku itu~tapi memang aku suka la dengan perangai friendly John ni..sesuai la dengan kerja yang dia bakal buat nanti (^-^)

Macam lari je kan dari tajuk sekejap hehe..okay la nanti ada masa aku update lagi (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget