Sunday, September 23, 2012

Mooncake

Okay mooncake itu sedap~

Bersempenaan Mooncake Festival yang bakal berlangsung pada 30th September ini, aku dengan happynya telah membeli mooncakes untuk dimakan bersama family aku~ hohoooho

Mooncake ni ada sejarahnya tersendiri dan aku memang dari kecil lagi memang suka makan mooncake walaupun aku ni kurang suka makan kuih yang terlalu manis..maka caranya aku potong 12 mooncake tu huhu~ eat a small slice in one time~ okay Mooncake tahun ni~~

bekas yang cantik~kyahaha~



Yang ni plak untuk Popo aku~

cantik kan? (^-^)
hehe saje aku beli jenama Tai Thong ni sebab jenama ni halal..yang lain tu aku x sure sangat..tiap2 kali beli aku akan cari Tai Thong xpun Kam Lun Tai sebab dua jenama ni je yang boleh dipercayai~hoho~

Tahun ni pun mama dengan kakak aku ade beli jelly mooncake..okay sedap woo~ (asyik makan je..)


Oh selain mooncake, ari 2 aku ter'mengidam' nak makan durian..huhu dah la off season maka..aih mahal sungguh harganya..tapi kerana teringin sangat maka beli jela..


Yang bestnye..abis je solat Isyak, tengok ayah dah siap kawtimkan durian tu~ hehee xpayah nak lukakan tangan ~ kyahahhaa~

Career Fair


Hari Sabtu yang lepas aku g career fair lagi kat MidValley..hehe g dengan Wani, Su dan Rubiah yang sengal~ hahaha...

Mula2 pagi tu aku bangun awal dan bersiap sebab x sabar nak jumpa kengkawan hohoho~ niat dihati nak tumpang ayah yang kebetulan pagi tu g kerja pukul 8.30am..dah siap tu boleh plak aku on9 jap tapi x sempat update ape2 sebab sekejap ma~ sekali nampak ayah aku dah bersiap maka aku pun kemaslah laptop adik aku yang comel~ sekali tengok ayah aku amik helmet..terus aku bertanya, "Aikk! bukan naik keta ke?" "xla ayah nak naik motor je" balas ayahku selamba huhu..aih dah aku mula fikir mana la aku nak letak helmet aku tu kang..ade gak lebam kena hempuk dengan helmet aku secara x sengaja (ataupun mungkin sengaja) nanti..hehe aku kan x suka crowd~ sampai je kat stesen komuter, ayah aku terus amik balik helmet aku tu katanya dia nak balik rumah sekejap..nak tukar kereta kot..huhu ape2 la...ikutkan boleh je kalau aku nak tumpang helmet dalam keta wani~

Sampai je kat stesen komuter, aku dok relax tunggu Wani yang masih belum sampai~ jam pepagi~ maka aku g tolong belikan tiket kat dia memandangkan dia dah minta tolong..aku plak pakai sentuh dan pergi ma~ (Touch n Go) hehehe~ mau gak pukul 9.20am budak tu sampai..xpe aku faham jauh dan jam dari Bukit Beruntung ke Rawang itu agak serious di waktu pagi ya~ naik2 train je budak Wani ni dah macam ape ntah..heheh terkejut katanya sebab dah lama x naik komuter..yela komuter skang kan dah ada tv kecil yang dok tayang iklan dan cerita kartun tom n jerry berulang-ulang kali sampai aku pun dah hafal~sepanjang perjalanan tu banyak gak la benda yang kami borakkan hehe~

Su naik train yang sama dengan kami tapi dia duduk kat koc yang berlainan sebab dia naik pun kat stesen Sungai Buloh..tapi yang xleh blahnya sampai2 MidValley je terus jumpa dia kat depan pintu train hahahah~ oh yang paling best, Rubiah sampai lagi awal daripada kitorang hehehe~suh dia g jalan2 dulu dia xnak sebab dia xmo penat katanya~ kitorang pun g la dulu kat tempat career fair tu sebab aku dengan Wani x register lagi..huhu yang benarnya aku dah register tapi kakak aku boleh plak lupa printkan reg slip tu..ceit! Aku dengan Wani g register manakala Su tunggu Rubiah di depan entrance huhu~ abis register, kitorang berkumpul dan memulakan sesi jelajah pada kali ini~muahahaha~

Daripada pemerhatian aku, x banyak company yang berkaitan dengan bidang yang aku ambil sertai Career Fair pada kali ini..hmm kecewa la gak..maka kami cuba nasib kat Top Glove dan Hartalega...IWK macam susah je nak masuk sebab nak orang yang dah ada pengalaman..sementara jalan2 tu kami dok mengumpul goodies bags~hahaha paling best kitorang buat Crossword yang dianjurkan oleh Unilever dan kitorang menang seorang 1 goody bag yang sarat dengan barangan dorang kyahahha~

Abis jelajah, kitorang keluar dari tapak pameran dan g McD sebab nak try Samurai Burger...perghhhh sedap giler wa cakap sama lu~ mula2 aku ajak gak dorang g makan nasi kat DubuDubu tapi semangat samurai mereka lebih kuat dari semangat Korea aku uhuhuhu~ abis makan, kitorang g solat dan terus g masuk Jusco untuk cari kasut dan survey barang2 hehehehe~ seronok giler time survey tu ade orang buat sengal hehehee (Rubiah la~)

Terus terang aku cakap aku happy giler hari tu..insyaAllah kitorang akan jumpa lagi 29 ari bulan ni untuk amik robe kat IIUM Gombak~huhuhu~

Friday, September 21, 2012

MC



First time aku amik MC sepanjang 2 bulan aku bekerja ni..

Dimulakan kisah dengan aku bangun Subuh tadi..

Macam biasa bangun, pastu rasa blur2..baru teringat hari ni start kerja pukul 1 sebab aku kena ikut shift mentor aku..skang ni aku dah start mentoring dengan senior..kiranya aku dah kena take live call bersama senior disebelah.

Semalam hari yang paling kelam-kabut..1st day mentoring...senior aku tampak garang tapi alhamdulillah dia baik je dengan aku semalam hihi~ terus terang call pertama yang aku dapat memang difficult customer tapi alhamdulillah mentor aku tolong2..call kedua plak dapat customer yang baik huhu nasib baik~ call ketiga dapat customer yang nak access code je hehehe bertambah nasib baik..tapi apa2 pun aku menggelabah so semua benda jadi x betul..hilang segala ilmu sekejap..

Ok sambung balik cerita Subuh..dah bangun tu teruslah solat Subuh sebab dah dengar azan..

Pagi tadi lepas breakfast, sakit mula menyerang..mau 2-3x gak la aku masuk tandas..huhu dan ketika itu aku dah bersiap sedia dah nak g kerja...last2 aku pun rasa memang aku xleh g kerja ari ni..maka aku pun call trainer & Team Manager aku..Trainer aku nasib baik ok je sebab aku bukan suka2 amik MC..TM aku plak suh aku call the higher up..ohohohoho..kecut perut seketika..so aku tunggu ayah aku balik dan g klinik amik MC dulu barulah aku call dia..yang xleh blahnya dia boleh plak suh aku terangkan simptom2 diarrhea kat dia..aih aku dah sakit manalah aku nak story lebih2..tapi nasib baik la dia bagi aku off gak..hmm kalau x bagi pun ada aku kisah? MC dah dalam tangan ma..

InsyaAllah esok aku akan join career fair kat MidValley Megamall..nak tinjau2 gak peluang pekerjaan lain..huhu (^-^)

Saturday, September 15, 2012

Kancheong!!

maksudnya berdebar2 atau senang cite nebes (nervous)..

aku rasa kerja aku mula2 macam belajar kat U balik (training) pastu tetibe plak dorang nak pendekkan masa training dan suruh kitorang start kerja seperti mereka2 yang lain hari isnin minggu depan (17/9/12)..sesape yang rasa pelik apsal tarikh tersebut aku kena kerja padahal korang boleh relax, disini aku mengumumkan bahawa cuti aku ni kira ikut cuti negara bawah Johor (Singapore lo)..dorang x cuti maka aku pun xleh cuti
(TT^TT)

Maka minggu ni aku dah start stress..yela macam mana aku x stress kalau benda tu baru je diberitahu Isnin lepas..apakah?!!! Mula2 aku memang stress + bengang + rasa seperti dipermain-mainkan oleh top management..yela agak2 la beb ikut suka hati je dia ubah tarikh sampai nak terkucil jugalah trainer aku nak mengajar kitorang semua benda laju2...tapi bila difikirkan balik, aku rasa benda ni dah ditakdirkan maka redha jela..

Ada gak aku dengan kengkawan aku yang lain dok fikir tukar kerja lain sebab rasa macam ridiculous..hmm apa2 pun aku buat jela sehabis daya aku..kalau aku dah rasa x boleh & fed up maka...hmm doa2 xla begitukan sebab maunya aku kena hempuk dengan parent aku..huhu aku ni banyak tanggungjawab ok?

Oh minggu lepas aku g rumah kawan aku, Melody Looi...yup Chinese..apa yang bagi aku pelik ialah, selalunya kalau aku g rumah orang mahupun saudara mara sendiri, aku akan jadi x selesa dan nak balik awal..tapi ntah..aku rasa selesa dengan rumah kawan aku tu huhu..dan yang paling best dia hormat pendirian aku dan siap tolong aku jaga aurat aku..senang cakap bila ayah dia ada kat ruang tamu, di akan beritahu aku so xde la aku 'terkeluar' x pakai tudung...sebenarnya aku dah janji lama dah dengan Melody ni yang aku akan temankan dia jumpa kawan dia dan tengok dia catwalk..so aku dah tunaikan janji aku minggu lepas yeah! oh yang pasal catwalk tu, harap maklum dia bukan model dan catwalk tu untuk product diet yang dia ambil ma..aku teman je..

Ada1 insiden berlaku ketika aku temankan kawan aku tu..dalam event catwalk tu, penganjur ada sediakan makanan untuk semua yang hadir..masalahnya makanan tersebut dibeli dari kedai non-muslim. Bila dorang dok bagi2 makanan, aku menolak walaupun mereka hidangkan daging ayam sebab aku rasa was-was dengan cara sembelihan ayam tu..dah dorang dok pelik dan tanya aku kenapa x ambil sebab tu daging ayam bukan babi..maka aku pun terpaksa menjelaskan sampai dorang faham...x cukup dengan tu dorang dok risau takut aku pengsan ke apa sebab x makan sampai sanggup nak temankan aku g beli makanan..oh ya event tu kat Empire Hotel ye kawan2 maka faham2 jela harga makanan kalau aku beli kat sana..so aku menolak dan suruh dorang jangan risau sebab pagi tu aku dah makan 2 sandwich yang Auntie Linda (Mak Melody) sediakan huhu sandwich paling sihat aku pernah makan (penuh dengan salad~tomato cherry)

Skang ni aku ada syndrome baru..bukan syndrome down sebab aku xde triple chromosome (21)..syndrome No 1...tiap2 hari aku buat perlumbaan aku sendiri...aku nak jadi orang first yang touch n go kat stesen LRT bila sampai kat Stesen Kerinchi tu~ aku tau ni hobby mengarut tapi aku rasa seronok hahaha~

Okayla sampai sini jela aku update..insyaAllah ada umur aku update lagi~

Monday, September 3, 2012

Breaking the Habit - Ryan's day


Yesterday for the first time in my life I went to a fan meeting..I hate crowds but just because of this particular person, I just bear with it..it's Ryan Higa aka NigaHiga fan meeting in Bentley Music Auditorium at Bandar Utama.



I never been to any fan meeting so I'm quite shocked with the environment and human behaviors which I can categorized as weird and too fanatic. Err I mean I like Ryan and that's why I went to his fan meeting but not to the level of fanatic. Well, just being there I feel like I'm breaking my own habit and somehow it freaks me out especially when seeing Ryan got kissed by some female fans...well what I can say is this will be the first and the last time I went to fan meeting...

Ryan n me
Ryan was about to hug me when I was in front of him for autograph and taking picture but I told him "please don't hug me!" so he just ask for high 5..it was an honor to meet him but..I still need to protect my own dignity as a Muslimah. Oh ya..alhamdulillah there's musolla nearby the event venue so it easy for me to perform my prayer (^-^). I also met with Ryan lookalike hehehe~


His name is Sunny and he really looks like Ryan..hehehe

Saturday, September 1, 2012

Busy~


Alhamdulillah masih berada dalam keadaan yang agak baik walaupun selepas melalui 2 hari yang sangat sibuk~muahaha~~

Semalam aku dikejutkan dengan kasar oleh kakak aku yang xleh blah beria-ria nak g Kepong jumpa kawan dia untuk buat perkara-perkara yang xde faedah langsung (aku dah larang tapi dia x dengar..maka...haish). Aku pun bangun dengan agak malas2 sebab ikutkan perancangan, aku memang nak bangun lewat skit huhu..bangun2 je terus mandi dan bersiap sebab nak g Jusco gak untuk beli hadiah kahwin Pudin-chan~

Siap je aku panggil adik2 aku yang lain..hahaha saje je nak bagi kakak aku lambat lagi..dorang bangun la dengan bersemangat sebab aku ajak jalan2~ Kakak aku dah start bising2 tapi ade aku kisah? Dengan relaxnye aku g iron tudung~pilih2 baju..hahaha..

Pukul 10.50am gak la baru kitorang gerak keluar dari rumah...x sempat sampai lagi kat stesen komuter, dia dah buka seat belt , aku pun bergurau la " Ha apa lagi terjun la~" sambil gelak2 dengan adik2 aku yang lain huhu~ selepas hantar kakak aku tu, kitorang terus g Jusco..

Sampai2 Jusco, kitorang semua memang terasa lapar yang teramat sebab x makan apa2 lagi..mama aku x sediakan apa2 sebab dia pun nak keluar dengan ayah aku...hmm maka aku pun bawa diorang g makan dulu..selepas makan, kitorang memulakan sesi mencari barangan yang sesuai..banyak gak la tempat yang kitorang survey..last2 beli dalam Jusco gak huhu..selesai aktiviti membeli, kami pun pulang~

Petang tu pukul 6, aku dengan Jed dah tercongok kat Tesco tunggu Wani untuk bawa kitorang g wedding Pudin kat area Tasik Titiwangsa...yang ni majlis belah perempuan..yela nak g Kelantan tu rasa macam jauh pula..huhu..pukul 6.15pm gak la Wani sampai sebab jalan jam...nak dijadikan cerita, kami sesat la pula..dok cari Jalan Kuching pastu Jalan Mahameru huhu..bila dah sampai kat kawasan tasik, sesat pula nak cari tempat parking dan Su huhu..Su datang dengan Abang Yumel huhu..yang best bukan kitorang je yang sesat, Si Danial pun sesat gak..hahaha siap call Wani tanya jalan tapi last2 Abang Yumel gak jadi penyelamat huhu budak berangan tu la..

Pukul 8.00pm macam tu kitorang gerak g ke tapak majlis yang terletak didalam sebuah banglo..huhu cantik wo..kitorang bantai follow rombongan pihak lelaki..heheh malu nak masuk solo ma~aku yang semangat amik la macam2 gambar ikut suke hati aku huhu~dapat je tempat duduk, acara berborak terus dijalankan heheehe..macam biasa aku rasa macam group kitorang je yang bising heheh~lepas makan, kitorang g la cari pengantin dan melawat kawasan sekeliling ikut sesuka hati..pastu g amik gambar dengan pengantin...oh Pudin-chan ade ajak kitorang g kenduri kat Kelantan tapi macam biasa kitorang suh dia sponsor..agak2 la weh jauh kot..boleh plak aku suh dia sewa bas bawa kitorang  & dia cakap "Okay nanti contact bas UIA" amboila x ingat ke dia dah grad? huhu~


Ramai gak la kengkawan yang kitorang jumpa malam tu..hohoho seronok weh jumpa diorang!!

Hari ni plak aku g majlis pertunangan kawan sekolah aku, Kusaidatun kat blok Dahlia..alhamdulillah dah jadi tunangan orang dah kawan aku tu..cantik dia hari ni walaupun dia cakap seksa nak bermekap dan bagai2..huhu sabar la weh..dam macam biasa aku g dengan lifelong friend aku la, Jed..hehehe banyak gambar kitorang berdua sebab kitorang ni cepat bosan huhu..



Esok plak insyaAllah aku akan g Wisma Bentley Music..huhu untuk apa? Nanti2 la aku update~~
hint: Teehee~
There was an error in this gadget