Sunday, September 23, 2012

Career Fair


Hari Sabtu yang lepas aku g career fair lagi kat MidValley..hehe g dengan Wani, Su dan Rubiah yang sengal~ hahaha...

Mula2 pagi tu aku bangun awal dan bersiap sebab x sabar nak jumpa kengkawan hohoho~ niat dihati nak tumpang ayah yang kebetulan pagi tu g kerja pukul 8.30am..dah siap tu boleh plak aku on9 jap tapi x sempat update ape2 sebab sekejap ma~ sekali nampak ayah aku dah bersiap maka aku pun kemaslah laptop adik aku yang comel~ sekali tengok ayah aku amik helmet..terus aku bertanya, "Aikk! bukan naik keta ke?" "xla ayah nak naik motor je" balas ayahku selamba huhu..aih dah aku mula fikir mana la aku nak letak helmet aku tu kang..ade gak lebam kena hempuk dengan helmet aku secara x sengaja (ataupun mungkin sengaja) nanti..hehe aku kan x suka crowd~ sampai je kat stesen komuter, ayah aku terus amik balik helmet aku tu katanya dia nak balik rumah sekejap..nak tukar kereta kot..huhu ape2 la...ikutkan boleh je kalau aku nak tumpang helmet dalam keta wani~

Sampai je kat stesen komuter, aku dok relax tunggu Wani yang masih belum sampai~ jam pepagi~ maka aku g tolong belikan tiket kat dia memandangkan dia dah minta tolong..aku plak pakai sentuh dan pergi ma~ (Touch n Go) hehehe~ mau gak pukul 9.20am budak tu sampai..xpe aku faham jauh dan jam dari Bukit Beruntung ke Rawang itu agak serious di waktu pagi ya~ naik2 train je budak Wani ni dah macam ape ntah..heheh terkejut katanya sebab dah lama x naik komuter..yela komuter skang kan dah ada tv kecil yang dok tayang iklan dan cerita kartun tom n jerry berulang-ulang kali sampai aku pun dah hafal~sepanjang perjalanan tu banyak gak la benda yang kami borakkan hehe~

Su naik train yang sama dengan kami tapi dia duduk kat koc yang berlainan sebab dia naik pun kat stesen Sungai Buloh..tapi yang xleh blahnya sampai2 MidValley je terus jumpa dia kat depan pintu train hahahah~ oh yang paling best, Rubiah sampai lagi awal daripada kitorang hehehe~suh dia g jalan2 dulu dia xnak sebab dia xmo penat katanya~ kitorang pun g la dulu kat tempat career fair tu sebab aku dengan Wani x register lagi..huhu yang benarnya aku dah register tapi kakak aku boleh plak lupa printkan reg slip tu..ceit! Aku dengan Wani g register manakala Su tunggu Rubiah di depan entrance huhu~ abis register, kitorang berkumpul dan memulakan sesi jelajah pada kali ini~muahahaha~

Daripada pemerhatian aku, x banyak company yang berkaitan dengan bidang yang aku ambil sertai Career Fair pada kali ini..hmm kecewa la gak..maka kami cuba nasib kat Top Glove dan Hartalega...IWK macam susah je nak masuk sebab nak orang yang dah ada pengalaman..sementara jalan2 tu kami dok mengumpul goodies bags~hahaha paling best kitorang buat Crossword yang dianjurkan oleh Unilever dan kitorang menang seorang 1 goody bag yang sarat dengan barangan dorang kyahahha~

Abis jelajah, kitorang keluar dari tapak pameran dan g McD sebab nak try Samurai Burger...perghhhh sedap giler wa cakap sama lu~ mula2 aku ajak gak dorang g makan nasi kat DubuDubu tapi semangat samurai mereka lebih kuat dari semangat Korea aku uhuhuhu~ abis makan, kitorang g solat dan terus g masuk Jusco untuk cari kasut dan survey barang2 hehehehe~ seronok giler time survey tu ade orang buat sengal hehehee (Rubiah la~)

Terus terang aku cakap aku happy giler hari tu..insyaAllah kitorang akan jumpa lagi 29 ari bulan ni untuk amik robe kat IIUM Gombak~huhuhu~

3 comments:

perindu_خلافة said...

seronoknya dapat pergi career fair kan.. untung la orang key ell, huhuhu ^_^

RuBy Razali said...

oi oi oiii!!!
hahahhaha, mana ada aku sengal wei... ahahhaha... sengal badan balik career fair tu adala...hAHAHHAHAHHA

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة hehe key ell la sgt~
xpe2 nnt try la suarakan suh buat career fair kat Melaka plak huhu~~

@RuBy Razali hehe ko buat byk aksi melampau~hahaaha gurau2~

There was an error in this gadget